Treeletrik T-70 diberi kemaskini untuk 2021 — RM8,347

Treeletrik T-70 diberi kemaskini untuk 2021 — RM8,347

Pada 2016, Tree Technologies Sdn. Bhd. memperkenalkan barisan motosikal elektrik untuk pasaran tempatan. Ketiga itu ada tiga model yang diberi perhatian; antaranya skuter elektrik T-90 dan T-70. Dan, ketika pameran sempena majlis pelancaran Tindakan Pembangunan Bumiputera 2030 Isnin lalu, sekali model skuter T-70 berkenaan dipamerkan.

Tetapi kali ini, ia agak berbeza daripada versi awalnya. Dalam versi terbarunya ketika ini, Treeletrik T-70 datang dengan 60% komponennya diperoleh dari saluran tempatan. Ini berbeza ketika diperkenalkan pada 2016, yang hanya menyaksikan tahap lokalisasi komponennya hanya pada kadar 30%.

Juga menjadi kelebihan model ini adalah kerana bateri yang digunakan direka agar boleh dicabut dan dibawa ke rumah atau pejabat untuk dicas. Ini mengambil kira kesukaran pengguna untuk mencari soket elektrik untuk tujuan itu, terutama bagi mereka yang tinggal di rumah pangsa. Bateri yang digunakan dari jenis lithium-ion berkapasiti 72V dan seberat 25 kg. Tempoh yang diperlukan untuk mengecas adalah antara 4 jam, dengan waranti yang diberikan selama 18 bulan. Tempoh hayat bateri adalah sebanyak 1,500 kitaran.

Ini juga penambahbaikan yang dilakukan berbanding versi terdahulu. Versi lamanya memerlukan masa enam jam untuk dicas, dan itu akan memberikan jarak perjalanan 100 km. Versi terbaru ini pula memendekkan masa pengecasan kepada empat jam, dan menyediakan jarak perjalanan 120 km. Laju maksimum yang boleh dicapai oleh skuter ini ialah 65 km/j.

Skuter Trelektrik T-70 ini di pasang di kilang syarikat ini di Bukit Raja, Klang dengan kapasiti pengeluar antara 30-40 unit sehari, bergantung permintaan. Sejak diperkenalkan, T-70 sudah menyaksikan kira-kira 150 unitnya berada di atas jalan di negara ini. Penyedia perkhidmatan seperti Dego dan juga GDex turut menyertakan skuter ini ke dalam barisan kenderaan penghantaran masing-masing. Treeletrik T-70 kini dijual pada harga atas jalan RM8,347.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required