VIDEO: 22 kereta, dua motosikal rosak dirempuh lori

Pagi tadi di Pasar Nibong Tebal. Berang dengan kereta yang diparkir sesuka hati, pemandu lori melanggar kesemua kereta yang menghalang jalan.

Posted by Sri Sanjeevan Ramakrishnan on Sunday, February 21, 2016

Klip video yang dimuatnaik oleh Pengerusi badan pemantau anti jenayah MyWatch Sri Sanjeevan Ramakrishnan menerusi laman Facebook peribadi beliau, memaparkan rakaman seorang pemandu lori yang berang dengan kereta yang diparkir sesuka hati telah bertindak melanggar kesemua kereta tersebut. Kejadian ini berlaku pada pagi Ahad, 21 Februari, di Pasar Awam Taman Berjaya Nibong Tebal.

Dalam kejadian kira-kira 8 pagi tadi, pemandu lori berusia 30-an terbabit dikatakan ‘bertindak gila’ merempuh kereta dan motosikal tersebut selepas berang ekoran tidak dapat melalui jalan itu kerana terhalang oleh kenderaan berkenaan. Sebanyak 22 kereta dan dua motosikal mengalami kerosakan akibat kejadian itu.

Salah seorang mangsa turut berkata, orang ramai menjerit dan meminta pemandu lori berkenaan berhenti apabila melihat kejadian itu, namun tidak dihiraukannya, menurut laporan Bernama.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supt Wan Hassan Wan Ahmad turut mengesahkan kejadian ini dan berkata polis sedang menyiasat kejadian itu serta mengesan pemandu lori terbabit bagi membantu siasatan.

“Siasatan awal mendapati lori itu didaftar atas nama sebuah syarikat beralamat di George Town dan kami sedang mengesan pemilik syarikat serta pemandu kenderaan itu,” katanya.

Beliau berkata setakat ini, pihaknya menerima tujuh laporan daripada pemilik kereta yang mengalami kerosakan teruk akibat dirempuh lori berkenaan.

Looking to sell your car? Sell it with Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required