Panggilan untuk semua pemilik Nissan Almera 1.0L Turbo untuk melakukan kebajikan dengan hanya memandu kereta masing-masing. Edaran Tan Chong Motor (ETCM) kini menganjurkan kempen “Nissan Almera Turbo Fuel Efficiency Charity Drive” bulan ini, dan menjemput semua pemilik Almera baru untuk memandu kereta mereka dan hantarkan keputusan penggunaan minyak terbaik mereka, yang kemudiannya akan didermakan kepada badan kebajikan terpilih berdasarkan keputusan berkenaan.

Cabarannya begini. Ambil gambar keputusan kecekapan purata penggunaan minyak anda yang tertera pada meter kereta. Emelkan penyertaan anda dengan nama penuh dan nombor telefon, nombor pendaftaran kenderaan, nama akaun Facebook dan gambar purata penggunaan minyak tersebut ke [email protected] Anda boleh menghantar seberapa banyak penyertaan, tetapi hanya keputusan penjimatan minyak tertinggi yang akan dikira bagi kedua-dua hadiah cabaran dan juga derma tersebut.

Syarikat itu akan mendermakan RM1 bagi setiap satu km yang dicatatkan bagi cabaran ini kepada organisasi kebajikan terpilih — jumlahnya tertakluk kepada bacaan km per liter tertinggi keseluruhan yang dicatatkan daripada peserta (keputusan dari varian VL akan ditukar dari liter per 100 km kepada km per liter).

Peserta juga berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah — 20 bacaan purata tertinggi akan menerima Lego eksklusif Nissan GT-R, sementara 30 bacaan purata terbaik berikutnya akan menerima beg pakaian Nissan. Kempen ini berlangsung hingga 30 September, dan keputusan akan diumumkan melalui laman Facebook Nissan Malaysia.