Honda Civic hatchback dengan kit badan, rim Mugen

Honda Civic <em>hatchback</em> dengan kit badan, rim Mugen

Selain model konsep Honda Civic Type R Mugen RC20GT, Mugen turut membawa sebuah Civic hatchback biasa ke Tokyo Auto Salon 2018. Model ini masih dipanggil sebagai sebuah prototaip, bermakna ia bukanlah produk akhir yang akan ditawarkan kepada orang ramai, tetapi masih memberi gambaran awal bagaimana ia akan kelihatan nanti.

Kit badan yang dipasangkan kepada model ini termasuk gril tengah gentian karbon bersama lencana Mugen, kemasan di sekitar bukaan udara yang menempatkan lampu kabus serta tambahan lip di bahagian bawah bampar. Dua bahagian akhir yang disebutkan tadi diwarnakan sama seperti warna badan.

Begitu juga dengan side skirt, di mana ia nampak sedikit labuh berhampiran tayar belakang, manakala di belakang terdapat muncung ekzos berpetak di tengah serta spoiler bumbung yang lebih panjang. Rekaan rim pada Civic hatchback ini sama seperti Honda Civic Type R Mugen RC20GT, tetapi ia bersaiz 19 inci, bersama tayar 235/35.

Honda Civic <em>hatchback</em> dengan kit badan, rim Mugen

Turut mendapat sentuhan Mugen adalah pada bahagian dalam, dengan adanya butang pemula enjin berwarna merah, alas kaki sports berserta lencana Mugen dan scuff plate. Bahagian lain masih kelihatan sama seperti model produksi, termasuk balutan tempat duduk.

Sementara ini adalah contoh untuk model hatchback, mungkin nanti versi untuk model sedan pula akan ditunjukkan. Tetapi, apa pendapat anda dengan rekaan Mugen untuk model Civic generasi ke-10 ini? Adakah ia masih tidak cukup garang dan terlalu moden, atau sedang elok? Ataupun kit Modulo lebih menarik?

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya 'mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required