Jualan kenderaan di Malaysia Ogos 2021 naik 147%

Jualan kenderaan di Malaysia Ogos 2021 naik 147%

Data jualan kenderaan bagi bulan Ogos 2021 oleh Persatuan Automotif Malaysia menunjukkan sejumlah 17,500 kenderaan telah diserahkan bulan lalu. Ini meningkat sebanyak 10,414 unit berbanding 7,086 unit yang dijual Julai lalu, mewakili 147% peningkatan.

MAA menyifatkan peningkatan berkenaan didorong oleh pembukaan semula bilik pameran kenderaan — terutama di Selangor dan Kuala Lumpur — sejak pertengahan Ogos, membolehkan pendaftaran kenderaan diselesaikan.

Jumlah keseluruhan bulan lalu bagaimanapun 36,338 unit (atau 67.5%) berkurangan berbanding apa yang dicapai pada Ogos 2020, di mana 53,838 unit kenderaan telah dijual. Juga, jumlah tahunan setakat ini bagi 2021 juga jatuh lebih rendah berbanding tahun 2020 — ia masih lebih banyak setakat bulan lalu, tetapi dengan 273,757 unit terjual dalam tempoh lapan bulan pertama, TIV bagi bagi tahun ini kini ialah 12,504 (atau 4.37%) di belakang 286,261 unit bagi tempoh sama tahun lalu.

MAA menjangkakan jualan pada September akan lebih banyak berbanding Ogos, memandangkan perniagaan dalam hampir semua industri — termasuk sektor automotif — telah disambung semula, walaupun bukan pada tahap yang optimum.

Persatuan itu memaklumkan, usaha berterusan oleh syarikat pengeluar kenderaan untuk merancakkan lagi jualan untuk menjana pendapatan akan diterjemahkan kepada lebih banyak pendaftaran, dan permintaan pelanggan dijangka akan berterusan, dengan pembeli mahu memanfaatkan pengecualian SST yang bakal berakhir 31 Disember nanti. Gangguan bekalan cip semikonduktor yang masih berlanjutan bagaimanapun dijangka akan memberi sedikit kesan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required