Indonesia beri semula pengecualian penuh cukai mewah bagi kereta kecil hingga hujung tahun

Indonesia beri semula pengecualian penuh cukai mewah bagi kereta kecil hingga hujung tahun

Kementerian Kewangan Indonesia telah mengenakan semula pengecualian penuh bagi cukai jualan barangan mewah (PPnBM) bagi kereta dengan enjin hingga 1,500 cc. Insentif berkenaan yang diperkenalkan pada Mac telah dilanjutkan ke Ogos, telah di kurangkan kepada 25% pada awal September lalu kini kembali kepada 100% hingga hujung tahun nanti.

Timbalan Menteri Kewangan, Suahasil Nazara berkata langkah itu diambil bertujuan untuk meningkatkan perbelanjaan pengguna yang telah terbantut akibat penularan varian Delta Covic-19. Negara itu akan menamatkan Pembatasan Aktivitas Masyarakat Selama Pandemi (PPKM) — sama seperti PKP di Malaysia — hari ini, dan telah berada dalam beberapa tahap perintah kawalan pergerakan sejak Januari lalu.

Reuters sebelum itu melaporkan cukai barangan mewah dikenakan pada kadar antara 10% dan 30%, menjadikannya jumlah yang besar daripada harga kereta berbanding 6% bagi SST. Mereka yang telah membeli kereta pada September akan turut dapat menikmati pengecualian cukai jualan, dengan perbezaan yang terlibat akan dipulangkan kepada pembeli, lapor AutonetMagz.

Pengecualian ini hanya layak bagi kenderaan pacuan dua roda dengan kandungan tempatan sekurang-kurangnya 70%. Ia dikurangkan kepada 50% bagi kenderaan dengan enjin 1,500 cc dan 2,500 cc dengan lebih daripada 60% kandungan tempatan, dan 25% bagi model pacuan empat roda.

Menurut akhbar Bisnes Indonesia, jualan runcit bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini telah meningkat sebanyak 38.5% berbanding tempoh sama tahun lalu. Pengeluaran tempatan pula tumbuh sebanyak 49.4% dari tahun ke tahun, disumbangkan sebahagian besarnya oleh eksport CKD yang melonjak sehingga 169.7%

AutonetMagz melaporkan lanjutan berkenaan akan memberi manfaat kepada model-model baru penting yang dijangka akan dilancarkan tahun ini. Ini termasuklah versi produksi Honda N7X konsep — pengganti BR-V — yang akan diperkenalkan esok, serta Toyota Avanza dan Daihatsu Xenia.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required