Laman Facebook rasmi Jetour Auto Malaysia telag memuat naik petunjuk bagi pengenalan model seterusnya di sini. Hantaran berkenaan juga disertakan dengan caption: “Anda telah melihatnya. Ada yang telah menempahnya. Namun, hanya tarikh ketibaannya yang masih menjadi tanda tanya. Ada tekaan? 22 Julai. Nantikan!”
Jetour T1 membuat penampilan sulungnya di Malaysia pada April lalu ketika Penang Autoshow, sekali gus mula dibuka untuk tempahan dengan harga anggaran — RM143,800 bagi varian 1.5T 2WD; RM153,800 bagi varian 2.0T XWD. Spesifikasi tempatannya pula muncul ketika acara KLIMS bulan lalu.
Jetour T1 secara ringkasnya adalah versi T2 yang disasarakan untuk kegunaan urban dan kurang sisi lasaknya. Ia juga sedikit lebih kecil dan ada juga versi PHEV yang bakal diperkenalkan di sini. Sama seperti T2, T1 juga dijangka akan dipasang di kilang Berjaya Assembly di Tampoi.
Harga anggaran T1 juga berada lebih rendah berbanding harga T2 yang dijual dengan harga RM156k (dengan rebat RM2k). Harga berkenaan juga adalah RM21k lebih rendah berbanding harga anggaran awal untuk T2 ketika diumumkan dahulu. Untuk itu, adakah boleh kita jangka bahawa harga sebenar T1 nanti juga akan menjadi jauh lebih rendah — di bawah RM130k mungkin?
Jetour T1 di KLIMS 2026



Jetour T2
dari RM 156,800
Jetour VT9
dari RM 119,350
Jetour Dashing
dari RM 106,800