Kia Tasman dalam teaser – trak pikap pencabar Toyota Hilux, sah masuk pasaran Australia; ASEAN juga?

Kia Tasman dalam teaser – trak pikap pencabar Toyota Hilux, sah masuk pasaran Australia; ASEAN juga?

Tanpa dijangka, Kia tiba-tiba membuat pengumuman akan melancarkan sebuah trak pikap baru pada tahun hadapan. Ia dipanggil sebagai Tasman, iaitu nama yang diambil daripada pulau Tasmania di Australia, dan dikatakan mampu “meletakkan definisi baru pada konsep pikap gaya hidup.”

Kenyataan ini, bersama satu lagi ayat yang dikeluarkan oleh Kia yang memanggilnya sebagai “trak pikap segmen C” memberi gambaran seakan ia cuma adalah Hyundai Santa Cruz (menggunakan asas kereta biasa) yang ditukar jenamanya. Walaubagaimanapun, ada laporan yang mengatakan Kia membangunkan sendiri trak ini dengan kerangka jenis body-on-frame seperti Toyota Hilux, Ford Ranger dan Mitsubishi Triton. Gambar spyshot model yang lebih berkotak dan tinggi berbanding Santa Cruz juga sudah tersebar.

Sementara Santa Cruz cuma dijual di Amerika Syarikat sahaja, Tasman pula dikatakan bakal memasuki pasaran global termasuk Australia, Afrika dan Timur Tengah. Ini kemudiannya meningkatkan pula kemungkinannya tiba di pasaran Asia Tenggara seperti Thailand dan Malaysia, di mana trak saiz satu tan seperti ini menjadi pilihan ramai.

Tiada perincian teknikal yang didedahkan, tetapi Kia sudah mempunyai asas untuk digunakan pada pikap trak, iaitu enjin diesel empat silinder 2.2 liter turbo yang digunakan pada model seperti Sorento dan Carnival. Dalam versi terkini, enjin mampu menghasilkan kuasa 202 PS/440 Nm dan dipadankan bersama kotak gear automatik lapan kelajuan.

Kia juga boleh meletakkan enjin plug-in hybrid jika ada permintaan, dengan mengambil unit petrol empat silinder 1.6 liter turbo bersama motor elektrik 90 hp yang digunakan pada Sorento, dengan kuasa 264 PS dan jarak gerak elektrik 51 km.

Melalui spyshot yang tersebar, kita boleh mengetahui trak pikap Kia ini mempunyai bentuk yang berkotak dan gagah, dan diterapkan dengan tanda rekaan Kia. Kemudian, ia menggunakan gandar belakang jenis tegar, bersama spring dedaun, dan penukaran sistem pacuan boleh dibuat menggunakan tombol di konsol tengah.


Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya 'mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required