Toyota Rush GR Sport facelift 2024 diperkenal di Indonesia – rupa lebih lasak, skrin infotainmen 9-inci

Toyota Rush GR Sport facelift 2024 diperkenal di Indonesia – rupa lebih lasak, skrin infotainmen 9-inci

SUV segmen-B tujuh tempat Toyota Rush baru sahaja dihentikan jualannya di Malaysia awal tahun ini. Namun untuk pasaran Indonesia, usia produksi model berkenaan mungkin masih lagi lama kerana versi lebih sporty Rush GR Sport facelift 2024 baru sahaja dilancarkan di negara itu.

Toyota Rush GR Sport 2024 ini menampilkan rekaan berbeza pada kit badan berbanding model yang diperkenalkan pada 2021. Perubahan kali ini membabitkan rekaan gril baharu dengan kemasan hitam berkilat, bampar hadapan dengan elemen liang sarang lebah palsu lebih banyak serta bahagian skid plate yang lebih besar.

Kemasan pelindung badan sisi juga kini semakin besar dengan meliputi sepenuhnya bahagian bawah pintu bersama kemasan overfender lebih lebar, manakala di belakang panel kemasan yang meghubungkan kedua-dua belah lampu kini diberikan kemasan hitam berkilat berbanding mengikut warna badan sebelum ini.

Toyota Rush GR Sport facelift 2024 diperkenal di Indonesia – rupa lebih lasak, skrin infotainmen 9-inci

Pada bahagian dalaman, Rush GR Sport ini sudah menerima bahagian dalaman hitam sepenuhnya, berbanding adunan bersama warna beige dan kelabu cerah sebelum ini. Namun ia turut dipadankan dengan sedikit kemasan perak pada konsol tengah dan konsol gear.

Selain itu skrin sistem infotainmen Display Audio tujuh-inci sebelum ini telah dipertingkat menggunakan skrin lebih besar bersaiz sembilan-inci bersama grafik pemula GR. Logo GR juga disulam pada perehat kepala kedua-dua tempat duduk hadapan.

Untuk keselamatan, versi baharu yang dipertingkat ini masih lagi belum menerima sistem keselamatan aktif termasuk brek kecemasan automatik seperti yang sudah diberikan pada Perodua Aruz dan Rush pasaran Malaysia sebelum ini. Ia masih hanya diberikan dengan sistem asas seperti enam beg udara dan sistem kestabilan elektronik.

Toyota Rush GR Sport facelift 2024 diperkenal di Indonesia – rupa lebih lasak, skrin infotainmen 9-inci

Juga tiada perubahan diberikan pada unit rangkaian kuasa di mana ia masih dijana oleh enjin 2NR-VE 1.5 liter empat-silinder petrol berkuasa 105 PS pada 6,000 rpm dan tork 136 Nm pada 4,200 rpm. Kuasa dialirkan sepenuhnya ke gandar belakang, menerusi pilihan kotak gear empat kelajuan automatik atau lima kelajuan manual.

Toyota Rush GR Sport 2024 ini dijual pada harga bermula Rp 299,750,000 (RM90k) untuk versi manual, dan Rp310,450,000 (RM93k) untuk versi automatik. Toyota Indonesia juga menawarkan beberapa aksesori asli untuk Rush ini antaranya jaring untuk ruang kargo belakang, penutup tayar gantian, dan juga penyegar udara kabin.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required