Trak pikap Honda guna asas Triton dilukis secara digital oleh Theo – elemen rekaan dari WR-V, Elevate

Trak pikap Honda guna asas Triton dilukis secara digital oleh Theo – elemen rekaan dari WR-V, Elevate

Dengan tersebarnya berita Honda, Nissan dan Mitsubishi sudah menandatangani memorandum perjanjian untuk kerjasama teknologi dan elektrifikasi, kita boleh cuba membayangkan produk yang akan terhasil daripada gabungan tiga jenama ini.

Nissan dan Mitsubishi masing-masing mempunyai model trak pikap sendiri, iaitu Navara dan Triton, tetapi Honda masih belum ada – Ridgeline hanya untuk pasaran Amerika Syarikat. Untuk itu, Theophilus Chin cuba memberi gambaran bagaimana rupa sebuah trak pikap ladder frame daripada Honda melalui lukisan digital.

Mengambil Triton generasi ketiga sebagai asas, rupa asal trak Mitsubishi itu ditukar dengan muka Honda, atau lebih tepat lagi diambil daripada WR-V pasaran Jepun, atau juga dikenali sebagai Elevate untuk pasaran India.

Trak pikap Honda guna asas Triton dilukis secara digital oleh Theo – elemen rekaan dari WR-V, Elevate

Antara bahagian daripada SUV tersebut yang dibawa kepada trak imaginasi ini adalah termasuk lampu utama, gril, trim atas, lampu kabus, kemasan pada bukaan udara serta kemasan keliling roda, yang lebih membulat berbanding kemasan pada Triton.

Sementara itu, bahagian kabin dan tempat letak belakang sebahagian besarnya masih lagi daripada Triton, dengan perincian yang sama ditemui pada garis tingkap, panel pintu, pembuka pintu dan panel belakang. Satu tanda rekaan yang unik adalah garis bonet hadapan yang disambung ke bahagian tepi, sehingga ke lampu belakang.

Pada bahagian belakang, pintu ruang barangan mempunyai lekuk yang jelas di bahagian bawahnya, dan ia bersambung sehingga ke tepi. Jika anda saksikan pada Triton, lekuk ini lebih pendek dan cuma berakhir di lampu. Kemudiannya untuk trak Honda ini, ia menggunakan lampu khas untuknya, dengan pencahayaan utama berbentuk C, manakala pembuka pintu dan lampu brek ketiga masih diambil daripada Triton.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya 'mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required