Toyota kini jenama automotif terlaris di AS, GM jatuh tempat ke-2 buat pertama kali dalam tempoh 90-tahun

Toyota kini jenama automotif terlaris di AS, GM jatuh tempat ke-2 buat pertama kali dalam tempoh 90-tahun

Buat pertama kali dalam tempoh 90-tahun, gergasi automotif Amerika Syarikat, General Motors (GM) jatuh ke tempat kedua dalam jualan tahunannya di pasaran tanah air sendiri. Ini kerana jenama dari Jepun, Toyota telah dinobatkan sebagai jenama automotif paling laris di AS untuk tahun 2021!

Menurut laporan Wall Street Journal, GM tewas di gelanggang sendiri tahun lalu adalah kerana menghadapi masalah produksi berikutan masalah bekalan cip semikonduktor global. Manakala untuk Toyota, para penganalisis menyatakan bahawa syarikat tersebut berjaya meramal masalah bekalan cip berkenaan dengan lebih baik berbanding pesaing yang lain.

Sepanjang 2021, Toyota dilaporkan berjaya menjual sebanyak 2.332 juta kenderaan di AS – peningkatan 10% berbanding jualan tahun 2020. Manakala bagi GM, ia mencatatkan jualan 2.218 juta kenderaan atau 114,000 unit kurang dari Toyota. Angka jualan GM tersebut juga dilihat jatuh 13% berbanding 2020 dengan catatan jualan 2.55 juta kenderaan.

Toyota kini jenama automotif terlaris di AS, GM jatuh tempat ke-2 buat pertama kali dalam tempoh 90-tahun

“Kekurangan bekalan semikonduktor, selain perkara-perkara lain, telah mewujudkan situasi yang tidak pernah berlaku pada 2021. Namun, GM masih mendahului pasaran pikap saiz penuh dan SUV. Dan 2022 bermula dengan rantaian bekalan yang pulih beransur-ansur, dan itu sepatutnya membolehkan pertumbuhan pada 2022 apabila kami melancarkan beberapa kenderaan baharu – termasuk EV dan pikap-pikap yang direka semula,” kata jurucakap GM kepada CNN Bussines.

Walaupun mencatatkan satu kejayaan yang bersejarah, Toyota dilihat tidak mahu ‘berlagak’ dengan pencapaian berkenaan. Menurut naib presiden seniot Toyota Motor North America, Jack Hollis dalam laporan Reuters, syarikatnya tidak bercadang untuk menggunakan ‘takhta’ yang dirampas dari GM berkenaan untuk sebarang jenis pengiklanan.

Jack Hollis menyatakan bahawa Toyota “bersyukur” kerana mempunyai pelanggan-pelanggan yang setia, serta menambah “menjadi nombor satu tidak pernah menjadi fokus atau keutamaan.”

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required