20 EV terlaris Jun 2026 — eMas 5 rampas takhta dari eMas 7, Tesla ke-3/4, Atto 3 kembali tersenarai

Sebulan selepas eMas 7 merampas mahkota dengan kelebihan tipis, Proton eMas 5 telah berjaya merampas kembali kedudukan tersebut. Hal ini seperti yang ditunjukkan oleh data pendaftaran EV oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi bulan Jun 2026.

Perbezaannya juga bukan lagi tipis seperti sebelumnya. Proton eMas 5 mencatatkan sebanyak 1,309 unit pada bulan Jun berbanding 579 unit untuk Proton eMas 7 — menjadikan jurang perbezaan jualan 13 unit pada Mei lalu kepada 730 unit untuk Jun. Jumlah jualan eMas 5 setakat tahun ini kini telah meningkat kepada lima angka iaitu 10,665 unit, berbanding 2,865 untuk eMas 7, yang terkeluar daripada senarai 20 terlaris keseluruhan bulan ini.

20 EV terlaris Jun 2026 — eMas 5 rampas takhta dari eMas 7, Tesla ke-3/4, Atto 3 kembali tersenarai

Perkembangan yang lebih menarik juga boleh diperhatikan di kedudukan carta di bawah. Tesla mencatatkan lonjakan akhir suku tahunannya seperti dijangka, dengan kedua-dua model dengan corak jualan utama melonjak naik: Model Y naik dari tempat ke-11 ke tempat ketiga dengan merekodkan 526 unit, melebihi jualan 1,000 unit untuk tahun ini (1,001 YTD), manakala Model 3 naik dari tempat ke-15 ke tempat keempat dengan 409 unit (961 YTD).

Bagi BYD Atto 3 pula, yang mana model terbaru dengan kemaskini telah diperkenalkan pada Jun, turut mencatatkan peningkatan. Daripada 96 unit dan berada di tempat ke-14 pada bulan Mei, BYD Atto 3 melonjak ke tempat kelima dengan jualan 371 unit, meliputi penghantaran model yang dikemas kini itu juga sudah bermula (2,244 YTD). BYD sekali lagi diwakili oleh pelbagai model dalam senarai, dengan Sealion 7 di tempat kelapan (253 unit), Seal 6 di tempat ke-10 (213 unit) dan Atto 2 di tempat ke-11 (182 unit).

Zeekr 7X menyamai BYD Atto 3 dengan 371 unit untuk menduduki tempat keenam, manakala iCaur V23 yang pada bulan Mei berada di tempat ketiga jatuh ke tempat ketujuh dengan 282 unit (1,651 unit YTD). iCaur 03 pula naik satu anak tangga ke tempat kesembilan dengan 220 unit. Leapmotor B10 berada di tempat ke-12 dengan 171 unit, manakala Xpeng G6 di tempat ke-13 dengan 142 unit.

20 EV terlaris Jun 2026 — eMas 5 rampas takhta dari eMas 7, Tesla ke-3/4, Atto 3 kembali tersenarai

Baki kedudukan untuk 20 model teratas kemudiannya dihuni oleh TQ Wuling Bingo di tempat ke-14 (120 unit), Leapmotor C10 di tempat ke-15 (119) dan MG S5 di tempat ke-16 (105). Great Wall Ora dan Zeekr 009 berada di tempat ke-17 dan ke-18 dengan masing-masing terjual 70 unit, manakala Perodua QV-E jatuh ke tempat ke-19 dengan 65 unit berbanding 80 unit yang dicatatkan pada bulan Mei. Kali pertama tersenarai, Dongfeng Box E3, melengkapkan senarai ini di tempat ke-20 dengan 60 unit.

Berdasarkan jenama, Proton kekal sebagai kuasa dominan dalam EV, dengan sayap kenderaan eMas mencatatkan 1,888 unit, atau 30.4% daripada semua pendaftaran EV pada bulan Jun — walaupun ini adalah penurunan daripada 35.3% berbanding pada bulan Mei. BYD menduduki tempat kedua dengan 1,076 unit (17.3%), tetapi pencapaian paling utama ialah Tesla, yang telah berjaya melonjakkan kedudukannya ke tempat ketiga dengan 935 unit (15.0%), di hadapan iCaur (502) dan Zeekr (459).