SUV segmen-B tujuh tempat duduk Toyota Rush kini sudah diturunkan dari laman web rasmi UMW Toyota. Semakan kami dengan pengendali rasmi jenama Toyota di Malaysia itu turut mengesahkan bahawa jualan bagi Toyota Rush kini sudahpun dihentikan.
Rush dilancarkan pada pasaran Malaysia pada Oktober 2018, dan seperti diketahui ia adalah kembar kepada Perodua Aruz, di mana ia dihasilkan bersama-sama di kilang Perodua yang terletak di Rawang, tetapi proses kemasan akhir, pemasangan aksesori dan kawalan kualiti akhir dilakukan di kilang Toyota yang terletak di Bukit Raja, Klang.
Sekali imbas Rush menampilkan rupa yang sama seperti Aruz, tetapi ia mempunyai beberapa peincian berbeza seperti pada gil hadapan, lampu belakang, rekaan papan pemuka dan lain-lain.
Rush juga menerima kelengkapan elektronik lebih canggih dari Aruz seperti sistem penghawa dingin automatik dan pemantau titik buta. Selain itu, ia juga dibekalkan dengan Monitor Paparan Panaromik yang bersepadu dengan sistem infotaimen Toyota, menerima imej sudut mata burung dari empat kamera 360-darjah bagi membantu pemandu ketika memarkir.
Dengan perbezaan perincian dan juga lencana Toyota, Rush dijual pada harga sekitar RM20,000 lebih mahal dari Perodua Aruz. Kali terakhir Rush diberikan kemaskini adalah pada April 2021 (hanya melibatkan pilihan warna badan), ketika itu dijual pada harga bermula RM88,314 untuk model 1.5E hingga RM91,885 untuk varian 1.5S.
GALERI: Toyota Rush 1.5 S 2018
GALERI: Toyota Rush 1.5 G 2018


Toyota Yaris Cross
dari RM99,900
Toyota Hilux
dari RM226,300
Toyota Urban Cruiser
dari RM198,000
Toyota bZ4X
dari RM220,000
Toyota GR Yaris
dari RM315,600
Toyota GR Corolla
dari RM368,950
Toyota Camry
dari RM221,800
Toyota Corolla Cross
dari RM133,800
Toyota Hiace
dari RM169,000