Rossi ada kemungkinan berlumba semula di Aragon

Rossi ada kemungkinan berlumba semula di Aragon

Hujung bulan lalu, pelumba pasukan Movistar Yamaha Racing, Valentino Rossi telah terlibat dalam kemalangan sewaktu berlatih menggunakan motosikal jenis enduro. Akibatnya, tulang bahagian kaki kanan beliau telah patah, dan tidak dapat berlumba dalam pusingan MotoGp di Misano, Itali.

Kini, selepas beberapa minggu, Rossi telah kembali menunggang motosikal dan berjaya melakukan beberapa pusingan di Misano, menggunakan jentera YZF-R1M, sebelum sesi ditamatkan kerana hujan lebat. Selepas sesi ujian ini, juara dunia sembilan kali ini melalui pemeriksaan kesihatan. Walaupun begitu, nasib Rossi masih belum dapat ditentukan, kerana ia akan bergantung kepada sesi latihan seterusnya.

Minggu ini, perlumbaan MotoGP akan berlangsung di Aragon, Sepanyol, dan selain Maverick Vinales, Rossi juga akan ke sana untuk menyertai sesi latihan. Selepas itu, barulah pemeriksaan kesihatan akan dijalankan dan beliau akan ditentukan sama ada boleh berlumba pada hari Ahad, 24 September ataupun tidak.

Jika diisytiharkan oleh doktor beliau tidak boleh berlumba, tempatnya akan diganti oleh Van der Mark, iaitu seorang pelumba Yamaha WorldSBK. Walaupun terlepas pusingan di Misano, Rossi kini berada di kedudukan keempat dalam senarai kejuaraan pelumba.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required