Penunggang motosikal dilarang guna lorong laju?

FW302026_SG14_301013_JELAJAH

Penunggang motosikal di Malaysia mungkin bakal dilarang menggunakan lorong laju atau memotong di lebuh raya, berdasarkan permintaan dari Kementerian Pengangkutan. Menurut The Sun Daily, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Aziz Karpawi, kementeriannya akan membuat permohonan kepada pihak berkuasa lalu lintas untuk menguatkuasakan larangan ini tanpa tertangguh.

Aziz berkata, penguatkuasaan ini perlu dilakukan memandangkan kadar kemalangan jalan raya di kalangan penunggang motosikal kian membimbangkan. “Penunggang motosikal sepatutnya tidak menggunakan lorong laju atay lorong kanan,” ujarnya kepada pemberita dalam pelancaran kempen keselamatan jalan raya “Visibility Makes a Difference” untuk penunggang motosikal oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya dan Linda Group.

Turut disebut, satu perbincangan akan dilakukan di antara Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis untuk menentukan implementasi dan penguatkuasaan ini. Mengikut statistik, sejumlah 62% kematian daripada 6,706 kemalangan jalan raya pada tahun 2015 membabitkan penunggang motosikal iaitu sebanyak 4,203 kes. Ia meningkat sebanyak 32 kes berbanding tahun sebelumnya.

Penunggang motosikal perlu mempertingkatkan lagi tahap keselamatan mereka, ujar Aziz. “Ramai di antara mereka yang kerap melanggar undang-undang jalan raya termasuk melanggar lampu isyarat merah, menunggang laju melebihi had kelajuan, menukar lorong tanpa menggunakan lampu isyarat membelok, memotong kenderaan lain tanpa berhemah, berlumba di jalan raya dan banyak lagi,” ujarnya.

Satu lagi implementasi yang patut dilaksanakan bagi keselamatan penunggang motosikal ialah mewajibkan pemakaian vest lut sinar. “Penunggang motosikal harus boleh dilihat oleh pengguna jalan raya yang lain. Penglihatan membawakan perbezaan. Pada masa ini, kami sedang melakukan program advokasi untuk menggalakkan mereka memakai vest lut sinar atau jaket yang berwarna terang,” tambah Aziz lagi.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • Laju tak salah…nama pun superbike, tapi biar bertempat dan tidak membahayakan pengguna lain. Contohnye…kat litar..hehe.

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • maisil on Jun 08, 2016 at 12:06 pm

    “Mengikut statistik, sejumlah 62% kematian daripada 6,706 kemalangan jalan raya pada tahun 2015 membabitkan penunggang motosikal iaitu sebanyak 4,203 kes. ”

    Berapa % pulak kematian akibat motosikal guna lorong kanan?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required