Proton-enhancing-customer-service-14-630x457

Proton telah mengumumkan akan menghubungi sejumlah 94,577 pemilik model Exora, Preve dan Suprima S bagi semua varian CFE di Malaysia ekoran masalah hos penyejuk minyak. Syarikat kereta nasional ini berkata, apabila menghampiri titik perbatuan 40,000 km, ia boleh mengakibatkannya pecah.

Model yang terlibat adalah varian CFE termasuk Proton Exora (59,663 unit), Preve (28,642 unit) dan Suprima S (6,290 unit). Proton mengakui kesilapan ini dilakukan ketika memilih material bagi hos penyejuk minyak tersebut.

Isu ini timbul apabila minyak daripada hos getah itu menjadi berasid dan mengakisnya bergantung pada suhu yang tinggi. Proton akan menggantikan hos getah yang bermasalah tersebut dengan hos logam dan turut mengesahkan penukaran komponen ini akan bermula penghujung bulan ini.

Proton-enhancing-customer-service-15-630x392

Bagi pemilik kenderaan yang terlibat dan yang masih dilindungi waranti, Proton berkata, kos penukaran komponen terbabit dan tenaga buruh akan ditanggung sepenuhnya oleh syarikat ini. Manakala bagi pengguna kenderaan yang terlibat tetapi telah tamat warantinya, Proton berkata, ia hanya akan dilakukan secara percuma sekiranya anda mematuhi perkhidmatan servis berkala yang disyorkan.

Panggilan bagi semua pemilik kenderaan yang terlibat akan dimulakan hujung bulan ini, tetapi Proton akan memfokuskan mana-mana unit kenderaan yang menghampiri jarak perbatuan 40,000 km yang lebih berisiko untuk hos terbabit pecah.