Projek kereta nasional ketiga bantu industri automotif memacu sektor lain terutamanya kejuruteraan – PM

Projek kereta nasional ketiga bantu industri automotif memacu sektor lain terutamanya kejuruteraan – PM

Projek kereta nasional ketiga memacu ekonomi Malaysia menerusi industri automotif – Tun Mahathir

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mahomad tetap kekal dengan pendirian beliau untuk merealisasikan projek kereta nasional ketiga. Menurut laporan Astro Awani, Tun Mahathir menegaskan, industri automotif merupakan pemacu kepada sektor yang lain terutama kejuruteraan.

“Jika anda ingin belajar pembuatan sesuatu produk, terutama melibatkan kejuruteraan, ia perlu bermula daripada kereta. Seringkali saya katakan, jika ingin membuat kereta, anda perlu buat 4,000 komponen berlainan dan disatukan semuanya. Ia tidak mudah. Tapi kita telah mahir berkenaan perkara tersebut dalam masa yang singkat. Kini kita boleh reka dan cipta prototaip. Malah, kita juga boleh cipta enjin,” katanya pada sidang media bersama media Malaysia seiring Mesyuarat Pemimpin-pemimpin Ekonomi APEC (AELM) Ke-26 di Port Moresby, kelmarin.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pandangan beliau menerusi ucapan pada Sidang Kemuncak CEO APEC yang menyentuh cabaran ledakan teknologi kepada negara rantau Asia Pasifik.

Pada hujung Oktober lalu, melalui satu program terbitan Astro Awani, beliau turut berkata projek tersebut bukan sekadar untuk mewujudkan kereta tetapi matlamatnya lebih luas daripada itu, termasuk memperkukuhkan lagi sektor pembuatan negara. Di mana untuk mengeluarkan produk yang sama setaraf dengan barangan yang diimport, negara juga perlu melakukan sedikit pengorbanan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required