Jadual Cadangan Waktu Perjalanan 23 Dis-2 Jan di Lebuhraya PLUS sempena Krismas dan Tahun Baharu

Jadual Cadangan Waktu Perjalanan 23 Dis-2 Jan di Lebuhraya PLUS sempena Krismas dan Tahun Baharu

Bulan Disember ini memang ada beberapa cuti hujung minggu panjang, termasuklah sempena perayaan Krismas yang jatuh pada hari Ahad (25 Disember), manakala hujung minggu berikutnya juga bersambung dengan cuti sempena Tahun Baharu 2023. Pastinya, ramai di antara kita yang merancang untuk pulang ke kampung halaman atau pun bercuti ke mana-mana destinasi.

Sehubungan itu, PLUS Berhad (PLUS) turut menjangkakan lonjakan trafik kepada dua juta kenderaan sehari, berbanding 1.8 juta sehari pada hari biasa, yang bakal melalui Lebuhraya Utara-Selatan bersempena dengan cuti Krismas dan Tahun Baharu untuk tempoh bermula 23 Disember 2022 hingga 2 Januari 2023.

CEO PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi berkata lebih daripada 1.8 juta kenderaan direkodkan secara konsisten berikutan bermulanya cuti sekolah.

“Sejak kita memasuki fasa endemik, PLUS merekodkan jumlah trafik yang tinggi iaitu sebanyak 1.8 juta kenderaan sehari berbanding 1.6 juta kenderaan sehari pada tahun 2019, iaitu sebelum pandemik Covid-19. Berdasarkan corak perjalanan pelanggan dan data trafik ketika cuti perayaan dan cuti hujung tahun yang lalu, kami menjangkakan kira-kira dua juta kenderaan akan melalui rangkaian lebuh raya kami setiap hari.

Jadual Cadangan Waktu Perjalanan 23 Dis-2 Jan di Lebuhraya PLUS sempena Krismas dan Tahun Baharu

“Oleh itu, seperti musim perayaan yang lain, kami turut mengeluarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) untuk rujukan para pengguna Lebuhraya PLUS sempena dengan cuti Krismas dan Tahun Baharu 2023. Pada masa yang sama, anda juga juga dinasihati agar bersedia untuk menempuh tempoh perjalanan yang lebih panjang disebabkan lonjakan trafik ini,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan.

Menerusi TTA yang dikeluarkan untuk tempoh 23 Disember 2022 hingga 2 Januari 2023, pengguna Leburaya PLUS yang ingin memulakan perjalanan dari Lembah Klang yang menuju ke destinasi lebih jauh seperti ke Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Utara) dan Johor dinasihatkan untuk memasuki lebuh raya sebelum jam 10 pagi.

Sementara itu, bagi mereka yang menuju ke lokasi yang lebih dekat atau ke negeri-negeri lain dinasihatkan untuk memasuki lebuh raya di antara jam 12 tengah hari hingga 4 petang.

Manakala bagi perjalanan menuju ke Lembah Klang untuk tarikh yang sama, pengguna yang datang dari arah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Utara), Johor dan negeri-negeri lain dinasihati mula memasuki Lebuhraya PLUS sebelum jam 10 pagi.

Jadual Cadangan Waktu Perjalanan 23 Dis-2 Jan di Lebuhraya PLUS sempena Krismas dan Tahun Baharu

Datuk Zakaria turut berkata PLUS juga telah mengeluarkan arahan pemberhentian kerja dan tiada penutupan lorong bermula 23 Disember hingga 26 Disember, dan di antara 30 Disember 2022 hingga 1 Januari 2023 untuk mengelakkan kesesakan di lebuh raya.

“Walau bagaimanapun, penutupan lorong mungkin terpaksa diadakan bagi membolehkan kerja-kerja pengalihan kenderaan yang terlibat di dalam kemalangan, kerja pembersihan di lokasi kemalangan dan kerja-kerja pembaikan yang kritikal atas sebab keselamatan,” tambah beliau.

Dalam masa yang sama, beliau turut menasihatkan pelanggan lebuh raya supaya mereka bersedia secara fizikal dan mental untuk perjalanan jauh, termasuklah lebih berhati-hati ketika memandu pada musim hujan.

Jadual Cadangan Waktu Perjalanan 23 Dis-2 Jan di Lebuhraya PLUS sempena Krismas dan Tahun Baharu

“Pastikan kenderaan anda dalam keadaan yang baik, anda mendapat rehat yang cukup, dan sediakan keperluan penting seperti air, susu tepung bayi, ubat-ubatan untuk orang tua dan makanan ringan di dalam kenderaan. Pemandu digalakkan untuk berhenti rehat di kawasan rehat & rawat (R&R) atau hentian sebelah dari masa ke masa sebelum menyambung semula perjalanan,” katanya.

Pelanggan lebuh raya turut diingatkan supaya memastikan kad Touch ‘n Go atau e-wallet mereka mempunyai baki yang mencukupi bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

“Pelanggan juga dinasihatkan supaya masuk dan keluar dari lebuh raya menggunakan mod pembayaran yang sama dan menghubungi talian PLUSLine 1800-88-0000, jika berlaku kecemasan dan mahu mendapatkan bantuan di lebuh raya,” katanya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required