Proton X50 facelift dalam imej render — bampar depan lebih menonjol, spoiler belakang lebih sporty

Proton X50 <em>facelift</em> dalam imej <em>render</em> — bampar depan lebih menonjol, spoiler belakang lebih sporty

Geely baru-baru ini telah memperkenalkan Binyue Pro facelift terbaru di China. Versi berkenaan menerima beberapa perubahan penggayaan yang ketara untuk memberikannya penampilan lebih dinamik. Kita juga ketahui bahawa Proton X50 memang berdasarkan model Binyue biasa. Namun, bagaimana jika X50 juga menerapkan penampilan versi Pro terbaru ini?

Untuk itu, seperti biasa, Theophilus Chin menggunakan kemahirannya untuk membayangkan serta menzahirkan dalam bentuk visual model X50 facelift tersebut. Bermula di depan, ada tambahan bahagian kelabu di bawah gril yang masih sama, untuk memberi penekanan terhadap bentuk “X” yang ada di wajah depannya.

Bampar juga diberikan kelainan, dengan bahagian intake bawah dengan ciri bilah warna merah disepadankan dengan elemen “X” di atas, dan disertai juga dengan kemasan pada bucunya. Sama seperti Binyue Pro terbaru, warna badannya juga digunakan pada bahagian jalur intake di bawah.

Bahagian belakang pula menampilkan bampar baru yang lengkapi dengan rekaan baru bagi diffuser dengan kemasan warna merah antara muncung ekzosnya. Ciri penampilan khusus lain padanya ialah rim 18-inci aloi, angkup brek warna merah dan tambahan spoiler dengan lencana S terbaru untuk lebih sporty.

Proton X50 <em>facelift</em> dalam imej <em>render</em> — bampar depan lebih menonjol, spoiler belakang lebih sporty

Satu perkara perlu dinyatakan adalah Binyue Pro terbaru juga datang dengan spoiler nipis sama seperti yang ada pada X50 di sini, yang berbeza dengan Binyue spesifikasi China dengan spoiler lebih besar. Mana satu yang lebih menarik?

Walaupun tiada imej render untuk bahagian dalaman, kita tahu bahawa Binyue Pro mengekalkan ruang kabin yang sama seperti sebelumnya, dengan perubahan hanya melibatkan tuil gear baru serta skrin sentuh yang lebih besar untuk infotainmen dengan saiz 12.3-inci. Skim dua-tona warna yang diterapkan di luaran juga diteruskan untuk bahagian kabin, dengan beberapa bahagian dihadirkan dengan warna kontras kepada kabin yang umumnya hitam.

Masih terlalu awal untuk X50 diberikan model facelift. Namun, imej render ini memberi sedikit gambaran kepada apa yang boleh dijangkakan bagi model berkenaan nanti. Nampak lagi garang berbanding X50 sedia ada?

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required