Kereta peronda polis BMW M3, X3 dan Volkswagen Tiguan hanya diuji dua minggu, belum dibeli – PDRM

Kereta peronda polis BMW M3, X3 dan Volkswagen Tiguan hanya diuji dua minggu, belum dibeli – PDRM

Selepas berteka-teki apa yang sedang dilakukan terhadap sebuah BMW M3, dua buah BMW X3 dan dua buah Volkswagen Tiguan dengan grafik ‘Polis High Performance’ kini sudah terjawab – pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru sahaja mengeluarkan kenyataan bahawa kesemua kenderaan yang dilihat adalah hanya untuk uji cuba, dan ia bukan aset badan penguatkuasa berkenaan.

“PDRM ingin memaklumkan bahawa lima unit kenderaan jenis BMW dan Volkswagen dilengkapi aksesori sebagai kenderaan pasukan polis yang diterima pada 7 Oktober adalah hanya untuk uji cuba atau peringkat pembuktian konsep (POC) tanpa sebarang perjanjian pembelian,” tulis kenyataan tersebut.

PDRM turut menyatakan bahawa kesemua kenderaan tersebut akan diuji selama dua minggu, dan akan digunakan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) dan cawangan pengiring PDRM.

“Tujuan uji cuba ini adalah untuk mendapatkan maklum balas sama ada kenderaan-kenderaan berkenaan sesuai atau tidak digunakan bagi sebarang penugasan dalam PDRM.

“PDRM sedia maklum akan kekangan kewangan yang dihadapi oleh kerajaan dan tawaran yang diberikan syarikat berkenaan adalah atas prinsip hanya untuk uji cuba, sebelum sebarang keputusan untuk penggunaannya diputuskan oleh PDRM kelak,” jelas kenyataan itu lagi.

Selepas tular gambar kenderaan-kenderaan berkenaan semalam, kami mendapatkan penjelasan terus dari BMW Malaysia, dan mereka menyatakan bahawa M3 dan X3 yang mereka bekalkan tersebut adalah untuk penggambaran filem. Namun selepas itu kami difahamkan bahawa kenderaan-kenderaan berkenaan sebenarnya memang sedang dinilai oleh PDRM sebagai kenderaan pengiring kelajuan tinggi.

Alasan “penggambaran filem” yang diberikan oleh BMW Malaysia tersebut mungkin disebabkan kesemua pihak yang terlibat mempunyai syarat yang ketat untuk tidak mendedahkannya, seterusnya menjadi penyebab terhadap kekeliruan informasi ini.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required