VIDEO: SUV Proton akan ada cita rasa rekaan Malaysia

Pelancaran SUV pertama Proton semakin hampir. Sudah banyak gambar kereta asasnya iaitu Geely Boyue yang dapat dilihat, dan anda juga telah tahu bahawa ia akan datang dengan pelbagai kelengkapan seperti arahan suara, adaptive cruise control, pandangan tiga dimensi 360 darjah dan Autonomous Emergency Braking. Tetapi, bagaimana pula dengan rekaannya?

Baru-baru ini kami mendapat peluang bersembang dengan pengarah rekaan Geely Design, Guy Burgoyne, yang berkata “Saya rasa wajar untuk mengatakan bahawa – ia adalah jelas semasa kami membangunkan Boyue sebagai permulaan, pengetahuan tentang sinergi dengan Proton sudah difikirkan. Kita juga ada beberapa kebetulan yang menyenangkan.” Sudah tentu, salah satu kebetulannya adalah Boyue mendapat inspirasi daripada harimau bintang yang sedang melompat, dan Proton juga mempunyai lambang yang bermotifkan harimau.

Guy juga memberitahu walaupun mempunyai produk yang dimahukan secara global, beliau rasa beliau masih boleh menyampaikan cita rasa tempatan yang bersesuaian dengan Proton. Tapi, perekanya tidaklah akan pergi sampai meletakkan keris atau benda yang terlalu menonjol pada kereta tersebut.

Ketua pereka Proton, Azlan Othman pula menambah: “Apabila kami menunjukkan Boyue versi kami nanti, ia akan mempunyai cerita yang unik. Ia akan mempunyai hubungan dengan warisan serta budaya kita. Ia mungkin tidak akan begitu besar seperti yang telah diberitahu oleh Guy, tapi kepercayaan untuk mempunyai karekter ini – itulah keunikan yang menjadikan kita rakyat Malaysia.”

Adakah anda tidak sabar dengan ketibaan SUV Proton ini? Tun Mahathir juga ada rasa kagum dengannya, anda pula bagaimana?

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya 'mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required