Menteri nafi dana dari Qatar untuk kereta nasional ke-3

Menteri nafi dana dari Qatar untuk kereta nasional ke-3

Menteri Pembangunan Usahawan Redzuan Yusof menafikan dakwaan Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad bahawa Qatar berminat untuk melabur dalam projek kereta nasional ketiga Malaysia.

Semalam Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad, menyatakan bahawa tiada dana awam akan digunakan untuk projek kereta nasional ketiga, sebaliknya ia akan menerima modal besar yang datang dari Qatar. Namun hari ini, kementerian yang terlibat terus dalam projek tersebut iaitu kementerian Pembangunan Usahawan menafikan dakwaan tersebut.

Menurut laporan MalaysiaKini, Menteri Pembangunan Usahawan Redzuan Yusof menyatakan bahawa beliau tidak tahu sumber dari mana yang Khalid ambil ketika membuat kenyataan berkenaan.

Menteri nafi dana dari Qatar untuk kereta nasional ke-3

“Pihak Berkuasa Pelaburan Qatar (QIA) telah menyebut bahawa mereka berminat untuk melabur di negara ini, tetapi (tidak ada) menyebut secara khusus mengenai projek ini (kereta nasional). Saya tidak tahu di mana dia (Khalid) mendapat sumber tetapi saya fikir apa yang dikatakan QIA ialah mereka mempunyai banyak dana untuk melabur di negara ini,” kata Redzuan.

Menerusi laporan Berita Harian semalam, Khalid menyatakan bahawa bagi menjayakan projek kereta nasional ketiga, Malaysia akan cuba mencari pelaburan termasuk dari negara luar, malah turut menawarkan kepada Qatar berikutan keupayaan negara itu yang dilaporkan mempunyai sejumlah AS$400 bilion (RM1.6 trilion) untuk tujuan pelaburan.

“Qatar ada sebanyak AS$400 bilion, untuk dilaburkan di seluruh dunia, dia (Qatar) ada banyak duit, dia mahu laburkan dan kita mahu cari jalan supaya Qatar labur di Malaysia. Antara projek yang kita mahu tawarkan untuk dia laburkan adalah projek kereta Malaysia yang ketiga, yang pentingnya Qatar kena ada projeklah untuk dia laburkan dan kita perlu usahakan supaya dia dapat laburkan dalam projek itu (kereta nasional ketiga),” katanya ketika berlangsungnya Konvensyen Nasional Parti Amanah Negara (AMANAH).

Menteri nafi dana dari Qatar untuk kereta nasional ke-3

Sebelum ini kerajaan telah pun mendedahkan garis masa bagi projek kereta nasional ketiga ini, di mana nama untuk kereta tersebut akan diumumkan pada akhir tahun ini, manakala prototaipnya pula dijangka bakal muncul pada awal tahun hadapan, sebelum muncul sebagai versi produksi pada tahun 2020.

Kereta berkenaan dijangka bakal menampilkan kebolehan pemanduan separa automatik, bersama sistem keselamatan terkini tetapi masih dijual pada harga mampu milik. Awal bulan ini juga menteri hal ehwal ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata bahawa prototaip kereta tersebut akan ditayangkan kepada umum seawal tahun depan selepas mesyuarat Majlis Pembangunan Nasional yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) pula mengesahkan telah menerima 20 cadangan daripada pihak swasta dan individu berkenaan kereta nasional baharu, dan bakal menerima geran R&D dari kerajaaan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 

Comments

 

Add a comment

required

required