Honda Malaysia anjur kempen ‘Gen H’ untuk model hibrid – siri jelajah di KL, P.Pinang, JB bulan depan

Honda Malaysia (HM) telah melancarkan kempen untuk model dan teknologi hibrid yang dipanggil ‘Gen H’, dengan ‘H’ mewakili ‘Honda, Hybrid and Hype’. Bahkan syarikat ini juga akan menganjurkan siri jelajah di seluruh negara “untuk berkongsi pengalaman dan keseronokan teknologi hibrid dengan rakyat Malaysia”.

Dalam acara Gen H, pengunjung berpeluang menikmati pengalaman menggunakan teknologi hibrid e:HEV ciptaan Honda yang diterapkan dalam model City, City Hatchback, Civic dan HR-V. Kesemua model e:HEV ini merupakan varian tertinggi dalam kemasan RS. Siri jelajah ini turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik termasuk permainan arked, fun fair, bengkel, gerai makanan & minuman, seni graffiti oleh artis tempatan dan banyak lagi.

Siri jelajah ini akan berlangsung pada bulan hadapan dan bermula di Linear Park, Taman Desa Tebrau, JB pada 3-4 Jun. Diikuti denggan di Juru Auto City, Pulau Pinang pada 10-11 Jun. Dan berakhir di tempat letak kereta C, Stadium Bukit Jalil, KL pada 17-18 Jun. Masuk adalah percuma.

“Honda Malaysia merupakan pelopor dalam memperkenalkan teknologi hibrid di Malaysia sejak 19 tahun yang lalu apabila kami menawarkan teknologi Integrated Motor Assist (IMA) pada Civic Hybrid. Maklumbalas berhubung teknologi IMA ini positif dan kami memperkenalkannya pula Sport Hybrid i-DCD pada tahun 2017 menerusi model City dan Jazz Hybrid yang bernilai untuk wang, menyeronokkan untuk dipandu dan didorong prestasi, memenuhi pasaran massa. Ini secara berkesan mengubah persepsi kereta hibrid dalam kalangan rakyat Malaysia,” kata CEO dan Pengarah Urusan HM Hironobu Yoshimura.

Tambah beliau, “Hari ini, teknologi telah berkembang dengan ketara, dengan teknologi hibrid termaju kami yang terkini, e:HEV, sistem hibrid dua motor yang memberikan prestasi dan kecekapan yang berkuasa pada masa yang sama sambil mengekalkan DNA yang menyeronokkan untuk dipandu.”

Penjana kuasa e:HEV hybrid bekerja amat berbeza dengan IMA dan i-DCD, di mana lebih banyak perbatuan ditempuhi tanpa ICE, menghasilkan penjimatan bahan api yang jauh lebih baik.

Penjana kuasa 1.5L e:HEV pertama kali diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2020 menerusi City, dan ia merupakan pengenalan di peringkat dunia bagi varian sedan RS e:HEV. Kemudian, HM memperkenalkan e:HEV bagi City Hatchback dan HR-V pada tahun 2022.

Versi terkini dan yang paling berkuasa untuk teknologi ini diperkenalkan pada November 2022 menerusi Civic FE. Penjana kuasa 2.0L mampu menghamburkan kuasa hingga 184 PS/315 Nm. Jika Civic turbo mampu dipecut dari 0-100 km/j dalam 7.9 saat, Civic e:HEV pula 8.3-8.5 saat. Bagi penggunaan bahan apinya pula, 4.0 liter per 100 km bagi varian e:HEV dan 6.3 liter untuk turbo.

Setakat ini, HM telah menjual lebih 2,800 unit City dengan teknologi e:HEV, lebih 1,600 unit untuk City Hatchback dan lebih 2,600 unit bagi HR-V Hybrid. Manakala hampir 600 unit untuk Civic e:HEV.

“Selama lebih 30 tahun, Honda telah menyelidik dan membangunkan rangkaian kuasa elektrik untuk EV, kenderaan sel bahan api dan kenderaan hibrid. Ini kerana matlamat utama Honda adalah untuk mencapai neutral karbon dan menawarkan rangkaian elektrik dan hibrid dilihat sebagai bahagian penting dalam perjuangan kami. Ketika dunia berkembang dalam teknologi automotif, matlamat Honda adalah untuk membangunkan kenderaan yang menyeronokkan untuk dipandu dan mempunyai daya tarikan yang unik kepada pelanggan,” kata HM dalam satu kenyataan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required