Isu kenaikan harga minyak: Persatuan pengguna gesa kerajaan memperkenalkan semula petrol RON92

Isu kenaikan harga minyak: Persatuan pengguna gesa kerajaan memperkenalkan semula petrol RON92

Disebabkan harga petrol dilihat tidak begitu stabil dan sering mengalami kenaikan, persatuan pengguna menggesa kerajaan dan syarikat minyak untuk memperkenalkan semula petrol RM92. Di mana persatuan terbabit berpendapat, RON92 yang tidak diteruskan penjualannya sejak 2009, mampu menjadi alternatif bahan api bagi kumpulan pendapatan pertengahan (M40) dan rendah (B40), laporan The Sun.

Walau bagaimana pun, pemain industri enggan memberikan pendapat berapakan kos bagi RON92 sekiranya ia dikembalikan ke pasaran.

Namun, menerusi semakan ke atas harga minyak di Singapura, LEVO92, yang setanding dengan RON92, buat masa ini dijual pada harga S$2.19 seliter (RM6.66). Manakala LEVO95 yang setanding dengan RON97 pula dijual pada harga S$2.23 (RM6.78).

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia Yusof Abdul Rahman berkata, inilah masanya untuk kerajaan mengembalikan semula RON92 bagi mengimbangi kenaikan kos sara hidup.

Katanya kepada akhbar terbabit, “RON92 boleh digunakan bagi kenderaan dengan kapasiti enjin yang rendah, yang mana ia dimiliki oleh ramai golongan berpendapatan rendah. Malah kerajaan juga boleh menyalurkan subsidi bagi RON92 untuk membantu golongan B40 ini.”

Isu kenaikan harga minyak: Persatuan pengguna gesa kerajaan memperkenalkan semula petrol RON92

Walau bagaimana pun ketua aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan berpendapat, kajian terhadap RON92 perlu dilakukan untuk mengetahui kesannya terhadap persekitaran.

“Ia mungkin tidak sesuai untuk alam sekitar dan semua jenis kenderaan,” katanya sambil menambah kerajaan perlu mencari alternatif bagi memperkenalkan inisiatif subsidi yang disasarkan.

“Sebagai contoh, subsidi petrol boleh dibagikan kepada individu yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan,” tambahnya lagi.

Manakala presiden Persatuan Pengedar Petrol Malaysia Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz berkata langkah untuk memperkenalkan semula RON92 bukanlah jalan penyelesaian yang tepat bagi majoriti industri automotif kerana telah diputuskan untuk meneruskan dan melaraskan penggunaan bahan api RON95 sebagai standard minimum.

Isu kenaikan harga minyak: Persatuan pengguna gesa kerajaan memperkenalkan semula petrol RON92

“Kenderaan baharu memerlukan RON95 dan yang lebih atas. Mengembalikan semula (RON92) akan mencetuskan huru-hara dalam industri,” katanya, sambil menambah daripada memperkenalkan semula RON92, adalah lebih baik kerajaan memastikan RON95 dan diesel diletakkan harga dan subsidi yang lebih adil.

Awal minggu ini, Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata kerajaan akan mengenal pasti langkah bersesuaian bagi mengurangkan impak kenaikan harga minyak mentah dunia sekiranya harga runcit RON95 dan diesel melebihi RM2.50 seliter secara berterusan selama tiga bulan. Di mana langkah yang diambil akan memastikan rakyat tidak terbeban dengan kenaikan harga minyak dunia dan kadar inflasi terkawal dalam jangka masa sederhana dan panjang.

Semalam kerajaan memutuskan akan mengumumkan mekanisme stabil harga minyak sekiranya ia mencecah RM2.50 seliter bagi RON95 dan disel. Menurut Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata mekanisme atau langkah itu akan memberi manfaat kepada isi rumah berpendapatan rendah dan pertengahan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • Dulu masa harga minyak RON97 menaik diperkenalkan minyak RON95 untuk rakyat marhean kerana harga rendah. Ni bila harga RON95 menaik, nak perkenalkan balik RON92. Kalau diperkenalkan RON92 nanti, trend harga pun juga menaik, nak perkenalkan RON berapa pulak? #kepalabapakkau #stupid

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 1
  • Alson P on Nov 24, 2017 at 2:54 pm

    Tidak perlu diperkenalkan semula ron92.. Ron 95 dengan harga siling rm2.50 adalah jauh lebih baik.. Perbezaan harga sebenar ron92 dan ron95 tidak sampai 10sen.. Apa guna diperkenalkan lagi ron92 jika harganya lebih kurang saja..

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 1
 

Add a comment

required

required