SPYSHOT: Proton X70 1.5L Turbo 2022 dengan sistem AWD sedang diuji – kemaskini untuk varian Executive?

SPYSHOT: Proton X70 1.5L Turbo 2022 dengan sistem AWD sedang diuji – kemaskini untuk varian Executive?

Proton dikesan sedang menguji model kemaskini untuk 2022 bagi SUV segmen-C X70 di Lebuhraya Karak menuju ke Genting Sempah, yang dikatakan dijana oleh enjin lebih kecil dari model sedia ada iaitu unit 1.5 liter tiga-silinder turbo. Namun apa yang lebih menarik, imej dari Instagram memaparkan unit yang diuji tersebut dilihat mempunyai lencana ‘AWD’ di belakang, menandakan ia akan ditawarkan semula dengan sistem pacuan semua roda.

Ketika dilancarkan buat pertama kali dalam versi CBU dari China pada 2018, X70 sememangnya sudahpun ditawarkan dengan sistem pacuan semua roda dalam varian pertengahan Executive. Namun untuk versi CKD yang dilancarkan pada Februari 2020, sistem tersebut sudah tidak lagi diberikan pada varian Executive.

Walau bagaimanapun, Proton masih menghasilkan X70 dengan sistem AWD tetapi untuk unit yang dieksport ke Pakistan. Untuk pengetahuan anda, selain ditawarkan dengan sistem AWD, X70 pasaran Pakistan berkenaan turut menerima enjin 1.5 liter tiga-silinder turbo, berbeza dengan model pasaran Malaysia sedia ada yang diberikan enjin 1.8 liter empat-silinder turbo.

Enjin 1.5 liter turbo berkenaan adalah enjin yang sama berada dalam perut Proton X50 Flagship pasaran Malaysia, yang menampilkan sistem suntikan bahan api terus, menghasilkan kuaa 177 PS dan tork maksima 255 Nm. Sebagai perbandingan, enjin 1.8 liter turbo pada X70 sedia ada menghasilkan kuasa 181 hp dan tork maksima 300 Nm.

Tak kira dalam mana-mana badan, kedua-dua jenis enjin turbo GDI pada model-model Proton ini digandingkan dengan kotak gear klac berkembar automatik tujuh-kelajuan 7DCT yang dibangunkan bersama oleh Volvo dan Geely.

Berbalik kepada unit yang sedang diuji ini, ia nampaknya menampilkan kemasan-kemasan yang sama seperti model X70 dalam varian Executive sedia ada, termasuk rim 18-inci lima jejari berkembar dalam kemasan aloi digilap. Seperti yang disebutkan tadi, kelainan pada sebelah luar yang boleh dilihat hanyalah pada emblem AWD di belakang.

Ketika dilancarkan pada 2020, X70 Executive CKD datang dengan perincian seperti lampu hadapan projektor LED dengan lampu nyalaan siang LED, pengelap cermin automatik, pintu tailgate belakang bantuan kuasa, upholsteri leatherette, tempat duduk pemandu larasan kuasa enam hala, sistem audio lapan-pembesar suara dan pelbagai lagi. Namun ia tidak diberikan sistem bantuan pemanduan termaju (ADAS) seperti dua varian lebih tinggi iaitu Premium dan Premium X.

Ketika Proton menggugurkan varian dengan sistem AWD dua tahun lalu, jenama berkenaan menyatakan bahawa penawaran sistem tersebut digugurkan kerana ia kurang permintaan, berdasarkan rekod jualan pada model-model CBU terdahulu. Adakah Proton mengembalikan semula sistem pacuan semua roda ini pada X70 juga kerana terdapat permintaan dari pelanggan? Anda rasa bagaimana?

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required