Motosikal tak boleh guna laluan paling kanan di M’sia?

Motosikal tak boleh guna laluan paling kanan di M’sia?

Kami menerima sebuah emel daripada seorang pambaca paultan.org, N.C (pengadu), yang memaklumkan satu situasi yang dialaminya sendiri. Kejadian berlaku ketika kereta yang dipandunya berada dilaluan paling kanan (laluan laju) di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP).

Tak semena-mena, sebuah motosikal memotong dari sebelah kanan – dan berada di antara keretanya dan tembok konkrit pembahagi jalan – dan kemudian berlaku perlanggaran kerena jangkaan penunggang itu meleset dan tak lepas memotong kenderaan itu.

Lebih mengejutkan, selepas membuat laporan polis, beliau dimaklumkan tiada tindakan yang boleh diambil terhadap penunggang motosikal itu, kerana dia “tidak melakukan apa-apa kesalahan”. Di sebabkan ini, beliau juga tidak dapat menuntut apa-apa ganti rugi daripada insurans si penunggang. Kurang lebih, begitulah situasinya.

Ini menimbulkan pertanyaan, bukankah motosikal sepatutnya berada di bahagian kiri jalan, dan bukannya di laluan paling kanan? Jika ini betul, maka tentulah dalam situasi seumpama itu, penunggang motosikal yang “salah”. Dari sudut undang-undang jalan raya, apa sebenarnya yang tertulis berkaitan perkara ini?

Pengadu seterusnya mengirimkan emel dan meminta penjelasan tentang duduk letak perkara ini daripada ibu pejabat JPJ Putrajaya. Jawapan ringkas yang diterima mengesahkan kedudukann si pengadu; penunggang motosikal tidak sepatutnya berada di laluan paling kanan.

Motosikal tak boleh guna laluan paling kanan di M’sia?

Kami cuba dapatkan maklum balas daripada JPJ dan polis trafik berkaitan perkara ini, namun masih belum berhasil. Kami kemudiannya menyoroti beberapa perkembangan dan pandangan sebelum ini berikutan hal sama.

Pada Mac tahun lalu, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Aziz Kaprawi ada mengeluarkan kenyataan bahawa Kementerian Pengangkutan akan meminta pihak berkuasa berkaitan jalan raya untuk menghalang motosikal daripada menggunakan laluan utama di lebuhraya yang sudah diwartakan.

Tujuannya hanya satu, untuk mengurangkan kemalangan melibatkan motosikal. Namun, setakat pegetahuan kami, tiada perkembangan susulan tentang hal ini. Setakat 2011, tiada peraturan baru yang diwartakan secara rasmi bertujuan untuk menghalang motosikal daripada menggunakan laluan paling kanan.

Rujukan terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 juga tidak menjelaskan perkara ini. Ada sumber yang diyakini juga menyebut, memang motosikal tidak boleh berada di lorong kanan, bahkan di laluan utama sekiranya lorong motosikal telah diwartakan bagi sesebuah jalan atau lebuhraya.

Sebagai contoh, Lebuhraya Persekutuan dan Lebuhraya KESAS yang ada lorong atau laluan khas untuk motosikal – adalah menjadi kesalahan untuk penunggang berada di dalam aliran trafik utama lebuhraya berkenaan.

Motosikal tak boleh guna laluan paling kanan di M’sia?

Namun, bagi jalan-jalan di mana lorong khas motosikal tidak diwartakan, penunggang boleh menggunakan mana-mana lorong. Tambahan pula, untuk tujuan memotong kenderaan lain, mana-mana kenderaan perlu melakukannya dari sebelah kanan. Mudah dan jelas; memotong hanya dibenarkan dari sebelah kanan, tidak boleh dari sebelah kiri kenderaan yang ingin dipotong – selagi ia dilakukan dalam keadaan selamat dan tidak membahayakan.

Melalui artikel ini, kami tidak bermaksud untuk menilai situasi yang dihadapi oleh pengadu, dan bukan tujuan kami untuk menentukan siapa yang betul atau siapa yang salah. Yang cuba dilakukan ialah agar pembaca faham bahawa perkara-perkara ini boleh terjadi pada bila-bila masa, di mana-mana saja.

Untuk itu, ada eloknya untuk kita ambil peduli tentang hal seperti ini. Jika ingin memotong, pastikan keadaannya selamat. Untuk memotong dari sebelah kanan, kemudian berada antara kereta dan tembok konkrit pembahagi jalan, itu bukanlah satu situasi yang menyenagkan.

Jika anda mempunyai pengalaman sama atau maklum balas berkaitan perkara ini, sila kongsikan untuk manfaat semua. Semoga jalan raya kita akan menjadi lebih selamat dari semasa ke semasa.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 

Comments

  • Juga pemandu on Apr 29, 2017 at 12:55 pm

    Pada pendapat saya, kita sebagai pengguna jalan raya terutama pemandu kereta harus lebih bertolak ansur diatas jalan. Tak salah jika kita perlahankan kenderaan ketika hendak dipotong oleh kenderaan lain. Beri mereka laluan, biarkan mereka memotong dengan selamat. Dan jika kita melihat kenderaan dibelakang sangat dekat dan hendak memotong, kita harus menukar laluan kiri.

    Like or Dislike: Thumb up 6 Thumb down 3
  • abu bakar on Apr 30, 2017 at 9:04 am

    keadaan LDP itu sendiri tidak ada ciri-ciri keselamatan, lorong kenderaan kecil, tiada lorong kecemasan, tiada lorong motosikal, sangat merbahaya kepada penunggang motosikal sekiranya berlaku kemalangan, say bye-bye ajelah, jem semestinya berkilometer panjangnya, jadi saya nasihatkan paultan jangan siarkan artikel yang bangang macam ni.

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 3
    • Basri on May 30, 2018 at 6:33 pm

      Akta jpj pun general xsebut kenderaan mana yg perlu guna lorong Kiri dan kanan.. Boleh fight time Jem.. Time jalan diselenggara.

      Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  • Ahamad on Jun 16, 2018 at 8:22 am

    Sepatutnya ape2 undang2 perlu dibuat secara bertulis dlm akta dan kaedah yg berkenaan… Ditulis secara jelas dan terang… Bkn main warta sana warta sini ckp dikedai kopi… Tulis la dlm akta… Bru la blh digunakan….

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Dayana on Oct 29, 2018 at 12:10 am

    Sy pemandu kereta dan sy x pandai bawak motor tp memang tiap2 hari kerja naik moto suami bawak..ikutkan pengalaman saya la kan bg sy sy lebih rela ikut highway dr jalan moto..jln moto lagi bahaya dr highway sb byk kes dgr rompakan kt laluan motor,penah ade kes org excident sb ade org pasal tali tangsi nk bg motor jatuh..gelap plk tu..bukan seram hantu tp seram pd perompak. Cmner nk ikut laluan motor klu laluan dia pun mcm haram jadah

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 2
  • Hormatilah pembayar tol.. motorsikal hanya penumpang lebuhraya dan tiada hak!! Dibenarkan guna lane kecemasan pun dah syukur dah

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 14
  • NAJIB on Oct 31, 2022 at 11:15 am

    Garis panduan yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkaitan penunggang motorsikal adalah – Menunggang di sebelah kiri jalan atau gunakan laluan yang dikhaskan (jika ada).

    Adalah menjadi satu kesalahan penunggang motorsikal mencelah/mencilok/ menyelit antara kenderaan. Kedudukan motorsokal adalah seperti kereta/kenderaan lain. 2 kaki (0.6 meter) dari garis putih. 2 saat dibelakang kenderaan hadapan. Memotong dalam masa 12 saat dari sebelah kanan dengan keadaan selamat.

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
    • chris on Apr 11, 2023 at 8:31 am

      kalau d Kuching,motosikal memang tak pakai laluan kiri,bukan memotong,,tapi tengah jalan dah jd laluan mereka..kita kreta nak masuk simpang atau keluar simpang pun susah.kdg kita dr laluan kanan nak masuk laluan kiri pun susah .jpj tak ambil peduli dah undang2 jln.malah mtosikal berkuasa kecil ni..ada yg mcm bawa kreta pula..cun2 d tengah2 jalan yang biasa kreta pakai..jd kita nak potong pun susah sebab dia d tengah2..bukan tepi kanan atau tepi kiri.kadang kalau dia d tengah jalan,kita nak potong.. dia balik pula ke tepi kiri.dalam buku undang2 motosikal tak ada lg bagtahu salah berada d tengah2 jln atau berada d laluan kanan walaupun bukan memotong.buat mcm jalan bapa saja.cuba la memandu d jalan kuching,sarawak,pasti anda akan rasa meluat dgn motosikal ini. selit2,berlumba2 pun ada.sya gelar motosikal ni…bugs.sebb bila lepas trafic lite..dah macam ayam terlepas dr reban..ke tengah,ke tepi,berlumba2..kreta d belkng pun takut tengok lagak mereka.tapi jpj,,tak ambil peduli pun.sama2 bz dgn hal masing2.lumrah manusia.

      Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • Tuan Julian on Jan 12, 2024 at 5:48 am

    Kalo x bayar tol jgn nak masuk lorong kanan.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required