Ikuti kami:
Carian lanjutan
           
Jual kereta andaBayaran dalam 24 jam Jual sekarang Jadikan paultan.org sumber pilihan anda di Google Tambah
 

Jual kereta anda pada harga lebih tinggi, dibayar dalam 24 jam

Kandungan terkini

  • Perodua sumbang tujuh Ativa, dua Aruz kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor dan KLIA

    Perodua sumbang tujuh Ativa, dua Aruz  kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor dan KLIA

    Perodua telah menyerahkan tujuh unit Ativa dan dua unit Aruz kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor dan KLIA sebagai sumbangan CSR kepada Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

    Majlis penyerahan berkenaan telah disempurnakan oleh Presiden dan CEO Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad kepada Ketua Polis Selangor CP Dato’ Pahlawan Shazeli Dato’ Kahar di IPD Hulu Selangor pagi tadi.

    Shazeli berkata, kenderaan tersebut disalurkan kepada IPD KLIA dan IPD Hulu Selangor bagi menyokong operasi kepolisan serta memelihara ketenteraman awam di Selangor. Beliau turut menzahirkan penghargaan atas kerjasama strategik PDRM dan sektor korporat dalam memperkukuh keselamatan awam.

    “Aset yang diterima merupakan amanah yang perlu diuruskan dengan penuh integriti, berhemah dan mematuhi peraturan, selain memastikan penyelenggaraan sempurna bagi menjamin jangka hayat serta penggunaan aset secara optimum,” katanya.

    Perodua Ativa dilancarkan pada Mac 2021, dan buat masa ini, ia masih belum diperkenalkan dalam versi facelift. Diasaskan dari platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA), Ativa merupakan satu-satunya model Perodua yang menerima enjin turbo.

    Enjin yang dimaksudkan adalah unit 1KR-VET 1.0 liter tiga-silinder turbo DOHC VVT yang menghasilkan kuasa 98 PS dan tork maksima 140 Nm bermula 2,400 hingga 4,000 rpm. Ia digandingkan dengan kotak gear D-CVT bagi memacu hanya roda hadapan.

    Untuk Aruz pula yang pada Januari 2019, ia dikuasakan enjin petrol empat silinder 1.5 liter yang menghasilkan 102 PS dan tork maksimum 133 Nm. Kuasa disalurkan ke roda belakang menerusi transmisi automatik empat-kelajuan. Ia juga masih kekal sebagai satu-satunya model Perodua yang menggunakan casis ladder frame.

     
  • Hanya perantara berdaftar dibenarkan berurusan di JPJ bermula 1 Jan 2027, pendaftaran dibuka mulai 1 Nov ini

    Hanya perantara berdaftar dibenarkan berurusan di JPJ bermula 1 Jan 2027, pendaftaran dibuka mulai 1 Nov ini

    Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memaklumkan bahawa mulai 1 Januari 2027, hanya wakil individu atau syarikat yang berdaftar sebagai ‘perantara berdaftar’ sahaja dibenarkan menjalankan urus niaga bagi pihak pelanggan di semua pejabat dan cawangan JPJ.

    Ketua Pengarah JPJ, Dato’ Aedy Fadly Ramli, berkata, pendaftaran bagi individu yang mahu menjadi perantara berdaftar akan dibuka secara dalam talian mulai 1 November ini.

    “Pemohon yang diluluskan akan diberikan pengenalan rasmi digital dengan tempoh sah laku selama dua tahun”, jelasnya.

    Dalam masa yang sama, katanya, JPJ tidak mempunyai sebarang ikatan atau hubungan perniagaan dengan mana-mana perantara berdaftar.

    “JPJ tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau pertikaian yang timbul daripada urusan persendirian dengan pihak berkenaan,”tegasnya.

    Orang ramai digalakkan berurusan secara terus melalui aplikasi MyJPJ, Portal Awam JPJ atau kaunter rasmi Jabatan bagi memastikan urus niaga lebih selamat, telus dan terjamin.

     
  • Malaysia perlu teroka sukan permotoran lebih dari F1, ada potensi untuk rali, WEC dan lain-lain – Presiden FIA

    Malaysia perlu teroka sukan permotoran lebih dari F1, ada potensi untuk rali, WEC dan lain-lain – Presiden FIA

    Walaupun sudah berakhir, bahang Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026 yang diadakan di Sepang masih terasa. Litar berkenaan meninggalkan kesan yang mendalam terhadap peminat-peminat F1 di seluruh dunia kerana berjaya menyajikan pelbagai aksi dan situasi yang sudah lama dinantikan selepas Malaysia menghentikan penganjuran perlumbaan berkenaan sembilan tahun lalu.

    Ini secara tidak langsung membuatkan kerajaan Malaysia berminat untuk menganjurkan semula F1 di Sepang secara tetap. Namun presiden Persekutuan Automobil Dunia (FIA), Mohammed Ben Sulayem berpendapat bahawa Malaysia terlebih dahulu perlu membangunkan sukan permotoran dalam skop yang lebih luas sebelum kembali menjadi penganjur F1.

    Menurut Mohammed dalam laporan New Straits Times, Malaysia harus mendapatkan semula perhatian dengan menjadikan Sepang sebagai batu loncatan bagi strategi sukan bermotor yang lebih menyeluruh, dan bukannya sekadar mengejar usaha untuk kembali menganjurkan F1; ini kerana Malaysia memiliki segala elemen untuk menjadi hab sukan bermotor yang lebih luas, dengan bersandarkan budaya perlumbaan yang mantap, kelompok peminat yang bersemangat serta bilangan penggemar yang semakin bertambah.

    Malaysia perlu teroka sukan permotoran lebih dari F1, ada potensi untuk rali, WEC dan lain-lain – Presiden FIA

    “Bagi saya, Malaysia bukan sekadar mengenai Formula 1. Malaysia, bagi saya, adalah mengenai sukan bermotor,” katanya dalam satu temu bual bersama NST dan media terpilih lain semasa perlumbaan GP Ahad minggu lalu. Beliau menyatakan bahawa Malaysia boleh melihat lebih dari sekadar F1, ke arah portfolio perlumbaan FIA yang lebih luas, termasuk Kejohanan Rali Dunia (WRC), Formula E, Kejohanan Endurance Dunia (WEC) dan acara rentas negara, sambil memperkukuh saluran pembangunan bakat akar umbi melalui sukan karting dan rali.

    “Anda mempunyai kelompok peminat yang hebat. Anda mempunyai golongan peminat tegar. Anda mempunyai mereka yang meminati sukan bermotor. Apakah yang boleh anda tawarkan kepada mereka? Anda tawarkan karting. Anda tawarkan karting yang lebih murah. Anda tawarkan kenderaan ‘cross-car’ yang lebih murah. Anda tawarkan kereta rali yang lebih murah. Inilah langkah yang wajar diambil,” ujarnya.

    Katanya lagi Malaysia telah membuktikan kewujudan kelompok peminat sukan permotoran yang teguh; sambutan terhadap kembalinya perlumbaan antarabangsa di Litar Sepang menunjukkan bahawa minat tersebut kekal utuh walaupun F1 tidak diadakan di negara ini selama sembilan tahun. Hal ini terbukti melalui sikap peminat dan pegawai Malaysia sepanjang hujung minggu perlumbaan F1, yang disifatkan oleh Ben Sulayem sebagai golongan yang berpengetahuan luas dan penuh semangat.

    Malaysia perlu teroka sukan permotoran lebih dari F1, ada potensi untuk rali, WEC dan lain-lain – Presiden FIA

    Beliau turut menyorot potensi Malaysia serta rantau Asia Pasifik secara lebih meluas untuk menyumbang dengan lebih signifikan kepada ekosistem sukan permotoran global, dengan mengambil kira kekuatan ekonomi, asas pembuatan, dan kepelbagaian budaya automotif di rantau ini.

    Walaupun F1 kekal sebagai platform global utama bagi sukan ini, Mohammed menegaskan bahawa objektif lebih menyeluruh FIA adalah untuk memajukan sukan permotoran merentas pelbagai disiplin. Menurut beliau, peranan organisasi itu bukan sekadar menambah jumlah perlumbaan F1, sebaliknya untuk meluaskan penyertaan dalam sukan permotoran serta membuka ruang dan peluang bagi para peminat dan pelumba muda.

     
  • GWM Wey G9 Hi4 HEV dibuka tempahan di Malaysia — 2.0T, 4DHT, dwi-motor elektrik; jana 358 PS, 782 Nm

    GWM Wey G9 Hi4 HEV dibuka tempahan di Malaysia — 2.0T, 4DHT, dwi-motor elektrik; jana 358 PS, 782 Nm

    GWM Malaysia mengumumkan bahawa syarikat itu kini mula menerima tempahan untuk model Wey G9 Hi4 HEV terbaru. Versi hibrid terbaru ini akan menjadi tambahan terbaru kepada varian plug-in hybrid (PHEV) sedia ada bagi MPV berkenan, yang dilancarkan untuk pasaran Malaysia pada Januari lalu. Versi PHEV berkenaan yang turut menerima sambutan menggalakkan bakal mencapai angka serahan sebanyak 2,000 unit dalam masa terdekat.

    Varian HEV terbaru ini pula bakal diperkenalkan untuk memberikan lebih banyak pilihan sistem janaan kuasa kepada pelanggan. Walaupun model PHEV menawarkan banyak kelebihan, ia tidak akan dapat memberikan kelebihan penuh jika tidak dicas, yang akan sekali gus mengurangkan tahap kecekapannya. Varian HEV juga akan memberi kelebihan kecekapan tenaga kepada pelanggan yang tidak mempunyai akses mudah terhadap kemudahan infrastruktur pengecasan.

    Ketika ini, belum ada sebarang petunjuk untuk harga yang bakal dikenakan. Bagaimanapun, beberapa spesifikasi awal telah diketahui. Wey G9 Hi4 HEV akan dilengkapi dengan teknologi Hybrid Intelligent 4WD (Hi4) oleh GWM, dengan sistem pacuannya menggunakan enjin petrol 2.0 liter empat-silinder sebaris dengan pengecas turbo.

    GWM Wey G9 Hi4 HEV dibuka tempahan di Malaysia — 2.0T, 4DHT, dwi-motor elektrik; jana 358 PS, 782 Nm

    GWM Wey G9 Hi4 PHEV 2026

    Sistem berkenaan digandingkan dengan transmisi hibrid khusus (DHT) empat-kelajuan, dua motor elektrik serta bateri dengan kapasiti 1.67 kWh. Jumlah output keseluruhan sistem ialah 358 PS (353 hp atau 263 kW) dan tork 782 Nm.

    Sebagai perbandingan, versi PHEV model yang sama memberikan output 442 PS (436 hp atau 325 kW) dan tork 642 Nm. Ini merangkumi enjin turbo 1.5 liter empat-silinder, dua motor elektrik, DHT empat-kelajuan dan bateri nickel manganese cobalt (NMC) dengan kapasiti 44.2 kWh. Jarak pemanduan elektrik sepenuhnya bagi model PHEV ialah 170 km mengikut kitaran NEDC (kira-kira 145 km mengikut WLTP), manakala jarak gabungan hibrid-nya mencecah sehingga 1,000 km NEDC (850 km WLTP).

    Senarai kelengkapan dijangka serupa bagi kedua-dua varian HEV dan PHEV, dengan varian HEV juga berkemungkinan besar akan dipasang CKD di kilang EP Manufacturing (EPMB) di Pegoh, Melaka.

     
  • EPMB, Hebei Shichang meterai kerjasama untuk hasilkan tangki petrol Proton Saga AMA02, AMA05 di Batang Kali

    EPMB, Hebei Shichang meterai kerjasama untuk hasilkan tangki petrol Proton Saga AMA02, AMA05 di Batang Kali

    EP Manufacturing (EPMB) telah pun mengumumkan usaha sama strategik dengan Hebei Shichang Auto Parts Co., Ltd. (Hebei Shichang), iaitu sebuah syarikat sistem bahan api yang tersenarai di Bursa Saham Beijing bagi membangunkan fasiliti
    pembuatan baharu yang memfokuskan produksi tangki bahan api untuk dibekalkan kepada Proton, dengan jumlah pelaburan sebanyak RM100 juta.

    Usaha sama yang dimuktamadkan pada 9 Oktober 2026 berkenaan membentuk syarikat kerjasama yang dikenali sebagai EP Shichang Automotive Systems, dengan 51% sahamnya dimiliki oleh EPMB, manakala 49% selebihnya milik Hebei Shichang.

    Menurut wakil EPMB, syarikat usaha sama ini akan memproduksi tangki bahan api untuk model AMA01 (Proton Saga MC3), serta model-model berasaskan platform AMA akan datang Proton termasuk AMA02 (Saga Cross) dan juga AMA05 (dikhabarkan merupakan model MPV mampu milik), di mana perkakasan pembuatan akan di bawa dari Hebei, China.

    Fasa pertama usaha sama ini akan membangunkan fasiliti produksi tangki bahan api di kilang yang terletak di Batang Kali, Selangor. Setelah siap, fasiliti berkenaan akan mempunyai kapasiti produksi sebanyak 200,000 tangki bahan api setahun dan akan membekalkan komponen tersebut ke kilang Proton di Tanjong Malim bermula Mac 2027.

    “Sebagai rakan kongsi Proton selama hampir 40 tahun, kami amat berbesar hati menyaksikan kejayaan pelaksanaan platform Advanced Modular Architecture (AMA). Usaha sama strategik kami dengan Hebei Shichang akan membolehkan kami terus menyokong Proton dalam mengembangkan penggunaan platform AMA dan mencapai kejayaan yang lebih besar, baik di peringkat tempatan mahupun antarabangsa,” kata pengurus besar pembangunan perniagaan EPMB, Ts Mohd Seth Sulaiman.

    Usaha sama terbaharu EPMB bagi menghasilkan tangki bahan api ini menyusuli fasiliti pemasangan usaha samanya dengan Peps Sanly untuk komponen casis, yang telah pun secara rasmi beroperasi di Automotive High Technology Valley (AHTV), Tanjong Malim.

    Seperti usaha sama terbaharu ini, usaha sama EPMB dengan Peps Sanly tersebut juga menghasilkan komponen untuk model-model Proton AMA, iaitu modul front corner (set lengkap pemasangan hab, cakera brek dan angkup brek hadapan), modul subframe hadapan (termasuk modul front corner, rak stereng serta beberapa komponen suspensi) dan juga modul gandar belakang (pemasangan lengkap torsion beam termasuk set brek dram) untuk Saga MC3, AMA02 dan AMA05.

     
  • Belanjawan 2027: KKR terima peruntukan RM10.82b – naik 1.78%; majoriti untuk perbelanjaan pembangunan

    Belanjawan 2027: KKR terima peruntukan RM10.82b – naik 1.78%; majoriti untuk perbelanjaan pembangunan

    Kementerian Kerja Raya (KKR) telah diberikan peruntukan sebanyak RM10.882 bilion di bawah Belanjawan 2027, yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat lalu (9 Oktober 2026). Menurut kementerian terbabit, peruntukan berkenaan meningkat 1.78% berbanding RM10.692 bilion yang diterima untuk 2026.

    Menteri KKR, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, daripada peruntukan tersebut, sebanyak RM1.146 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus, meningkat 5.67% berbanding RM1.085 bilion, manakala RM9.376 bilion (meningkat 1.34% berbanding RM9.607 bilion) diperuntukkan bagi perbelanjaan pembangunan. Peruntukan bagi perbelanjaan pembangunan itu merangkumi RM1.38 bilion untuk Lebuhraya Pan Borneo, RM801.46 juta bagi pembangunan jalan raya dan jambatan di Sabah, serta RM565.30 juta untuk Sarawak.

    Selain itu, hampir RM800 juta diperuntukkan bagi penyelenggaraan jalan persekutuan, termasuk RM350 juta untuk kontraktor di Malaysia Timur. Peruntukan khas bagi jurutera daerah di seluruh negara juga telah dinaikkan kepada RM40 juta berbanding RM30 juta pada tahun lalu bagi memperkukuh pelaksanaan projek di peringkat daerah.

    Kementerian itu turut menyambut baik peruntukan sebanyak RM7.5 bilion bagi memperkasakan kontraktor kecil Bumiputera gred G1 hingga G4, iaitu peningkatan sebanyak 87.5% berbanding RM4 bilion pada 2026. Aspek keselamatan dan kemudahan pengguna lebuh raya juga tidak dilupakan, antaranya pembinaan 15 tempat berteduh motosikal, pemasangan 70 CCTV di Lebuhraya PLUS serta penyediaan 50 kemudahan pengecasan kenderaan elektrik (EV).

    “KKR akan memastikan setiap peruntukan diterjemahkan kepada hasil yang dapat dirasai oleh rakyat melalui pelaksanaan projek yang berkualiti, pemantauan kemajuan yang rapi serta pengurusan kewangan yang berintegriti. Keutamaan kementerian adalah untuk memastikan infrastruktur yang dibangunkan selamat digunakan, memenuhi keperluan masyarakat dan memberikan nilai terbaik kepada negara,” kata Nanta.

     
  • Mazda CX-5 generasi ke-2 akan terus dijual bersama generasi ke-3 di M’sia, tapi hanya dengan enjin 2.0L

    Mazda CX-5 generasi ke-2 akan terus dijual bersama generasi ke-3 di M’sia, tapi hanya dengan enjin 2.0L

    Ketika pelancaran Mazda CX-5 generasi ketiga (KM) di Malaysia minggu lalu, pengedar Mazda di sini iaitu Bermaz Motor sekali lagi mengesahkan bahawa model generasi kedua bagi SUV berkenaan (KF) masih tetap akan dijual di pasaran tempatan, mengulangi apa yang telah disebut ketika model generasi baharu ini dipertontonkan buat pertama kali di Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) Jun lalu.

    “Kami sudah mengenal pasti bahawa model generasi terkini CX-5 adalah lebih besar dan model CX-5 generasi sebelumnya adalah lebih kecil, dan mempunyai kapasiti enjin 2.0 liter. Sekarang ada ramai orang yang masih mahukan enjin 2.0 liter,” kata pengerusi eksekutif Bermaz Auto Tan Sri Ben Yeoh ketika sesi sidang media selepas pelancaran Mazda CX-5 2026 minggu lalu.

    “Dari segi reka bentuk, kemasan dalaman serta aspek pemanduan dan keselesaan, kereta itu (CX-5 model lama) masih sangat relevan dan berdaya saing, bukan sahaja berbanding pesaing dari Jepun malah juga berbanding rangkaian produk yang lebih baharu,” tambahnya.

    “Justeru, kami memutuskan untuk mengekalkan versi CX-5 2.0 liter sedia ada. Sudah tentu, kami berusaha untuk menambah baiknya, dan kelebihannya ialah ia akan ditawarkan pada harga yang lebih kompetitif,” jelas Yeoh. Bermaz sememangnya telah pun menurunkan harga dan memberi beberapa penambahan kelengkapan pada CX-5 generasi kedua beberapa bulan kebelakangan ini.

    Mazda CX-5 generasi ke-2 akan terus dijual bersama generasi ke-3 di M’sia, tapi hanya dengan enjin 2.0L

    Yeoh turut mengesahkan bahawa varian 2.5 turbo untuk model generasi kedua CX-5 turut akan digugurkan dari barisan model yang ditawarkan di Malaysia. Kami turut bertanya kepada beliau selepas habis sesi soal jawab untuk mendapatkan kepastian sama ada versi 2.5 Turbo sahaja akan digugurkan atau termasuk sekali varian dengan enjin 2.5 liter NA, dan beliau memberikan jawapan dan mengesahkan bahawa kedua-dua varian dengan enjin 2.5 liter untuk CX-5 generasi kedua berkenaan akan digugurkan.

    Ini bermakna sekiranya anda mahukan Mazda CX-5 dengan enjin 2.5 liter, satu-satunya pilihan adalah model generasi ketiga. Dan sekiranya anda masih mahu membeli Mazda CX-5 generasi kedua, satu-satunya pilihan enjin yang ada adalah enjin 2.0 liter.

    Buat masa sekarang laman web rasmi Mazda Malaysia menyenaraikan harga CX-5 merangkumi varian model tahun 2025 (yang kini hampir tidak lagi relevan) dan juga varian model tahun 2026. Bagi varian model tahun 2025, ia termasuk model 2.5G 2WD High yang berharga RM154,960.40 (harga atas jalan tanpa insurans) dan model 2.5G AWD High T/C (turbo) pada harga RM166,760.40.

    Sementara itu, pilihan bagi model tahun 2026 pula ialah 2.0G 2WD Mid (RM135,469.20), 2.0G 2WD High (RM147,469.20), dan 2.5G 2WD High (RM164,960.40). Memandangkan harga permulaan bagi CX-5 generasi KM yang terkini ialah RM168,510.40 — iaitu hanya RM3,550 lebih tinggi berbanding model 2.5G 2WD High generasi KF (tahun model 2026) — adalah logik jika model generasi KF tersebut akan dihentikan jualannya.

     
  • JPJ eBid: VSA dan VSB dibuka untuk bidaan

    Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) WP Kuala Lumpur membuka bidaan untuk dua siri nombor pendaftaran bagi minggu ini. Ini bermakna, untuk dua minggu pertama bulan ini, JPJ WPKL sudah memperkenalkan empat siri nombor pendaftaran baharu.

    Siri nombor pendaftaran berkenaan, VSA, mula dibuka bidaan hari ini, 12 Okt dan bidaannya akan berakhir jam 10 malam pada 16 Okt. Kebiasaanya keputusan akan dikeluarkan sehari selepas bidaan ditutup iaitu pada 17 Okt 2026. Keseluruhan proses kini secara dalam talian, dan pembida akan menerima berita baik (atau sebaliknya) menerusi e-mel.

    Manakala siri kedua pula akan dibuka bidaan bermula 16 Okt ini. Tempoh bidaannya berlangsung selama lima hari dan akan ditutup pada 20 Okt, tepat jam 10 malam. Seperti biasa, keputusannya akan keluar pada keesokan harinya, 21 Okt 2026.

    Jadi, sekarang ini anda boleh menjimatkan masa dan wang ringgit dengan membida sendiri nombor pendaftaran yang anda hajati tanpa perlu menggunakan khidmat pihak ketiga (termasuk runner). Tak susah pun untuk membidanya dan anda boleh rujuk artikel kami sebelum ini berkenaan dengan JPJ eBid termasuk cara-cara yang diperlukan untuk tujuan bidaan ini.

     
  • Aveta Nova 250 G Elite Edition dilancar di Malaysia – terhad 128 unit, kemasan khas, harga RM14,888

    Aveta Nova 250 G Elite Edition dilancar di Malaysia – terhad 128 unit, kemasan khas, harga RM14,888

    Aveta Malaysia memperkenalkan keluaran khas untuk model Nova 250 pasaran Malaysia, dipanggil sebagai Nova 250 G Elite Edition. Model yang akan dijual hanya 128 unit ini ditawarkan pada harga RM14,888 tidak termasuk insurans, iaitu hanya RM500 lebih tinggi berbanding Nova 250 biasa yang sudah berada di pasaran sejak Oktober tahun lepas.

    Menjadikan model ini istimewa adalah penggunaan skema warna eksklusif, iaitu badan berwarna kelabu bersama pelekat hiasan dan rim yang berwarna oren, serta lencana nombor keluaran yang dilekatkan pada bahagian panel tepi skuter. Pada bahagian meter, ia boleh memaparkan grafik khas menandakan ini adalah G Elite Edition.

    Bahagian lain adalah sama seperti Nova 250 standard, bermula dengan enjin yang menggunakan unit satu silinder penyejukan cecair SOHC 244.3 cc, dipadankan bersama transmisi automatik CVT, mampu menghasilkan kuasa 25.5 hp pada 8,250 rpm dan tork 23 Nm pada 6,500 rpm. Enjin ini antaranya menggunakan sistem suntikan bahan api daripada Bosch dan mempunyai nisbah mampatan 11.5:1.

    Menghubungkan skuter ini kepada jalan adalah rim 14 inci dengan tayar 120/70 di hadapan, dan 13 inci dengan tayar 130/70 di belakang, dan ia masing-masing dipegang oleh fork teleskopik serta dua penyerap hentak gas.

    Tugas penghentian pula dijalankan oleh tetapan cakera tunggal dengan angkup empat piston di hadapan, cakera tunggal dengan angkup dua piston di belakang, bersama sistem ABS dual-channel. Turut membantu sistem keselamatan adalah kawalan cengkaman.

    Nova 250 juga datang dengan pelbagai kelengkapan moden termasuk lampu LED, sistem kunci pintar, pemerhati tekanan angin tayar, soket pengecas USB-C, perakam video hadapan serta panel meter TFT-LCD tujuh inci dengan fungsi screen mirroring. Tangki bahan api berkapasiti 12 liter.

     
  • Chery M’sia mulakan kempen panggil balik Omoda 5 bagi pemeriksaan, ganti komponen terjejas – varian C, H

    Chery M’sia mulakan kempen panggil balik Omoda 5 bagi pemeriksaan, ganti komponen terjejas – varian C, H

    Susulan insiden yang melibatkan sebuah Omoda 5 di Johor Bharu minggu lalu, Chery Auto Malaysia mula melaksanakan kempen panggil balik model SUV berkenaan bagi varian C dan H untuk tujuan pemeriksaan dan menggantikan komponen terkesan sekiranya perlu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut, pihaknya juga sedang bekerjasama rapat dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi tujuan siasatan berkaitan perkara ini sejak insiden tersebut berlaku. Malahan hari ini, JPJ turut memaklumkan bahawa Sijil Kelulusan Jenis Kenderaan (Vehicle Type Approval- VTA) bagi pendaftaran baharu Chery Omoda 5 digantung sementara.

    “Pelanggan boleh menyemak sama ada kenderaan mereka terlibat dengan membuat semakan Nombor Pengenalan Kenderaan (VIN) di laman web kami. Pelanggan akan menerima pemeriksaan kenderaan yang menyeluruh serta sebarang tindakan susulan yang diperlukan tanpa sebarang kos.

    Chery M’sia mulakan kempen panggil balik Omoda 5 bagi pemeriksaan, ganti komponen terjejas – varian C, H

    “Kami juga menggalakkan mana-mana pemilik kenderaan Omoda 5 yang ingin mendapatkan ketenangan fikiran untuk mengunjungi pusat servis sah Chery dan pasukan teknikal kami sedia membantu,” kata syarikat berkenaan yang turut menjelaskan bahawa semua model pengeluaran semasa tidak terjejas dengan kempen panggil balik ini.

    Dalam masa yang sama, Chery Auto Malaysia turut memohon kemaafan daripada seluruh pihak yang terkesan. “Keselamatan dan kesejahteraan pelanggan kami sentiasa menjadi keutamaan tertinggi,” katanya.

    Untuk sebarang pertanyaan berkaitan kempen ini, pelanggan dan pemilik kenderaan boleh menghubungi Chery Careline di talian 03 – 9388 0888.

    Untuk pengetahuan anda, Omoda 5 sebenarnya sudah lagi tidak dijual di Malaysia. Ini kerana ia telah digantikan dengan model facelift dan ditukar nama sebagai Chery O5, di mana ia tidak lagi menggunakan sistem suspensi jenis torsion beam di belakang, dan kini digantikan dengan sistem jenis multilink yang menggunakan gandar yang berlainan sepenuhnya. Penjualan Chery O5 tidak terjejas dengan penggantungan Chery Omoda 5 ini.

     
  • Chery Omoda 5 digantung sementara Sijil Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA), nilai semula aspek teknikal – JPJ

    Chery Omoda 5 digantung sementara Sijil Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA), nilai semula aspek teknikal – JPJ

    Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengumumkan Sijil Kelulusan Jenis Kenderaan (Vehicle Type Approval- VTA) bagi pendaftaran baharu Chery Omoda 5 digantung sementara. Ia susulan kes yang melibatkan model terbabit yang berlaku di Johor Bahru, minggu lalu, sehingga menimbulkan kebimbangan orang ramai terhadap aspek keselamatan kenderaan berkenaan.

    “Sebagai langkah pencegahan awal, JPJ akan menggantung sementara VTA yang berkaitan, sekali gus menangguhkan pendaftaran baharu Chery Omoda 5 sehingga siasatan teknikal selesai dan risiko keselamatan dapat dikenal pasti. Tindakan ini akan dilaksanakan secara bersasar terhadap model dan varian yang berpotensi terlibat.

    “Dalam masa sama, Chery Malaysia dikehendaki mengenal pasti semua unit kenderaan yang berpotensi terjejas berdasarkan nombor komponen (part number), kelompok pengeluaran (production batch), nombor casis (Vehicle Identification Number – VIN) serta parameter teknikal berkaitan. Pelaksanaan pemanggilan semula hendaklah dibuat terhadap semua kenderaan yang dikenal pasti berisiko bagi tujuan pemeriksaan dan tindakan pembetulan,” kata Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, menerusi kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

    Chery Omoda 5 digantung sementara Sijil Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA), nilai semula aspek teknikal – JPJ

    Dalam masa yang sama, beliau juga berkata, pihaknya akan melaksanakan audit teknikal terhadap proses pengeluaran dan pemasangan (production line) Chery Omoda 5 dan pembekal komponen gandar berkaitan, merangkumi pematuhan amalan pengilangan yang baik (Good Manufacturing Practice – GMP), sistem kawalan kualiti, prosedur pemeriksaan sambungan kimpalan serta tahap keselamatan komponen yang digunakan.

    “Jabatan ingin menegaskan bahawa tiada kompromi terhadap sebarang ketidakpatuhan yang boleh menjejaskan keselamatan pengguna jalan raya. Pengeluar bertanggungjawab memastikan setiap kenderaan yang dipasarkan memenuhi piawaian keselamatan dan keperluan teknikal yang ditetapkan.

    “Penggantungan ini hanya akan ditarik balik setelah semua tindakan pembetulan dan pencegahan dilaksanakan sepenuhnya serta mendapat pengesahan teknikal daripada JPJ bahawa segala risiko keselamatan telah ditangani dengan sewajarnya,” tambahnya lagi.

    Walau bagaimanapun, Omoda 5 sebenarnya sudah lagi tidak dijual di Malaysia. Ini kerana ia telah digantikan dengan model facelift dan ditukar nama sebagai Chery O5, di mana ia tidak lagi menggunakan sistem suspensi jenis torsion beam di belakang, dan digantikan dengan sistem jenis multilink yang menggunakan gandar yang berlainan sepenuhnya. Penjualan Chery O5 tidak terjejas dengan penggantungan Chery Omoda 5 ini.

     
  • ACE 2026: Dapatkan Dongfeng 007 EV dengan diskaun segera RM8,888 – Premium pada RM161k, Prime pada RM187k

    ACE 2026: Diskaun segera RM8,888 untuk Dongfeng 007, 31 Oktober-1 November 2026

    paultan.org Auto Car Expo (ACE), dikuasakan oleh Petronas Primax, kembali lagi untuk tahun 2026! Jika anda tidak mahu terlepas tawaran kenderaan yang benar-benar menarik, pastikan anda berada di Setia City Convention Centre (SCCC) dari 31 Oktober hingga 1 November.

    Semasa berada di sana, jangan lupa untuk melihat Dongfeng 007. Sedan EV yang bergaya ini akan ditawarkan dengan diskaun segera RM8,888, sekali gus menurunkan harga varian Prime AWD dua motor daripada RM195,888 kepada RM187,000, manakala harga varian Premium RWD satu motor turun daripada RM169,888 kepada RM161,000.

    Motor elektrik 272 PS/310 Nm yang dipasang di belakang membolehkan varian Premium memecut dari 0-100 km/j dalam masa 5.8 saat, manakala bateri LFP 73.48 kWh menawarkan jarak gerak 650 km mengikut kitaran CLTC. Varian Prime pula menambah motor kedua di hadapan, sekali gus menggandakan output kepada 544 PS dan tork 620 Nm, serta memendekkan masa pecutan 0-100 km/j kepada 3.9 saat. Dengan bateri yang sama, varian AWD ini masih mampu menawarkan jarak gerak 565 km mengikut kitaran CLTC.

    Kedua-dua varian disertakan waranti kenderaan enam tahun serta waranti bateri dan motor pacuan lapan tahun, kesemuanya tanpa had perbatuan.

    Penaja dan jenama yang menyertai ACE 2026

    Anda juga boleh melihat Audi, BMW, BMW Motorrad, Chery, GWM, Hyundai, iCaur, Jetour, Leapmotor, Lotus, Mazda, MINI, Mitsubishi, Omoda | Jaecoo, Perodua, Proton, Proton eMas, smart, Volkswagen dan Zeekr, antara lain, di ACE 2026. Penaja bersama Jacar dan Carro akan mempamerkan produk dan perkhidmatan masing-masing, manakala Tenaga Nasional Berhad (TNB) turut menyertai sebagai penaja bersama.

    Setiap jenama akan menyediakan promosi menarik tersendiri sempena pameran ini, dan selain itu, 200 tempahan terawal yang disahkan di ACE 2026 akan menerima baucar bernilai RM3,000 daripada kami. Setiap tempahan yang disahkan juga layak menyertai cabutan bertuah dengan hadiah bernilai keseluruhan RM57,000, termasuk hadiah utama pakej percutian bernilai RM10,000, tiga set filem cermin gelap Llumar oleh Jacar bernilai RM4,000 setiap satu, lima telefon pintar bernilai RM3,000 setiap satu serta lima naik taraf upholsteri kulit DK Schweizer Prestige bernilai RM4,000 setiap satu.

    Beg cenderahati turut disediakan, ihsan V-Kool, Harman Kardon, DK Schweizer, Dodo, The Carage dan Kuzig Glanz Detailing.

    Sekali lagi, paultan.org Auto Car Expo (ACE), dikuasakan oleh Petronas Primax, akan berlangsung dari 31 Oktober hingga 1 November di Setia City Convention Centre (SCCC). Dapatkan maklumat lanjut di laman mikro ACE 2026. Jumpa anda di sana!

     
  • ACE 2026: Nikmati rebat istimewa RM9k untuk Jaecoo J5 – waranti 7 tahun; baucar RM3k, hadiah bernilai RM57k

    ACE 2026: Nikmati rebat khas RM9,000 untuk Jaecoo J5, 31 Oktober-1 November 2026

    paultan.org Auto Car Expo (ACE), dikuasakan oleh Petronas Primax, kembali tahun ini dengan tawaran hebat untuk pelbagai jenis kenderaan. Jika anda sedang mencari kenderaan baharu, Setia City Convention Centre (SCCC) merupakan tempat yang perlu anda kunjungi dari 31 Oktober hingga 1 November.

    Semasa berada di sana, singgahlah ke reruai Omoda | Jaecoo untuk melihat ‘penjelajah bandar’ iaitu Jaecoo J5. Dikuasakan enjin petrol empat silinder sebaris 1.5 liter turbo dengan penggunaan bahan api 6.4 l/100 km, J5 menjimatkan untuk perjalanan harian, selain praktikal dengan tempat duduk untuk sehingga lima orang serta ruang but 480 liter yang boleh ditambah sehingga 1,284 liter.

    J5 turut dilengkapi pelbagai teknologi berguna, termasuk sistem infotainmen skrin sentuh 2K 13.2 inci dengan sokongan Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar, kawalan suhu dua zon, pintu but berkuasa serta pad pengecas tanpa wayar 50 watt.

    Rangkaian ADAS yang komprehensif pula memberikan jaminan keselamatan, sekali gus melengkapkan pakej SUV serba boleh yang boleh menjadi milik anda pada harga hanya RM108,000. Tambahan rebat RM9,000 serta waranti kenderaan tujuh tahun/150,000 km menjadikan tawaran ini lebih menarik.

    Reruai Omoda | Jaecoo juga dijangka mempratonton C7, sekali gus memberi anda peluang untuk melihat SUV yang bakal tiba itu dan membuat tempahan jika berminat.

    Penaja dan jenama yang menyertai ACE 2026

    Jenama lain yang akan hadir di ACE 2026 termasuk Audi, BMW, BMW Motorrad, Chery, Dongfeng, GWM, Hyundai, iCaur, Jetour, Leapmotor, Lotus, Mazda, MINI, Mitsubishi, Perodua, Proton, Proton eMas, smart, Volkswagen dan Zeekr, antara lain. Penaja bersama Jacar dan Carro akan mempamerkan produk dan perkhidmatan masing-masing, manakala Tenaga Nasional Berhad (TNB) turut menyertai sebagai penaja bersama.

    Selain promosi yang ditawarkan oleh setiap jenama, 200 tempahan terawal yang disahkan di ACE 2026 akan menerima baucar bernilai RM3,000 daripada kami. Setiap tempahan yang disahkan juga layak menyertai cabutan bertuah dengan hadiah bernilai keseluruhan RM57,000.

    Ini termasuk hadiah utama pakej percutian bernilai RM10,000, tiga set filem cermin gelap Llumar oleh Jacar bernilai RM4,000 setiap satu, lima telefon pintar bernilai RM3,000 setiap satu serta lima naik taraf upholsteri kulit DK Schweizer Prestige bernilai RM4,000 setiap satu. Turut ditawarkan ialah beg cenderahati ihsan V-Kool, Harman Kardon, DK Schweizer, Dodo, The Carage dan Kuzig Glanz Detailing.

    Jika anda ingin membeli kereta baharu dengan tawaran terbaik, ACE 2026 berlangsung di SCCC dari 31 Oktober hingga 1 November. Dapatkan maklumat lanjut di laman mikro ACE 2026, dan jumpa anda di sana!

     
  • ACE 2026: Rebat RM18k, waranti enjin 10 tahun/sejuta km untuk Chery Tiggo 9; Tiggo 8 PHEV dengan waranti lanjutan bateri 10 tahun

    ACE 2026: Chery Tiggo 9 kini dengan rebat RM18,000, 31 Oktober-1 November 2026

    Panaskan enjin dan hidupkan motor elektrik anda, kerana paultan.org Auto Car Expo (ACE) 2026, dikuasakan oleh Petronas Primax, bakal menghidangkan pelbagai tawaran daripada banyak jenama kepada pembeli kereta di Setia City Convention Centre dari 31 Oktober hingga 1 November.

    Chery merupakan salah satu daripadanya – pengeluar kereta itu menawarkan rebat RM18,000 untuk Tiggo 9, sekali gus menurunkan harganya kepada RM179,800 yang cukup menarik. Jangan lupa, ini model perdana jenama tersebut – enjin 2.0 liter turbo 256 PS/390 Nm, DCT tujuh kelajuan, tujuh tempat duduk, skrin sentuh 15.6 inci, 14 pembesar suara Sony, 10 beg udara dan ADAS penuh, antara lain.

    SUV besar yang tampan ini turut disokong waranti kenderaan tujuh tahun/150,000 km, waranti enjin 10 tahun/1,000,000 km serta upah servis percuma selama lima tahun.

    Jika anda tidak memerlukan kenderaan sebesar itu tetapi masih mahukan tujuh tempat duduk, pertimbangkan Tiggo 8 PHEV berharga RM159,800. Sistem Chery Super Hybrid 275 PS/365 Nm miliknya menggabungkan enjin 1.5 liter turbo, motor elektrik dan transmisi hibrid khusus untuk jarak gerak gabungan 1,200 km serta jarak gerak elektrik sepenuhnya sejauh 90 km. Selain waranti kenderaan tujuh tahun/150,000 km, Tiggo 8 PHEV turut menawarkan waranti bateri lanjutan 10 tahun untuk ketenangan fikiran.

    Penaja dan jenama yang menyertai ACE 2026

    Di ACE 2026, anda juga boleh melihat Audi, BMW, BMW Motorrad, Dongfeng, GWM, Hyundai, iCaur, Jetour, Leapmotor, Lotus, Mazda, MINI, Mitsubishi, Omoda | Jaecoo, Perodua, Proton, Proton eMas, smart, Volkswagen dan Zeekr, antara lain. Penaja bersama Jacar dan Carro akan mempamerkan produk dan perkhidmatan masing-masing, manakala Tenaga Nasional Berhad (TNB) turut menyertai sebagai penaja bersama.

    Setiap jenama akan menyediakan promosi menarik tersendiri sempena pameran ini, dan selain itu, 200 tempahan terawal yang disahkan di ACE 2026 akan menerima baucar bernilai RM3,000 daripada kami. Setiap tempahan yang disahkan juga layak menyertai cabutan bertuah dengan hadiah bernilai keseluruhan RM57,000, termasuk hadiah utama pakej percutian bernilai RM10,000, tiga set filem cermin gelap Llumar oleh Jacar bernilai RM4,000 setiap satu, lima telefon pintar bernilai RM3,000 setiap satu serta lima naik taraf upholsteri kulit DK Schweizer Prestige bernilai RM4,000 setiap satu.

    Beg cenderahati turut disediakan, ihsan V-Kool, Harman Kardon, DK Schweizer, Dodo, The Carage dan Kuzig Glanz Detailing.

    31 Oktober-1 November tarikhnya, Setia City Convention Centre lokasinya. Tandakan kalendar anda sekarang untuk ACE 2026, acara kereta paling hangat ketika ini. Kemasukan adalah percuma. Maklumat lanjut di laman mikro ACE 2026.

     
  • ACE 2026: Tampil berbeza dengan iCaur V23, kini pemasangan tempatan, masih bebas cukai pada RM133k

    ACE 2026: Terokai EV sporty bergaya retro iCaur V23, 31 Oktober-1 November 2026

    Kita semakin menghitung hari menjelang paultan.org Auto Car Expo (ACE) dikuasakan oleh Petronas Primax, yang akan berlangsung tiga minggu lagi pada 31 Oktober hingga 1 November di Setia City Convention Centre (SCCC). Antara jenama kereta yang akan mempamerkan produk terkini mereka ialah iCaur, yang akan membawa V23 elektrik sepenuhnya yang bergaya itu ke acara tersebut.

    Dilancarkan kurang setahun lalu, SUV ini sudah menjadi pemandangan biasa di jalan raya kita, dan anda boleh mengecamnya dari jauh berkat rekaan retro yang diilhamkan oleh kenderaan 4×4 legenda – lengkap dengan pintu but yang dibuka ke sisi dan rim aloi 21 inci. Rupa lasaknya diteruskan ke dalam kabin dengan pemegang tangan yang besar dan suis yang mudah digunakan walaupun memakai sarung tangan, digandingkan dengan skrin sentuh infotainmen 15.4 inci yang moden dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar.

    V23 dilengkapi Intelligent All-Wheel Drive (iWD) dan menawarkan prestasi yang lebih daripada mencukupi untuk pemanduan harian – 211 PS (155 kW) dan tork 292 Nm, serta pecutan 0-100 km/j dalam masa 7.5 saat. Bateri litium-ferum fosfat 81.76 kWh menawarkan jarak gerak 430 km mengikut kitaran NEDC.

    Paling menarik, V23 kini dipasang secara tempatan (CKD) dan mengekalkan harga bebas cukai RM132,780, serta kesemua spesifikasi model CBU yang diimport sepenuhnya. Ini termasuk senarai penuh kelengkapan keselamatan seperti enam beg udara, brek kecemasan autonomi dan fungsi pemanduan separa autonomi Tahap 2 traffic jam assist.

    Penaja dan jenama yang menyertai ACE 2026

    iCaur merupakan salah satu daripada banyak jenama yang menyertai ACE 2026, termasuk Audi, BMW, BMW Motorrad, Chery, Dongfeng, GWM, Hyundai, Jetour, Leapmotor, Lotus, Mazda, MINI, Mitsubishi, Omoda | Jaecoo, Perodua, Proton, Proton eMas, smart, Volkswagen dan Zeekr, antara lain. Pameran ini turut ditaja bersama oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB), serta Jacar dan Carro yang akan mempamerkan produk dan perkhidmatan masing-masing.

    Setiap jenama akan menyediakan promosi menarik tersendiri sempena pameran ini, dan selain itu, 200 tempahan terawal yang disahkan di ACE 2026 akan menerima baucar bernilai RM3,000 daripada kami. Setiap tempahan yang disahkan juga layak menyertai cabutan bertuah dengan hadiah bernilai keseluruhan RM57,000, termasuk hadiah utama pakej percutian bernilai RM10,000, tiga set filem cermin gelap Llumar oleh Jacar bernilai RM4,000 setiap satu, lima telefon pintar bernilai RM3,000 setiap satu serta lima naik taraf upholsteri kulit DK Schweizer Prestige bernilai RM4,000 setiap satu.

    Beg cenderahati turut disediakan, ihsan V-Kool, Harman Kardon, DK Schweizer, Dodo, The Carage dan Kuzig Glanz Detailing.

    Sekali lagi, paultan.org Auto Car Expo (ACE), dikuasakan oleh Petronas Primax, akan berlangsung dari 31 Oktober hingga 1 November di Setia City Convention Centre (SCCC). Tandakan kalendar anda, dan dapatkan maklumat lanjut di laman mikro ACE 2026. Jumpa anda di sana!

     
  • Belanjawan 2027: Pemandu bawah pengaruh alkohol atau dadah bayar pampasan kepada mangsa kemalangan

    Belanjawan 2027: Pemandu bawah pengaruh alkohol atau dadah bayar pampasan kepada mangsa kemalangan

    Kerajaan bakal meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi mewajibkan pemandu yang menyebabkan kemalangan ketika berada di bawah pengaruh alkohol atau dadah membayar pampasan kepada mangsa. Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika membentangkan Belanjawan 2027 hari ini, susulan cadangan yang sebelum ini dipersetujui secara prinsip oleh Jemaah Menteri.

    Cadangan yang dibawa oleh Kementerian Pengangkutan (MOT) itu bertujuan memastikan pesalah bukan sahaja dikenakan hukuman seperti penjara, denda dan penggantungan lesen memandu, malah turut bertanggungjawab terhadap kesan perbuatan mereka ke atas mangsa serta ahli keluarga mangsa. Jemaah Menteri dilaporkan bersetuju dengan cadangan berkenaan dalam mesyuarat pada 15 Julai lalu.

    Menurut Anwar, langkah itu perlu dilaksanakan memandangkan sebanyak 28 kes kematian melibatkan pemandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah direkodkan sehingga Ogos tahun ini. “Tragedi seumpama ini menyentak sanubari kita, bahawa walaupun penguatkuasaan telah diperketat, namun pelanggaran peraturan masih lagi membimbangkan,” kata beliau.

    Bagaimanapun, tarikh pindaan berkenaan akan dibentangkan di Parlimen masih belum diumumkan. Pada Jun lalu, ketika memberikan taklimat media berhubung pindaan Akta Pengangkutan Jalan, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, memaklumkan bahawa cadangan mewajibkan pembayaran pampasan itu akan dibentangkan secara berasingan daripada pindaan yang diluluskan pada bulan berkenaan.

    Belanjawan 2027: Pemandu bawah pengaruh alkohol atau dadah bayar pampasan kepada mangsa kemalangan

    Mekanisme pembayaran pampasan juga masih belum diperincikan. Sebelum ini, MOT menyatakan harapan agar jumlah pampasan tidak ditetapkan secara automatik atau ditentukan secara pentadbiran oleh kerajaan, sebaliknya diputuskan oleh mahkamah berdasarkan fakta dan merit setiap kes.

    Antara perkara yang dijangka dipertimbangkan termasuk tahap keseriusan kesalahan, kecederaan atau kehilangan nyawa, kerugian yang ditanggung mangsa atau waris, serta kemampuan pesalah untuk membayar pampasan. Pendekatan ini membolehkan jumlah pampasan ditentukan mengikut keadaan dan kesan sebenar yang dialami oleh pihak terlibat.

    Dalam pengumuman berasingan, Anwar turut menyatakan bahawa pemasangan sistem telematik bagi memantau kelajuan, lokasi dan corak pemanduan berisiko akan diwajibkan. Sistem itu juga akan diintegrasikan dengan peranti pengesan alkohol yang perlu digunakan oleh pemandu sebelum memulakan perjalanan.

    Pelaksanaan secara sukarela dibenarkan sehingga 2027, sementara kerajaan membangunkan pangkalan data pemandu bagi tujuan penguatkuasaan. Langkah ini dijangka menjadi sebahagian daripada usaha kerajaan untuk meningkatkan pemantauan terhadap tingkah laku pemandu serta mengurangkan risiko kemalangan jalan raya yang berpunca daripada pemanduan di bawah pengaruh alkohol atau dadah.

     
  • PANDU UJI: Proton S70 MC2 1.5 i-GT NA Prime 2026 – RM60k, semua ‘murni-murni’ atau ada juga kelemahan?

    PANDU UJI: Proton S70 MC2 1.5 i-GT NA Prime 2026 – RM60k, semua ‘murni-murni’ atau ada juga kelemahan?

    Proton dah lancarkan Saga MC3 tahun lalu, di mana model berkenaan memberikan peluang kepada pembeli sedan pada julat harga paling mampu milik sebuah model yang datang dengan pelbagai perincian paling moden, tetapi pada harga yang masih tidak berubah berbanding model sebelumnya. Namun ini tidak menyelesaikan sebahagian keperluan pengguna. Ini kerana Saga masih lagi merupakan sedan segmen-A dengan saiz yang kecil, tidak sesuai untuk sebuah keluarga yang sedang membesar.

    Proton memang ada sedan segmen-B sebelum ini iaitu Proton Persona. Namun model berkenaan perlukan pembaharuan kerana masih menggunakkan enjin 1.6 liter Campro yang agak ‘kuat’ menelan bahan api berbanding pesaing terdekatnya, dan yang paling banyak orang perkatakan berkenaan Persona adalah rupanya – sebagai Iriz yang di’sedan’kan, Persona tampil dengan rupa luaran serba tak kena.

    Dan sebagai penyelesaian, Proton tidak membangunkan satu lagi generasi baharu Persona selepas model model generasi kedua tersebut dihentikan pengeluarannya tahun ini, sebaliknya menggantikan tempat yang ditinggalkan tersebut dengan varian lebih mampu milik sedan segmen-C Proton S70 i-GT Lite dan Prime. Kami diberi peluang untuk menguji S70 ‘Rahmah’ ini dalam varian Prime ketika sesi pandu uji media dari Shah Alam ke Sekinchan minggu lalu. Adakah ini sedan yang sedang anda cari? Teruskan membaca ulasan pandu uji ini.

    Baca artikel selanjutnya di sini

     
  • Belanjawan 2027: MyKomuter 50 akan diperkenal, beri manfaat kepada 40,000 pengguna, My50 diteruskan

    Belanjawan 2027: MyKomuter 50 akan diperkenal, beri manfaat kepada 40,000 pengguna, My50 diteruskan

    Jika sebelum ini hanya pengguna perkhidmatan bas dan rel Prasarana sahaja yang mendapat kelebihan perjalanan tanpa had bernilai RM50 sebulan melalui pas My50, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kini mengumumkan inisiatif sama akan diperkenal untuk KTM Komuter.

    Pengguna KTM Komuter akan ditawarkan dengan pas yang dikenali sebagai MyKomuter 50, yang dikatakan dapat memberi manfaat kepada 40,000 pengguna perkhidmatan rel tersebut, sekaligus mengurangkan perbelanjaan tambang purata sehingga RM160 sebulan.

    Perkara ini diberitahu semasa pembentangan Belanjawan 2027, dan beliau juga menyatakan bahawa pas My50 masih akan diteruskan demi manfaat 300,000 penggunanya, manakala pemberian pas percuma juga akan dibuat kepada 360,000 murid sekolah, komuniti OKU dan kanak-kanak bawah enam tahun.

     
  • ACE 2026: Lihat sendiri GWM Ora 5 HEV di Setia City Convention Centre, dari 31 Oktober hingga 1 November

    ACE 2026: Terokai SUV hibrid baharu GWM Ora 5 HEV, 31 Oktober-1 November 2026

    Kereta-kereta terkini di pasaran Malaysia menjadi tumpuan di paultan.org Auto Car Expo (ACE) – dikuasakan oleh Petronas Primax – yang akan berlangsung dari 31 Oktober hingga 1 November 2026 di Setia City Convention Centre (SCCC).

    GWM Ora 5 HEV merupakan antara model paling baharu di ACE 2026, dengan pelancarannya untuk pasaran Malaysia dijadualkan pada bulan November. Ini bermakna anda berpeluang melihat Ora 5 HEV lebih awal dan dari dekat sebelum ia dilancarkan secara rasmi.

    Kecekapan menjadi tarikan utama Ora 5 HEV, yang menawarkan jarak gerak gabungan sehingga 1,100 km daripada rangkaian kuasa hibrid dan tangki bahan api berkapasiti 55 liter. Walaupun anda tidak memandu sehingga tangki hampir kosong, kadar penggunaan bahan apinya sebanyak 4.4 liter per 100 km, atau 22.7 km per liter, menjanjikan setiap tangki bahan api digunakan dengan sangat cekap.

    Ora 5 HEV dilengkapi pelbagai kemudahan moden, dengan kelengkapan luaran termasuk lampu hadapan LED automatik, lampu siang LED, lampu belakang LED, spoiler belakang dengan lampu brek aras tinggi, pintu but yang dikendalikan secara manual, pengelap cermin hadapan dengan pengesan hujan, cermin sisi boleh laras elektrik serta rel bumbung.

    Di dalam kabin, skrin sentuh infotainmen 14.6 inci menyokong Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, manakala kesambungan perkakasan termasuk pengecas telefon tanpa wayar 50 watt, satu soket USB-A dan satu soket USB-C di baris hadapan serta satu soket USB-C di baris kedua, di samping upholsteri kulit sintetik.

    Penaja dan jenama yang menyertai ACE 2026

    GWM merupakan salah satu daripada banyak jenama yang menyertai ACE 2026, termasuk Audi, BMW, BMW Motorrad, Chery, Dongfeng, Hyundai, iCaur, Jetour, Leapmotor, Lotus, Perodua, Mazda, MINI, Mitsubishi, Omoda | Jaecoo, Proton, Proton eMas, smart, Volkswagen dan Zeekr, serta banyak lagi. Selain Petronas Primax, ACE 2026 turut ditaja bersama oleh Jacar, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Carro.

    Selain tawaran daripada setiap jenama yang menyertai, pelanggan bagi 200 tempahan terawal yang disahkan di ACE 2026 akan menerima baucar bernilai RM3,000 daripada kami.

    Setiap tempahan yang disahkan juga melayakkan anda, selaku pembeli, menyertai cabutan bertuah dengan hadiah bernilai keseluruhan RM57,000, termasuk hadiah utama pakej percutian bernilai RM10,000, tiga set filem cermin gelap Llumar oleh Jacar bernilai RM4,000 setiap satu, lima telefon pintar bernilai RM3,000 setiap satu serta lima naik taraf upholsteri kulit DK Schweizer Prestige bernilai RM4,000 setiap satu. Turut ditawarkan ialah beg cenderahati daripada V-Kool, Harman Kardon, DK Schweizer, Dodo, The Carage dan Kuzig Glanz Detailing.

    paultan.org Auto Car Expo (ACE) – dikuasakan oleh Petronas Primax – berlangsung dari 31 Oktober hingga 1 November di Setia City Convention Centre (SCCC); dapatkan maklumat lanjut di laman mikro ACE 2026. Jumpa anda di sana!

     
  • ACE 2026: Beli PHEV Jetour T2 i-DM di SCCC, dapatkan pakej early bird bernilai RM3,000 dan banyak lagi

    ACE 2026: Pakej early bird Jetour T2 i-DM bernilai RM3,000, 31 Oktober-1 November 2026

    paultan.org Auto Car Expo (ACE) – dikuasakan oleh Petronas Primax – akan berlangsung dari 31 Oktober hingga 1 November 2026, dan ekspo berteraskan jualan ini kembali tahun ini ke Setia City Convention Centre (SCCC), tempat di mana anda boleh menemui pelbagai tawaran hebat kereta di bawah satu bumbung.

    Jika anda ingin beralih kepada pemanduan elektrik, namun masih mahukan sokongan kuasa enjin pembakaran dalaman dalam bentuk SUV yang lasak, Jetour T2 i-DM menepati keperluan tersebut dengan membawakan sistem hibrid plug-in kepada rekaan kenderaan off-road T2 yang bersegi dan tegap.

    Dengan harga bermula RM162,000, Jetour T2 i-DM boleh dibeli bersama pelbagai keistimewaan early bird untuk pelanggan bagi 2,000 pendaftaran kenderaan yang pertama.

    Pelanggan boleh memilih salah satu daripada dua pilihan yang ditawarkan, masing-masing bernilai RM3,000. Pilihan pertama, Pilihan A, membawakan anda kabel penyesuai V2L (vehicle-to-load) percuma serta pengecas AC percuma berserta pemasangan di rumah tanpa caj.

    Bukan sahaja anda akan menerima peralatan percuma dan kredit pengecasan, anda juga akan menikmati manfaat insurans apabila membeli Jetour T2 i-DM, termasuk perlindungan insurans bernilai RM5,000 untuk wallbox pengecas EV anda, perlindungan liabiliti peribadi pemandu baharu bernilai sehingga RM5,000, serta perlindungan bencana khas (special perils).

    Penaja dan jenama yang menyertai ACE 2026

    Bukan itu sahaja. Baucar beli-belah RM300 akan ditawarkan secara eksklusif untuk tempahan yang dibuat di ACE 2026, dan apabila anda membuat tempahan Jetour T2 i-DM selewat-lewatnya pada 31 Disember 2026, anda juga berpeluang memenangi barangan Jetour Life bernilai RM2,000.

    Jetour merupakan salah satu daripada banyak jenama di ACE 2026, termasuk Audi, BMW, BMW Motorrad, Chery, Dongfeng, GWM, Hyundai, iCaur, Leapmotor, Lotus, Perodua, Mazda, MINI, Mitsubishi, Omoda | Jaecoo, Proton, Proton eMas, smart, Volkswagen dan Zeekr, serta banyak lagi. Selain Petronas Primax, ACE 2026 turut ditaja bersama oleh Jacar, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Carro.

    Selain tawaran daripada setiap jenama yang menyertai, pelanggan bagi 200 tempahan terawal yang disahkan di ACE 2026 akan menerima baucar bernilai RM3,000 daripada kami.

    Setiap tempahan yang disahkan juga melayakkan anda, selaku pembeli, menyertai cabutan bertuah dengan hadiah bernilai keseluruhan RM57,000, termasuk hadiah utama pakej percutian bernilai RM10,000, tiga set filem cermin gelap Llumar oleh Jacar bernilai RM4,000 setiap satu, lima telefon pintar bernilai RM3,000 setiap satu serta lima naik taraf upholsteri kulit DK Schweizer Prestige bernilai RM4,000 setiap satu. Turut ditawarkan ialah beg cenderahati daripada V-Kool, Harman Kardon, DK Schweizer, Dodo, The Carage dan Kuzig Glanz Detailing.

    paultan.org Auto Car Expo (ACE) – dikuasakan oleh Petronas Primax – berlangsung dari 31 Oktober hingga 1 November di Setia City Convention Centre (SCCC); dapatkan maklumat lanjut di laman mikro ACE 2026. Jumpa anda di sana!

     
 

Jual kereta anda pada harga lebih tinggi, dibayar dalam 24 jam