AD: Dah boleh rentas negeri! Sebelum gerak, hidupkan insuran kereta anda dengan CarProtect melalui Boost

Akhirnya! Selepas entah berapa lama bosan terkurung, perjalanan rentas negeri dan pelancongan domestik kini dibenarkan semula oleh kerajaan. Sama ada balik kampung, perkelahan tepi pantai atau percutian di kawasan tanah tinggi, kita sudah boleh merancang perjalanan berkenaan.

Tapi, sebelum bertolak, pastikan dulu kenderaan anda berada dalam keadaan baik, terutamanya jika ia sudah lama terbiar atau jarang digunakan sepanjang tempoh PKP sebelum ini. Lakukan servis lengkap dan pastikan semuanya berada dalam keadaan yang sepatutnya. Kalaupun anda belum ingin melakukan perjalanan jauh, situasi kini telah beransur-ansur kembali seperti biasa dengan perniagaan makin banyak kembali beroperasi. Ini maksudnya, anda juga akan lebih kerap menggunakan kereta untuk bergerak — penting untuk kereta anda berada dalam keadaan sewajarnya untuk berkhidmat.

Tidak lupa, sama penting untuk memastikan insuran dan cukai jalan kereta anda masih sah. Walaupun kerajaan memberikan kelonggaran terhadap cukai jalan yang tamat tempoh — asalnya berakhir 30 September, tetapi dilanjutkan lagi hingga 31 Disember 2021 — syaratnya semua kenderaan perlu ada perlindungan insuran yang sah.

Membeli insuran kenderaan kerap disifatkan sebagai satu proses yang sulit. Disebabkan itu jugalah ramai yang menyerahkan urusan tersebut kepada agen insuran untuk diuruskan setiap tahun. Tapi, kenapa buat begitu jika cara DIY lebih mudah dan membolehkan anda untuk menang sebuah Nissan Navara?

AD: Dah boleh rentas negeri! Sebelum gerak, hidupkan insuran kereta anda dengan CarProtect melalui Boost

Mudah diperbaharui

Bagaimana jika sebenarnya proses untuk membeli insuran kereta dan juga memperbaharui cukai jalan adalah sangat mudah dan ringkas, hanya beberapa sentuhan di telefon bimbit anda, dan boleh diselesaikan dalam lima minit sahaja? Dan anda juga tidak perlu untuk mencari, kerana anda boleh membeli perlindungan insuran CarProtect melalui aplikasi eDompet Boost. Apa yang perlu dilakukan hanyalah memasukkan perincian yang boleh didapati dari sijil pemilikan kenderaan anda atau geran — itu saja, tanpa perlu berjumpa agen.

CarProtect direka untuk memudahkan pengguna dan senang untuk difahami. Anda bermula dengan perlindungan asas bagi jumlah yang anda ingin insurankan (nilai pasaran semasa kereta anda ada dicadangkan oleh sistem), dan pilihan selebihnya adalah seperti membina blok-blok di atas asas ini. Semuanya boleh disesuaikan mengikut keperluan anda, tidak lebih dari itu.

Setelah berpuas hati dengan pilihan insuran yang anda rangkakan sendiri itu, terus bayar menggunakan eDompet Boost dan terima ganjaran dengan syiling Boost, yang boleh dituntut sebagai tunai kemudian. Sekaranglah masa terbaik untuk mencuba CarProtect melalui Boost ini, kerana anda akan menerima pulangan tunai RM100 dalam Dompet Rakan Boost jika anda menjadi antara 5,000 pelanggan yang pertama. 6,000 pelanggan seterusnya yang mendaftar melalui Boost pula akan menerima pulangan tunai RM50*.

Langkah 1-3: Buka aplikasi Boost dan ikut langkah mudah ini dan masukkan perincian kereta anda

Bersempena dengan ulang tahun keempat aplikasi berkenaan pada Oktober, mereka menawarkan sebuah Nissan Navara sebagai sebahagian daripada hadiah keseluruhan bernilai RM1.4 juta melalui kempen “Pick & Win” — caranya mudah, anda hanya perlu lakukan transaksi dengan Boost untuk mendapat ‘Boost Coin’ yang boleh digunakan untuk menebus (redeem) peluang untuk menang. Perbaharui insuran, dan berpeluang memenangi sebuah kenderaan baru — ini tawaran yang sangat baik! Caranya mudah untuk membeli perlindungan insuran kenderaan anda dengan CarProtect:

Langkah 1: Buka Boost dan pergi ke “Do More” dan pilih butang “Insurance”
Langkah 2: Isikan perincian kenderaan anda dan ikuti langkah yang tertera
Langkah 3: Anda akan terima pulangan tunai dalam masa 14 hari selepas kelulusan JPJ

Itu sahaja, cara mudah untuk menikmati pulangan tunai anda. Insuran kereta belum tamat tempoh? Aplikasi Boost juga mempunyai fungsi untuk mengingatkan anda supaya tidak lupa nanti.

Bayar dengan Boost dan goncang untuk syiling, serta berpeluang menangi Nissan Navara!

Mudah dapatkan bantuan

Bila pembelian selesai, hubungan anda dengan CarProtect pula baru saja bermula. Insuran adalah tentang perlindungan, dan dengan CarProtect — yang bernaung di bawah Great Eastern General Insurance — perlindungan adalah dengan satu panggilan sahaja.

Butang Kecemasan dalam aplikasi Boost membolehkan anda mengakses bantuan tepi jalan 24/7, servis tundaan, senarai bengkel panel, arahan tuntutan serta perkhidmatan berbayar daripada Bateriku dan Carput — ia seperti sebuah laman bagi semua hal berkaitan kenderaan. Dengan CarProtect, anda akan selalu ada perlindungan yang tersedia dalam poket dengan bantuan yang sentiasa bersedia sekiranya anda terlibat dalam kemalangan atau situasi cemas.

Mudah ditemui

Maklum balas umum daripada orang biasa berkaitan insuran kenderaan adalah berkaitan produk itu sendiri, dan bagaimana itu biasanya jadi hal yang sangat rumit. CarProtect direka untuk memudahkan segalanya. Dengan semua maklumat polisi boleh diakses melalui Boost, anda boleh lupakan salinan bercetak yang entah di mana anda simpan sebelumnya.

Jika anda tiada Boost di telefon, muat turun eDompet berkenaan dari App Store untuk iOS atau Google Play untuk peranti Android dan juga dari Huawei AppGallery. Insuran kenderaan untuk tempoh setahun hanya beberapa sentuhan di skrin telefon melalui Boost; ia seringkas dan semudah itu — anda perlu cuba sendiri untuk percaya.

*Tertakluk kepada terma dan syarat. Ambil maklum bahawa CarProtect hanya untuk memperbaharui insuran dan bukannya untuk kereta baru yang tiada sejarah insuran sebelum itu.