Harga minyak 8 hingga 14 Mac – RON95 sahaja naik

Harga minyak 8 hingga 14 Mac – RON95 sahaja naik

Semasa dua minggu akhir Februari yang bersamaan dengan waktu sambutan Hari Raya Cina, harga bahan api telah turun, tapi minggu lalu ia kembali naik untuk semua jenis petrol dan diesel. Bermula esok, harga baru bahan api juga sekali lagi naik, tapi untuk RON95 sahaja.

Bagi petrol RON95, daripada RM2.20, harganya akan menjadi RM2.21 (naik 1 sen), manakala bagi petrol RON97 pula, harganya masih dikekalkan pada RM2.47. Bagi diesel pula, harganya menurun menjadi RM2.17 setiap liter Euro 2M, daripada RM2.18, seterusnya menjadikan diesel Euro 5 pula RM2.27 seliter.

Harga baru ini akan dikuatkuasakan bermula tengah malam nanti, sehingga minggu depan, 14 Mac 2018. Pengumuman harga minggu ini juga adalah yang ke-50 sejak sistem harga mingguan ini bermula hujung Mac 2017 yang lalu. Pada waktu itu, harga petrol RON95 adalah RM2.30 seliter (sembilan sen lebih tinggi) dan RON97 dijual pada harga RM2.60 (13 sen lebih tinggi). Diesel pula pada waktu itu dijual pada harga tiga sen lebih tinggi iaitu RM2.20 seliter.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required