Klik untuk besarkan

Untuk yang berada di sekitar Putrajaya atau pun merancang untuk ke sana pada hujung minggu ini, anda disarankan agar merancang perjalanan sewajarnya. Sempena kelancaran acara larian Score Marathon 2026 hujung minggu ini, beberapa jalan di sekitar Putrajaya ditutup sejak jam 3 petang tadi sehingga Ahad ini (19 Julai 2026).

Jalan yang terlibat dengan penutupan ialah Jalan Permodenan, Jalan Tun Hussein, Persiaran Perdana, Lebuh Gemilang, Jalan P5, Persiaran Selatan menghala Lebuh Wadi Ehsan, Lebuh Sentosa menghala Persiaran Perdana, Lebuh Wadi Ehsan, Jabatan Seri Ehsan dan Jabatan Seri Sentosa.

Bagi kenderaan ingin ke Presint 18, akan dilencongkan ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin menerusi Lebuh Bestari, manakala kenderaan yang datang dari Presint 6, Presint 5 dan menghala ke PICC, akan dilencongkan ke laluan sehala ke Jambatan Seri Gemilang.

Klik untuk besarkan

Race village akan ditempatkan di hadapan Mahkamah Syariah Putrajaya, sementara garisan permula berada di Dataran Putrajaya.

Acara larian ini disertai oleh hampir 50,000 pelari yang melibatkan kategori 5KM, 10KM, 21KM dan 42KM. Untuk yang memandu ke lokasi terlibat, terdapat beberapa kawasan parkir terbuka disediakan , antaranya di Jalan Tuanku Abdul Rahman, dan Jalan Tun Abdul Razak. Para peserta juga boleh meletakkan kenderaan di Destina Putrajaya iaitu bertentangan stesen Putrajaya Sentral dan kemudian menaiki bas perantara yang disediakan untuk ke race village.