BYD Seal di Malaysia – 1,300 tempahan di terima dalam masa empat hari selepas dilancarkan!

BYD Seal di Malaysia – 1,300 tempahan di terima dalam masa empat hari selepas dilancarkan!

Sime Darby Motors (SDM) iaitu syarikat yang bertanggungjawab ke atas jenama BYD di Malaysia hari ini mengumumkan bahawa sedan EV BYD Seal telahpun menerima sebanyak 1,300 tempahan, hanya selepas empat hari dilancarkan pada pasaran tempatan!

Teruja dengan sambutan yang begitu menggalakkan itu, SDM kini melanjutkan kempen tempahan awal atas talian atau di bilik pameran rasminya sehingga 3 Mac 2024, yang menawarkan pengecas wallbox untuk dipasang di rumah secara percuma serta kredit ChargeEV dari Gentari yang bernilai RM800. Sebelum ini tawaran tersebut hanya diberikan kepada 800 pelanggan terawal yang menempah model berkenaan.

“Respon daripada Rakyat Malaysia jelas menunjukkan kesediaan mereka untuk menerima kenderaan elektrik (EV)
daripada BYD, yang terus membawa gelombang di sini serta bahagian lain di rantau ini. Pencapaian ini juga menandakan satu lagi peristiwa penting dalam evolusi teguh dalam pasaran EV negara,” kata Jeffrey Gan, pengarah urusan SDM Asia Tenggara.

BYD Seal di Malaysia – 1,300 tempahan di terima dalam masa empat hari selepas dilancarkan!

Ketika dilancarkan di Malaysia pada 22 Februari lalu, lawan terus kepada Tesla Model 3 ini ditawarkan dalam dua varian, bermula dengan varian asas Premium Range RWD dijual pada harga atas jalan tanpa insuran RM179,800, dan juga varian tertinggi Performance Range AWD dijual pada harga RM199,800.

Ia masih dibangunkan di atas e-platform 3.0 sama seperti SUV Atto 3 dan hatchback Dolphin, namun sedan ini merupakan model EV pertama dari BYD yang menggunakan badan yang dilengkapi teknologi CTB, di mana bateri Blade untuk menggerakkanya merupakan sebahagian dari struktur badan.

Varian Premium Range RWD hanya dibekalkan dengan satu motor elektrik yang memacu roda belakang berkuasa 313 PS (308 hp atau 230 kW) dan tork maksima 360 Nm, membolehkan ia memecut 0-100 km/j dalam masa 5.9 saat. Manakala varian Performance AWD pula menerima satu lagi motor elektrik bagi memacu roda hadapan bagi membekalkan kuasa keseluruhan 530 PS (523 hp atau 390 kW) dan tork maksima 670 Nm, memberikan pecutan 0-100 km/j lebih pantas hanya dalam masa 3.8 saat.

BYD Seal di Malaysia – 1,300 tempahan di terima dalam masa empat hari selepas dilancarkan!

Kedua-duanya menerima bateri Blade lithium-logam fosfat (LFP) berkapasiti 82.5 kWj. Oleh itu varian Premium Range mampu bergerak sejauh 650 km dalam kitaran NEDC (570 untuk kitaran WLTP) untuk satu cas penuh, manakala varian Performance yang ‘menelan’ lebih kuasa dengan tambahan satu lagi motor hanya mampu bergerak sejauh 580 dalam kitaran NEDC (520 km dalam WLTP).

Untuk mengecas, Seal boleh menggunakan pengecas AC 7 kW yang memerlukan masa selama 15.2 jam untuk memenuhkan bateri. Ia juga boleh menggunakan sistem pengecas pantas DC sehingga 150 kW, yang membolehkan cas bateri dari 10% hingga 80% diisi dalam masa hanya 37 minit.

Untuk lebih perincian berkenaan sedan sport berkuasa elektrik ini, anda boleh baca laporan pelancarannya yang telah kami sediakan pada PAUTAN INI.

GALERI: BYD Seal Premium Range RWD

GALERI: BYD Seal Performance Range AWD

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required