Touch ‘n Go RFID: Apa perlu anda tahu sebelum guna

Touch ‘n Go RFID: Apa perlu anda tahu sebelum guna

Bermula 15 Januari ini, Lebuhraya PLUS akan mula melaksanakan kutipan tol melalui Touch ‘n Go RFID bagi laluan utama Pulau Pinang-Johor. Kami telah membawakan banyak laporan berkaitan hal ini. Jika ada yang terlepas pandang, mungkin boleh mulakan dari artikel berkaitan pemahaman bagaimana RFID ini berfungsi terlebih dahulu.

Bagi yang masih baru dengan topik ini, dalam artikel ini kami ingin bawakan beberapa pertanyaan lazim yang akan membantu anda memahami lebih lanjut sistem bayaran tol terbaru ini — termasuk di mana untuk mendapatkan kit RFID, bagaimana cara memasangnya dengan betul serta perkara-perkara lain yang berkaitan. Teruskan membaca.

Ada pihak yang boleh pasangkan RFID ini untuk kereta saya?

Ya. Terdapat banyak pusat pemasangan RFID telah disediakan di Semenanjung yang boleh membantu anda memasang tag RFID berkenaan. Senarainya boleh diperoleh di sini, dan setiap pemasangan akan dikenakan kos RM35 bagi setiap tag RFID.

Touch ‘n Go RFID: Apa perlu anda tahu sebelum guna

Boleh kalau saya nak pasang sendiri?

Mestilah boleh. Anda boleh beli kit pemasangan RFID dari aplikasi Touch ‘n Go eWallet atau dari kedai di stesen minyak Shell/BHP Petrol, Watson atau Lazada/Shopee pada harga yang sama RM35.

Semua kit berkenaan datang dengan panduan melalui kod QR serta langkah demi langkah bagaimana untuk memasang tag RFID berkenaan. Adalah lebih baik jika tag berkenaan dipasang di sebelah kiri kereta, sama ada di bahagian lampu depan atau cermin utama.

Sebab apa? Pengimbas RFID di plaza tol di sebelah yang sama. Jadi, kalau dipasang sebelah kanan kereta, palang tidak akan dibuka kerana pengimbas tidak dapat membaca tag RFID anda.

Lagi satu, tag itu perlu dilekatkan paling kurang dalam jarak 5 cm daripada bahagian logam untuk mengelak gangguan isyarat. maksudnya, jika di cermin depan, ia perlu dijauhkan sedikit dari bingkai logam pada tiang A dan juga bumbung. Juga pastikan ia tidak berada dalam laluan pengilap cermin anda. Untuk itu, lebih mudah juga sebenarnya untuk pasangkan tag berkenaan di bahagian lampu utama. Tag berkenaan juga tidak memerlukan kuasa luaran untuk berfungsi (tidak seperti SmartTAG). Ia menggunakan tenaga radio yang dipancarkan untuk diimbas.

Touch ‘n Go RFID: Apa perlu anda tahu sebelum guna

Lepas dah pasang, nak buat apa?

Langkah berikutnya adalah untuk anda mengaktifkan tag RFID berkenaan. Ini boleh dilakukan melalui TnG RFID Portal atau aplikasi TnG eWallet. Prosesnya sama saja, memerlukan anda memasukkan nombor ID RFID berkenaan, maklumat kenderaan dan peribadi yang berkaitan.

Selesai itu, anda akan dimaklumkan melalui telefon dalam masa 24 jam bila tag RFID diaktifkan. Setiap tag akan dipautkan ke TnG eWallet, dan anda boleh memautkan lebih daripada satu tag kepadanya, dengan paparan untuk mengetahui setiap transaksi yang dilakukan serta maklumat lain.

Bayaran tol RFID dilakukan melalui eWallet, yang perlu ditambah nilai secara digital. Untuk berbuat demikian, mudah sahaja dan boleh menggunakan aplikasi itu sendiri melalui kad kredit, pindahan bank (Maybank2U, CIMB Clicks dll) atau TnG eWallet reload PIN. Anda tidak perlu lagi beratur di kaunter untuk ini, dan boleh juga di disetkan tambah nilai automatik jika ia sampai ke tahap minimum yang ditetapkan.

Touch ‘n Go RFID: Apa perlu anda tahu sebelum guna

RFID diaktifkan, dan saya ada nilai wang dalam TnG eWallet. Macam mana nak guna di lebuhraya?

Bila semuanya sudah sedia, anda hanya perlu memandu macam biasa sahaja, menggunakan lorong yang ada tertulis RFID di tol lebuhraya. Tag anda akan diimbas dan caj tol yang dikenakan akan dipaparkan dan ditolak dari eWallet anda. Makluman juga akan dihantar ke telefon anda untuk transaksi yang terlibat.

Bergantung kepada sistem tol yang ada, anda akan dikenakan caj kadar tetap bagi sistem tol terbuka, atau berdasarkan jarak yang dilalui bagi sistem tol tertutup seperti Lebuhraya PLUS. RFID ini lebih ringkas, mudah dan pantas berbanding kaedah bayaran tol lain yang pernah digunakan sebelum ini.

Boleh saya pindahkan tag RFID ke kereta lain? Bagaimana kalau ia dicuri?

Tag RFID ini dikatakan kalis kotor, cuaca dan juga air. Ia juga akan berhenti berfungsi sekiranya dicabut selepas dilekatkan dalam pemasangan pertama. Maka, tidak timbul masalah tag RFID ini akan dicuri dengan maksud untuk digunakan di kereta lain. Ia perbuatan sia-sia.

Namun, jika berlaku situasi tag berkenaan hilang, hubungi TnG Careline atau layari RFID Portal untuk menggantung operasi tag berkenaan dan aturkan untuk unit gantiannya.

Touch ‘n Go RFID: Apa perlu anda tahu sebelum guna

Macam mana kalau saya jual kereta yang siap dipasang dengan tag RFID?

Setiap tag RFID adalah unik untuk kereta yang ia didaftarkan. Jadi anda terlebih dahulu perlu membatalkan pautan atau kaitannya. Jika tidak, anda akan membuat amal kepada pemilik seterusnya untuk membayar tol mereka melalui akaun TnG eWallet anda. Tiada pampasan bagi bayaran tol yang telah dikenakan sekiranya pengguna gagal membatalkan tag RFID mereka terlebih dahulu.

Anda juga boleh membatalkan tag RFID dengan menghubungi TnG Careline atau melalui RFID Portal. Untuk ini, anda perlu memberikan maklumat peribadi untuk disahkan sebagai pengguna sahnya. Selepas semua itu disahkan pembatalannya, anda boleh memastikan sekali lagi melalui aplikasi eWallet sama ada kereta itu telah digugurkan dari akaun anda dan anda boleh terus mendaftar RFID baru untuk kereta baru anda.

Jika anda membeli kereta yang siap terpasang RFID pula, itu tidak akan berguna kerana ia kemungkinan besar telah dinyah-aktif. Anda perlu menanggalkan itu, dan menggantikannya dengan yang baru dan pautkan ke akaun anda.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 

Comments

  • Zulkornain Bin Bargong on Jan 06, 2022 at 1:58 pm

    Kalau kereta lebih dari satu, macamana? Kena beli lebih lah RFID tu. Bezanya nya dgn touchngo atau smart tag, hanya satu boleh guna mana2 kereta.

    Like or Dislike: Thumb up 40 Thumb down 8
    • Abd Aziz Mohd Said on Jan 06, 2022 at 10:03 pm

      Betul tu..sekarang ramai org ada lebih drp 1 kereta…klu ada 3,4,5 …berapa byk duit nk kena kluar utk pasang tfid? Klu kemalangan dan lampu tempat letak rfid pecah dan rosak, kena curi, kena vandalismebdsb….dapat ganti free atau kena beli lgo….dan klu palang laluan rfid jatuh seblummlepas kluar dan kena kereta kita…ada gantirugi??

      Like or Dislike: Thumb up 25 Thumb down 6
      • Max291 on Jan 07, 2022 at 1:14 pm

        Kecoh.. insuran satu kereta paling kurang pun 600 setahun. 10 tahun dah 6000 mampu pulak. Nak cari point RFID 35 sehelai.
        TnG sistem paling bodoh dalam dunia. Nak topup paling siksa, especially pengguna luar bandar. contoh Machap – Pagoh. Cukup² la nak angkat dia.

        Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 4
      • Johan 786 on Jan 14, 2022 at 4:37 am

        Byk kau punya kalau bro..

        Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
    • Hazril Hafiz (Member) on Jan 07, 2022 at 7:25 pm

      Ya. Satu kereta satu pelekat RFID. Samalah macam roadtax juga, kan?

      Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
    • Dari apa yg sy baca rfid mmg kena beli utk setiap kereta tapi boleh di link kan ke 1 akaun touchngo.. kena beli pelekat jelah..topup dia tkthu la mcm mana kira sekali ke asing haha

      Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • Abd rahman bin Abd ghaffar on Jan 07, 2022 at 12:44 am

    Rfid ada utk kelas 4 tak utk taxi

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • Apek Tan on Jan 07, 2022 at 3:19 am

    Apa jadi kalau masuk tol guna RFID, tapi exit kat tol destination takde RFID? Adalah boleh lalu? Atau link kad touch n go?

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 4
    • Hazril Hafiz (Member) on Jan 07, 2022 at 7:27 pm

      Boleh rujuk artikel ni: https://paultan.org/2021/12/24/rfid-di-lebuhraya-plus-bagaimana-ia-berfungsi/

      Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 1
  • Radziman Shamsudin on Jan 07, 2022 at 9:38 am

    Kalau kereta ada 2 boleh kita kena pakai 2 akuan e wallet ke

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • Hazril Hafiz (Member) on Jan 07, 2022 at 7:28 pm

      Satu akaun eWallet boleh pautkan kepada beberapa tag RFID. Tak perlu banyak2 akaun.

      Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
      • akaun eWallet mmg 1 tp TagRfid 1 motokar 1 tagRfid.bkn itu membebankan pengguna.TnG 1 tp blh guna utk brbilang knderaan.sepatutnya msa dftarkn TagRfid blh masukan berbilang no pndftaran knderaan yg pengguna miliki.klu jual motokar kna beli TagRfid yg baru lg.duit lg

        Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
        • Syazleen on Jan 13, 2022 at 11:35 pm

          confirmlah utk mengaut keuntungan lagi..sistem yg menyusahkan..membebankan..silalah beri kemudahan bkn kesusahan

          Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 1
  • A Rahman on Jan 07, 2022 at 9:54 am

    Kalau ada RFID dan melalui tol plaza yg takde gate RFID, bagaimana?

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 2
    • Hazril Hafiz (Member) on Jan 07, 2022 at 7:27 pm

      Rujuk sini: https://paultan.org/2021/12/24/rfid-di-lebuhraya-plus-bagaimana-ia-berfungsi/

      Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  • Azlan Ilais on Jan 07, 2022 at 10:38 am

    Adakah semua lorong TnG dan SMART TAG dimansuhkan???

    Like or Dislike: Thumb up 7 Thumb down 0
    • Hazril Hafiz (Member) on Jan 07, 2022 at 7:23 pm

      Pada 15 Januari ni, belum lagi. Tapi akan dilakukan secara berperingkat dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

      Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • Ujang on Jan 07, 2022 at 2:44 pm

    Bagaimana pula dengan pengguna smart tag. Adakah pengguna smart tag perlu juga tukar ke RFID. Mengikut laporan yang diberikan. Nampaknya Tak mesra pengguna langsung

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0
    • Hazril Hafiz (Member) on Jan 07, 2022 at 7:24 pm

      Selagi ada lorong SmartTAG, peranti yang ada tu masih boleh digunakan. Tak ada masalah. Tapi perlahan-lahan memang kena beralih ke RFID.

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • hasnah hassan on Jan 07, 2022 at 5:56 pm

    Bagaimana untuk bayaran jambatan pulau pinang adakah sama seperti bayaran touch n. Go yg kita daftarkan untuk penduduk pulau pinang.. Harganya tak sama bg penduduk luar yg datang masuk kepulau pinang

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0
  • cik ema on Jan 07, 2022 at 6:25 pm

    ntah la…lagi menyusahkan adela..dan x mesra pengguna lnsg.

    beza ngn tnG, bleh alih2 guna kat kete2 lain, guna kat ktm, guna kat parking..mcm2..

    sape punye idea suh guna rfid ni…bleh x berfikir luar kotak??..da ada yg senang..suh guna yg susah plak..

    Like or Dislike: Thumb up 13 Thumb down 1
    • Betul tu, TNG still guna kat tempat lain. Xde RFID. Byk benda kena top up

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Amri Hj Abdul Malik on Jan 07, 2022 at 11:51 pm

    Kata klu lekat kat cermin, jgn dekat ngan besi (frame).. klu letak kt lampu, bkn ke atas lampu tu besi? (Bonet dpn)

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
  • Mohd nor on Jan 09, 2022 at 4:15 am

    Rfid yg ada di selangor dan kl skang ni pun byk masalah, confident jer nak pasang kat highway plus pulak. Promote teruk², tapi satu laluan jer yg ada rfid nih. Beriya la aku p beli kit rfid, pastu topup siap² konon nak senang, last² smarttag jugak yg senang pasai lorong dia lgi byk.

    Lepas tu aku nak tanya la, kata la kalau aku dri kl nk balik utara, masuk tol duta pakai rfid, singgah rnr tapah. Rfid aku ilang, kata la ada org kopek rfid aku atau org pecahkan lampu aku time parking, mcm mana aku nak kluar di tol juru? Takkan nak kena call plus atau tngo dlu ke baru nk boleh kluar? Jgn buat pasal nak tahan aku suh tunggu korang dtg bagai pulak, mmg aku redah palang tol tu. Byk sgt sabar dh aku sebagai rakyat ni bagi. Yg byr tol aku, yg beli device atau kit ni aku, yg topup pun skang aku gak sendiri kena buat dri hp dn online banking aku, yg korang tau kutip duit jer.

    Like or Dislike: Thumb up 15 Thumb down 0
  • M.faisal on Jan 10, 2022 at 8:13 am

    Baki yg ada dlm touch n go tu mcm mne? nampak sangat senang2 je nak makan duit org, bila tanya nti, cakap dh batal tak boleh guna. Siapa la yg cipta sistem RFID jahiliah yahudi ni?

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0
  • irman on Jan 10, 2022 at 9:09 pm

    takde kualiti punya tag rfid, aku punya yang pasang aritu dah terkopak. entah apa2.

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  • akaun eWallet mmg 1 tp TagRfid 1 motokar 1 tagRfid.bkn itu membebankan pengguna.TnG 1 tp blh guna utk brbilang knderaan.sepatutnya msa dftarkn TagRfid blh masukan berbilang no pndftaran knderaan yg pengguna miliki.klu jual motokar kna beli TagRfid yg baru lg.duit lg

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Jayshariff on Jan 14, 2022 at 5:48 am

    Kenapa tak buat je semua sistem pembayaran tu.. terpulanglah pada pengguna nak guna mana yang mereka selesa.tng ada,smart tag ada dgn rfid pun ada.kalau betul rfid ni menyenangkan, kenapa dia dah lama di ujudkan.tp tak ramai yang suka nak gunakan.

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
  • Ariff Omar on Jan 14, 2022 at 9:47 am

    Masuk lorong RFID, boleh keluar lorong T&G atau SmartTag ke!

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Ahmad Fadzil on Jan 16, 2022 at 11:21 pm

    Tak habis-habis menyusahkan orang ramai. Orang ramai & pengguna korang tindas . Buat sesuka hari nak tambah kekayaan sendiri pasal korang berkuasa . Sekarang nak tambah duit poket cas RM35 setiap kenderaan ; senang-senang dapat beratus-ratus juta RM .Pulangkan duit kami beli Smartag RM seratus lebih tu ; ingat sikit duit ke RM seratus lebih untuk beli device Smartag + Touch n Go card tu ! Lepas RFID ni boleh la kuatkuasakan device baru lain pulak agaknya, dapat lagi berbillion RM . Takkan la pihak pengurusan PLUS dah ketandusan idea cara lain nak cari penambahan pendapatan dan keuntungan . Agak-agaknya PLUS akan keluar statement suruh yang membantah pengunaan sistem RFID sepenuhnya ni sila guna Jalan Persekutuan dak ?!!! …. maklumlah majority lebuhraya milik PLUS !!!!

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 1
  • Shamsul on Jan 17, 2022 at 6:02 pm

    Saya tersalah pasang terbalik..adakah blh berfungsi

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Dieja zulfadli on Jan 18, 2022 at 11:56 pm

    Boleh ke RFID tuu guna akaun ewallet yg berbeza…macam skrg RFID tuu husband guna atas ewallet dia…kalau husband keluar Malaysia atas urusan kerja..mcm mn saya nk guna kenderaan tersebut..boleh ke guna ewallet saya..harap membantu..terima kasih

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 2
  • nurul on Jan 23, 2022 at 3:52 pm

    Nak tanya. Myvi baru kan dah ada build in smart tag. Adakah jika rfid dilaksanakan sepenuhnya, build in smart tag myvi baru telah tidak boleh digunakan?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • MOHD HAFIZ BIN AZIZ on Mar 11, 2022 at 6:54 am

    Bagaimana hendak melakukan pertukaran kelas 1 ke kelas 4?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Mohd Rais bin Daut on May 03, 2022 at 11:03 pm

    Saya pengguna RFID tag kenderaan BNV 6316, pada 03 Mei 2022 jam 0725H saya mengguna RFID Tag di Plaza Tol Simpang Empat menuju ke Bdr Baru Bangi. Sampai di KM 229.2 ( Area Pedas Lingg) kenderaan mengalami kerosakan. Kenderaan towing telah towing kenderaan sy hingga ke plaza Tol Senawang. Staff di Plaza Tol Senawang memaklumkan bahawa RFID sy akan ditolak setelah saya top up RFID. Masalah nya bagaimana mereka tahu kenderaan saya
    keluar di Plaza Tol Senawang sedangkan mereka tidak scan dan mengambil detail kenderaan saya..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • sulaiman on Feb 28, 2023 at 12:20 pm

    nak tanya kalau kereta besar, contohnya HRV dengan Navara nak tampal RFID dekat mana?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Cikgu Ajis on Apr 29, 2023 at 9:04 pm

    Nak tanya. Dalam tempoh setahun tidak pernah menggunakan RFID. Adakah masih boleh digunakan?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required