Perodua dedah teaser ke-3 SUV D38L – sudut belakang

Perodua dedah teaser ke-3 SUV D38L – sudut belakang

Klik untuk besarkan

Ini merupakan teaser ketiga daripad Perodua untuk model SUV D38L yang dijangka bakal dilancarkan pada Januari 2019. SUV tujuh-tempat duduk ini memfokuskan penjimatan dengan menampilkan enjin Dual VVT-i yang mendapat pengiktirafan sebagai Kenderaan Jimat Tenaga (EEV), malah disifatkan sebagai terbaik dalam kelasnya dengan penjimatan bahan api sehingga 15.6 km/l dan turut mendatangkan ciri Eco Idle dengn fungsi auto start-stop seperti mana yang ada pada Bezza dan Myvi baharu.

Enjin Dual VVT-i ini mungkin sama dengan unit yang menjanakan Myvi, yang turut ditampilkan pada Toyota Rush. Toyota mendakwa penggunaan bahan apinya sekitar 15.6 km/l. Berbanding pesaingnya, Honda BR-V dengan automatik CVT, (automatik empat-kelajuan untuk Rush) dengan anggaran 15.5 km/l di Thailand.

Pada Myvi, enjin 102 hp/136 Nm menggunakan sekitar 20.1 km/l, tetapi hatchback segmen-B ini seberat 1,015 kg. Badan SUV pastinya lebih besar dan berat, malah lebih tinggi. “Kecekapan, ditinggikan dengan kesederhanaan di hati. Ini tujuh-tempat duduk terbaik dalam kelas yang akan membuat anda pergi jauh,” coret Perodua menerusi kapsyen dalam media sosialnya.

Klik untuk besarkan

Menerusi iklannya, Perodua berkata SUV D38L merupakan “mesra subsidi petrol” dengan enjin 1.5L. Jadi mungkin benar ia menggunakan kapasiti enjin sebegitu, sealiran dengan sasaran bagi subsidi bahan api seperti mana yang diumumkan menerusi Bajet 2019, yang disahkan oleh kerajaan.

Dengan teaser yang disiarkan sebelum ini, kita dapat melihat serba sedikit mengenai profil sisi dan sudut hadapan, kini sudut belakang SUV ini pila dipertontonkan.

SUV Perodua ini menampilkan kekemasan sudut belakang yang unik, seperti mana yang diterjemahkan menerusi imej hadapannya. Ia ditampilkan dengan kluster lampu belakang yang melunjur, dengan penggunaan LED yang nampak menyerlahkan lagi imejnya.

Klik untuk besarkan

Lampu tersebut juga disambungkan dengan bar yang menampilkan lencana Perodua di tengah, dengan kemasan hitam berkilat serta seksyen krom di bawah. Ruang bersudut di bahagian bawahnya adalah untuk menempatkan plat lesen. Namun bampar bawahnya tidak jelas kelihatan.

Walau pun Toyota dan Perodua berkongsi sedikit mengenai sentuhan teknikal, namun tidak menyamai secara keseluruhannya. Ini memastikan harga yang bakal ditetapkan untuk SUV Perodua ini lebih murah sedikit berbanding abangnya, Rush, yang ditawarkan dengan harga anggaran antara RM93k hingga RM98k. Honda BR-V pula berharga dari RM81k hingga RM88k.

Mungkin juga SUV Perodua ini berharga lebih kurang sekitar RM70k, tetapi bergantung pada ciri yang melengkapkannya termasuk aspek keselamatan Advanced Safety Assist 2.0 yang ditampilkan. Apa pun, kena tunggu bulan hadapan untuk menantikan lebih lanjut mengenai perincian penuh dan harganya. Jangan lupa untuk daftarkan minat anda di sini.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • Alson on Dec 15, 2018 at 6:45 pm

    SUV 2wd 7 tampat duduk Perodua adalah model pengganti Alza.. Apabila dilancarkan pada 2019, pengeluaran Alza akan dihentikan.. SUV 7 t.duduk Perodua mensasarkan penarafan 5-bintang ASEAN ncap… Dengan penarafan 5-bintang tahap keselamatan SUV Perodua, harganya sedikit tinggi berbanding Alza sedia ada.. Julat harga Dari rm68k hingga rm79k.. Enjin yang sama dengan myvi tetapi days kilas ditingkatkan sedikit 1nm hingga 3nm..

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required