Proton jual 11,232 unit kenderaan sepanjang Feb 2025 termasuk smart dan eMas, naik 13.2% berbanding Jan

Proton jual 11,232 unit kenderaan sepanjang Feb 2025 termasuk smart dan eMas, naik 13.2% berbanding Jan

Proton mengumumkan bahawa ia berjaya menjual sebanyak 11,232 unit kenderaan sepanjang Februari 2025. Angka ini bukan hanya untuk jualan kenderaan jenama Proton dalam pasaran tempatan dan eksport, malah ia termasuk jenama lain yang dijual sebagai kumpulan termasuk smart dan Proton eMas, di mana kaedah ini telah digunakan sejak Januari 2025.

Oleh itu, jumlah jualan kumpulan Proton pada bulan lalu adalah naik sebanyak 13.2% berbanding bulan sebelum itu. Dengan ramalan, jumlah volum industri (TIV) sebanyak 65,276 unit, Proton menganggarkan bahawa ia memegang pasaran sebanyak 17.2% pada Februari 2025 di Malaysia.

Menurut Proton lagi, tiga daripada modelnya menjadi peneraju segmen bulan lalu. Ia termasuk Proton S70 yang terus menjadi sedan segmen-C terlaris dengan jualan 2,340 unit untuk dua bulan pertama tahun ini (1,143 unit pada Januari). Begitu juga dengan SUV segmen-B Proton X50, ia terus menjadi model paling laris dalam segmennya dengan jualan 1,824 unit sepanjang bulan lalu.

Satu lagi model Proton yang paling laris dalam kelasnya adalah SUV segmen-D X90 dengan jualan sebanyak 746 unit sepanjang Februari 2025. Manakala Saga masih menjadi model paling laris dengan jualan 5,024 unit bulan lalu. Sementara untuk kembar sedan dan hatchback segmen-B iaitu Proton Persona dan Proton Iriz masing-masing terjual sebanyak 1,323 dan 283 unit pada Februari 2025.

Proton jual 11,232 unit kenderaan sepanjang Feb 2025 termasuk smart dan eMas, naik 13.2% berbanding Jan

Proton turut menjuarai segmen kenderaan elektrik (EV) di Malaysia apabila sebanyak 580 unit eMas 7 berjaya diserahkan kepada pelanggan bulan lalu. Sehingga kini sebanyak 4,500 tempahan telah diterima oleh Proton, dan kini lebih 1,000 pelanggan telah menerima SUV EV tersebut.

Model berkenaan turut telah dibawa ke pasaran luar di mana sebanyak 50 unit telah dieksport ke Nepal pada bulan Februari sebagai persiapan dilancarkan tidak lama lagi di sana, serta sejumlah kecil unit turut dihantar ke Singapura dan Trinidad & Tobago untuk tujuan penilaian sebelum dijual di kedua-dua pasaran berkenaan, menurut Proton.

“Jualan Proton telah menunjukkan pemulihan pada bulan Februari setelah permulaan tahun 2025 yang kurang memberangsangkan. Masih ada sedikit ketidakpastian tentang kemampuan pembeli tetapi buat masa sekarang, jumlah jualan kami sedang bertambah.

“Maka, Proton secara keseluruhan terus fokus untuk meningkatkan volum jualan bagi rangkaian produk ICE kami, dan pada masa yang sama, menetapkan rentak di pasaran EV. Dengan Proton e.MAS 7 yang telah terbukti berjaya di peringkat awal, cabaran kami kini adalah untuk memastikan ia terus menjadi tumpuan sambil merancang dengan agresif untuk pengenalan model-model kami yang lain pada akhir tahun ini,” kata Timbalan CEO Proton Roslan Abdullah.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required