Teroka prestasi off-road Ford Ranger & Ranger Raptor anda di Ford Ranger Getaway pada hujung minggu ini

Teroka prestasi off-road Ford Ranger & Ranger Raptor anda di Ford Ranger Getaway pada hujung minggu ini

Ford Ranger T6 dan Ranger Raptor, seperti yang ramai tahu ia adalah trak pikap yang sangat selesa untuk digunakan di dalam bandar, membuatkan ia menjadi pilihan bagi mereka yang mahukan trak pikap sebagai kenderaan gaya hidup, dalam masa yang sama masih lagi boleh dipandu seperti kereta biasa. Jadi berapa ramai pemilik trak pikap Ford ini yang pernah meneroka kelebihan kenderaan mereka di laluan off-road?

Ini dia peluang keemasan anda untuk berseronok – pengedar rasmi Ford di Malaysia, Sime Darby Auto Conexxion (SDAC) bakal menganjurkan acara Ford Ranger Getaway yang dijadualkan berlangsung pada hujung bulan ini. Menerusi acara ini, pemilik-pemilik Ford Ranger dan juga Ranger Raptor akan diberikan sesi bimbingan selama sehari bersama jurulatih pemanduan meliputi laluan jalanraya dan off-road di sekitar Sepang pada 26 Mac 2022.

Apa yang menarik, SDAC turut menawarkan potongan 50 peratus untuk pengalaman latihan di Sepang ini. Setiap peserta turut boleh membawa teman secara percuma. Berminat? SDAC menggalakkan pelanggan yang mahu menyertai Ford Ranger Getaway agar mendaftar dengan segera kerana tempat adalah terhad.

Teroka prestasi off-road Ford Ranger & Ranger Raptor anda di Ford Ranger Getaway pada hujung minggu ini

“Dikenali kerana keutuhan, keupayaan kejuruteraan, teknologi pintar dan ciri-ciri kemewahan kabin kenderaan penumpang, para pelanggan justeru itu memilih Ranger bukan sahaja untuk kerja malahan untuk bersantai dan keperluan keluarga. Melalui program pengalaman Ford Ranger Getaways kami ini, kami mahu menyediakan platform kepada para pemilik untuk membongkar potensi dan kebolehan sebenar Ranger mereka melalui rangkaian pengalaman tempatan yang dipilih khusus,” kata Turse Zuhair, Pengarah Urusan, SDAC-Ford.

“Ford Ranger Getaways bukan sahaja menawarkan pemilik Ranger dan Ranger Raptor pengalaman unik merasai pengalaman Live the Ranger Life, malahan kami turut membantu pelancongan tempatan yang sebelum ini terkesan dengan pandemik,” tambahnya lagi.

Pemilik Ford Ranger dan Ranger Raptor yang berjaya mendaftarkan diri untuk menyertai sesi latihan sehari berkenaan bakal mempelajari tip dan teknik tentang kaedah duduk dan kendalian kenderaan masing-masing. Mereka juga akan merasai pengalaman praktikal autocross atas jalan bertar, kursus off-road 4×4 dan kursus Baja yang akan menonjolkan kebolehan sebenar Ford Ranger Raptor sebagai trak pikap prestasi. Peserta juga akan dapat merasai pengalaman hot lap Baja bersama jurulatih.

Teroka prestasi off-road Ford Ranger & Ranger Raptor anda di Ford Ranger Getaway pada hujung minggu ini

Pemilik Ford Ranger biasa akan melalui modul yang sama seperti Raptor, namun untuk modul latihan Baja dan hot lap bersama jurulatih akan digantikan dengan kursus dirt cornering dan drifting. Latihan untuk kedua-dua hari tersebut akan bermula jam 8.30 pagi di Litar Antarabangsa Sepang. Sijil penyertaan akan diserahkan kepada semua peserta di akhir latihan.

Ford Ranger Getaways merupakan satu lagi acara percutian yang ditawarkan dalam program Live the Ranger Life oleh SDAC. Selain dari acara ini, Live the Ranger Life turut menawarkan program-program pengembaraan lain untuk pemilik Ranger, dari keseronokan bersiar-siar di bandar, mengembara lasak, sekadar berjalan-jalan cari makan atau pun terbang merentas KLCC.

Untuk mendaftar, mengetahui bayaran yuran dan juga maklumat-maklumat lain berkaitan Sepang Ford Ranger Getaway atau program-program Live the Ranger Life yang lain, anda boleh layari laman sesawang rasmi mereka pada PAUTAN INI.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required