VIDEO: Tun Mahathir bincang isu kualiti dan perkhidmatan Proton, rancangan pulih semula imej

Proton kini dalam misi untuk memulihkan semula imej dengan beberapa inisiatif. Ini termasuklah, memperkenalkan produk baharu, falsafah baharu, logo dan tagline baharu serta memperluaskan lagi senarai untuk menyediakan perkhidmatan selepas jualan. Untuk mendapatkan pemahaman yang lebih jelas dalam misi baharu Proton yang dianggap berani ini, paultan.org telah menemubual Pengerusi Proton Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam sesi temubual yang boleh anda tontonkan menerusi klip video di atas, bekas Perdana Menteri ini turut memberikan pendapat berhubung trend panggil semula (recalled). Walau baru-baru ini Proton turut membuat perkara yang sama berhubung dengan masalah hos penyejuk minyak yang melibatkan varian CFE, pengeluar kereta nasional ini sebenarnya sama seperti pengeluar yang lain, di mana jujur dan bersedia mengakui kesilapan dan memperbetulkannya dengan langkah yang tepat.

Tun Mahathir turut menyentuh beberapa aspek yang perlu dipertingkatkan termasuklah perkhidmatan selepas jualan dan kualiti produk, di mana kedua-duanya juga saling berkait antara satu sama lain. Antara usaha yang Proton lakukan termasuklah mewujudkan pasukan Bantuan Bergerak Proton dan mengambil tenaga pakar dari Jepun yang berpengalaman.

Imej syarikat juga menjadi perhatian utama Tun Mahathir, di mana persepsi negatif dari masyarakat yang berpanjangan perlu disingkirkan demi kebaikan Proton sendiri.

“Suatu yang bukan mudah untuk dilakukan, dan mengambil masa yang lama untuk memulihkan imej Proton. Namun kami akan tetap melakukannya,” ujar Tun Mahathir.

Dalam temubual ini juga, Tun Mahathir turut memperkatakan tentang pasaran asing yang dilindungi dan disebabkan hal ini, Proton perlu berjuang walau pun sukar untuk menempatkan semula syarikat ini dalam pasaran tersebut dan menaikkan pengeluaran keretanya.

Bukan itu sahaja, ada lagi banyak isu yang diperkatakan sepanjang temubual ini, dan jangan lupa untuk tontonnya dan kongsikan pendapat anda bersama kami menerusi ruangan komen di bawah.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • Peminat Auto on Feb 18, 2016 at 11:26 pm

    Proton perlukan kereta yg lbh menarik reka bentuk, perincian rapi terhadap spesifikasi kereta & versi R3 yg bnr fokus bkn sekadar penambahan body kit.

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
    • Same L0rrr on Feb 19, 2016 at 8:21 am

      No.. just put in Perodua DVVT engine/Honda VVT-i engine & E-AT Perodua gearbox, then proton can sell well..

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 3
 

Add a comment

required

required