Perodua catat rekod tertinggi dengan jualan 282,019 unit pada tahun 2022 – naik 48.2% berbanding 2021

Perodua catat rekod tertinggi dengan jualan 282,019 unit pada tahun 2022 – naik 48.2% berbanding 2021

Perodua nampaknya mencatat rekod baru apabila pada tahun 2022 berjaya menjual 282,019 buah kenderaan, iaitu peningkatan 48.2% berbanding jumlah 190,291 pada tahun 2021. Dengan permintaan yang lebih tinggi berbanding pengeluaran, Perodua berjaya menjual kenderaan tanpa henti dan pengeluaran meningkat sebanyak 49.5%, iaitu bersamaan 289,054 unit.

Pada awalnya, Perodua cuma meletakkan sasaran jualan tahun 2022 pada 247,800 (30.2% lebih tinggi berbanding jualan 2021), tetapi ia dengan mudah berjaya diatasi. Sebelum ini, jumlah jualan tahunan terbaik P2 adalah pada tahun 2019, iaitu sebanyak 240,341 unit. Berdasarkan jangkaan TIV 2022 sebanyak 720,000 unit, Perodua mengambil perkongsian pasaran sebanyak 39%.

“Pencapaian ini juga adalah komitmen bersama ekosistem tempatan untuk pelanggan dan tanggung jawab bersama kami untuk memajukan industri ini,” kata presiden dan CEO Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad.

Perodua catat rekod tertinggi dengan jualan 282,019 unit pada tahun 2022 – naik 48.2% berbanding 2021

“Industri ini melakukan banyak pemikiran semula dan daripada apa yang dipelajari waktu pandemik lalu, kami mendapati kami perlu mengambil langkah aktif untuk pulih pada tahun 2021 – yang menyaksikan pelbagai cabaran dan daripada situ cuba memaksimumkan potensi ekosistem pada 2022,” tambah beliau.

Zainal memberitahu, 2022 juga mempunyai cabaran sendiri termasuk pemulihan ekosistem daripada banjir besar, kekurangan pekerja akibat peningkatan kes Covid di bahagian pembekal, kekurangan bekalan cip semikonduktor dan kenaikan tiba-tiba harga bahan mentah. Walaubagaimanapun, dengan perancangan yang baik, Perodua serta rakan kerjanya bukan sahaja dapat mengatasi masalah ini, tetapi juga menemui pertumbuhan yang sangat diperlukan oleh industri.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required