Baru-baru ini, Zhejiang Geely dikatakan telah menarik diri daripada bidaannya untuk menjadi memiliki pegangan majoriti dalam Proton. Presiden Geely, An Conghui memaklumkan bahawa syarikatnya sah menarik diri daripada perbincangan untuk menjadi rakan strategik asing (FSP) Proton.
Ini bermakna hanya tinggal Kumpulan PSA sebagai satu-satunya calon tunggal yang masih berminat ke atas Proton. Syarikat ini juga mengesahkan mereka telah menghantar proposal dan bidaannya, dann mengumumkan sedang berbincang dengan pengeluar kenderaan nasional itu.
Petang ini, DRB-Hicom telah mengeluarkan kenyataan rasmi dengan mengesahkan pencarian FSP Proton masih lagi diteruskan. Malah seperti yang diumumkan pada Februari lalu, DRB-Hicom mensasarkan untuk menamatkan proses penilaian menjelang akhir suku kedua tahun 2017.
Malahan, DRB-Hicom turut mengesahkan semua pembida masih dalam saingan untuk menjadi FSP Proton. Dengan menegaskan proses pencarian FSP ini adalah rumit kerana ia akan dipilih bagi keuntungan semua pihak terbabit. Di mana setiap rundingan adalah usaha kedua-dua pihak untuk memastikan sinergi dengan pelan masing-masing.
Walau bagaimana pun, proses sebegini adalah menjadi kebiasaan dalam mana-mana rundingan perniagaan di mana pihak terbabit membuat cadangan-cadangan yang berasingan dan berbeza, bergantung kepada apa yang diminta dan dicadangkan oleh pihak kedua. Dan DRB-Hicom akan mengumumkan syarikat mana yang berjaya membida kepentingan di dalam Proton apabila tiba masanya kelak.


Proton X90
dari RM106,800
Proton S70
dari RM73,800
Proton eMas 7 PHEV
dari RM109,800
Proton X70
dari RM106,800
Proton Saga
dari RM38,990
Proton eMas 5
dari RM59,800
Proton X50
dari RM89,800
Proton eMas 7
dari RM103,800
Mengapa bahagian BM senyap tak ada komen langsung. Proton telah tujuk perangai masa VW nak melabur.Macam-macam syarat-syarat walaupun dah tenat. Proton tak belajar dari peristiwa VW, masih banyak syarat-syarat. Geely dah kata Proton suka sentiasa menukar syarat-syarat. Tak tahan perangai Proton.
Macamana boleh berjalan lancar jika tinggal hanya satu pengantin. Apa cerita tentang engin Ricardo dari UK?
http://www.ricardo.com/en-GB/News–Media/Press-releases/News-releases1/2016/Proton-unveils-high-efficiency-low-emissions-engine-RD-programme-with-Ricardo/