Toyota Vios Hybrid akan dilancar di Thailand minggu ini – lawan City e:HEV guna sistem hibrid Yaris Cross?

Toyota Vios Hybrid akan dilancar di Thailand minggu ini – lawan City e:HEV guna sistem hibrid Yaris Cross?

Toyota Vios generasi keempat dengan unit rangkaian kuasa hibrid bakal membuat kemunculan sulung globalnya di Thailand pada 21 Ogos ini. Teaser bagi model tersebut telahpun disiarkan menerusi saluran YouTube Toyota Thailand, dan menurut laporan media automotif negara tersebut iaitu Headlightmag, Vios (dikenali dengan nama Yaris Ativ di sana) hibrid ini akan ditawarkan dalam dua varian iaitu HEV Premium dan HEV GR Sport.

Belum ada sebarang perincian didedahkan oleh Toyota berkenaan unit rangkaian kuasa hibrid yang akan digunakan. Namun ada kemungkinan model ini akan menggunakan sistem hibrid yang sama digunakan pada Yaris Cross, memandangkan kedua-dua model ini diasaskan dari platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA) yang sama.

Yaris Cross telahpun dilancarkan di Thailand pada Oktober 2023 dan ia hanya ditawarkan dalam varian hibrid di sana. Sistem hibrid yang digunakan terdiri dari enjin 2NR-VEX 1.5 liter NA empat silinder yang menghasilkan 91 PS dan tork maksima 121 Nm, dan juga motor elektrik berkuasa 80 PS (79 hp atau 59 kW) dan tork 141 Nm.

Secara keseluruhan, sistem HEV ini menghasilkan kuasa gandingan 111 PS, dan ia disalur ke roda hadapan menerusi kotak gear E-CVT. Bagi motor elektrik, ia menerima kuasa yang dibekalkan dari bateri lithium-ion berkapasiti 4.3 Ah. Yaris Cross HEV ini mampu untuk mencapai penggunaan bahan api serendah 26.3 km/l dan kelajuan maksima 160 km/j.

Yaris Cross ini dijual di Thailand dengan harga bermula 789,000 hingga 899,000 baht (sekitar RM103k hingga RM117k), manakala Yaris Ativ yang masih belum diperkenalkan dalam versi hibrid dan hanya ditawarkan dengan enjin 1.2L NA dijual pada harga bermula 49,000 hingga 699,000 baht (sekitar RM71k hingga RM91k). Jadi untuk Yaris Ativ hibrid kelak harga jualan untuk varian paling rendah mungkin bermula pada 700,000 baht (RM91k).

Ia sudah tentu akan berhadapan terus dengan Honda City hibrid – di Thailand model ini datang dalam varian iaitu City e:HEV SV dijual pada harga 729,000 baht (RM95k) dan juga varian lebih sporty e:HEV RS dijual pada harga 799,000 baht (RM104k).

Di Malaysia, Vios hanya ditawarkan dengan enjin petrol yang lebih berkuasa iaitu unit 2NR-VE 1.5 liter NA empat-silinder petrol yang menghasilkan 106 PS dan tork 138 Nm. Ia datang dalam dua varian iaitu 1.5 E berharga RM90,600 dan juga 1.5G berharga RM96,600, dan varian GR Sport seperti model generasi sebelumnya masih belum diperkenalkan.

Mungkin Vios hibrid ini kelak akan dipasarkan di Malaysia hanya dalam varian GR Sport? Ini kerana varian hibrid Honda City di Malaysia hanya ditawarkan dalam versi paling sporty iaitu RS e:HEV yang dijual pada harga RM111,900, dan dilihat agak kompetitif untuk Vios HEV GR Sport yang tentunya akan dijual pada harga lebih dari RM100k.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required