TUNGGANG UJI: SYM VF3i – bolehkah diambil sebagai alternatif kepada Yamaha Y15ZR dan Honda RS150R?

TUNGGANG UJI: SYM VF3i – bolehkah diambil sebagai alternatif kepada Yamaha Y15ZR dan Honda RS150R?

Motosikal kapcai yang menggunakan enjin 150 cc bukanlah sesuatu yang baru, tetapi ketibaan dua model terkenal seperti Yamaha Y15ZR dan Honda RS150R bagai mencetus satu fenomena bukan sahaja di Malaysia, malah juga beberapa negara lain dalam Asia Tenggara.

Ramai yang mahukan dua model ini dan ia dianggap sebagai ‘raja kapcai’, namun ada juga yang mahu mengambil alternatif lain tetapi tidak mahu mengabaikan aspek kuasa. Jadi, pandangan mereka beralih kepada sama ada Benelli RFS150i dan juga SYM VF3i.

Kalau diikutkan cadangan pengeluar, harga paling murah adalah Benelli RFS150i iaitu pada RM7,488 diikuti Y15ZR pada RM7,888, RS150R RM7,199 dan SYM VF3i RM8,238. Walaubagaimanapun, seperti yang kita semua telah sedar, harga jualan di kedai dua model jenama Jepun tersebut adalah lebih tinggi, mungkin kerana ia cukup popular dan menjadi kegilaan ramai sekaligus membuatkan banyak pengedar mahu mengambil kesempatan.

Semua model yang disebutkan tadi juga menggunakan enjin berkapasiti 150 cc, tetapi SYM VF3i menawarkan sesuatu yang lebih di mana ia dipacu oleh enjin satu silinder SOHC suntikan bahan api 183 cc yang mampu menghasilkan kuasa 17.7 hp pada 8,500 rpm dan 15.3 Nm tork pada 7,500 rpm.

Sememangnya, jumlah kuasa yang mampu dihasilkan oleh VF3i ini adalah mengatasi semua model lain yang kebanyakannya berada di tahap sekitar 15 hp dan 13 Nm. Jika anda mahu melihat lebih banyak perbezaan di antara empat model ini, lihat artikel ini yang telah kami buat tidak lama selepas VF3i dilancarkan dulu.

TUNGGANG UJI: SYM VF3i – bolehkah diambil sebagai alternatif kepada Yamaha Y15ZR dan Honda RS150R?

Sebabnya, dalam artikel kali ini kami mahu menyampaikan kepada anda bagaimana rasa sebenar menunggang VF3i. Semasa pelancarannya April lalu memang ada dibuat satu sesi tunggang uji, tetapi disebabkan ia cuma boleh dibawa di kawasan letak kereta, kami setakat melakukan satu video pandangan awal.

Akhirnya minggu lepas barulah kami dapat meminjam VF3i untuk beberapa hari daripada pengedar rasminya iaitu MForce Bike Holdings Sdn Bhd. Perkara pertama yang terus dapat kami rasakan apabila bertukar motosikal daripada Yamaha LC135 V1 kepada VF3i ini adalah tempat duduknya agak condong ke hadapan dan tinggi seperti RS150R, tetapi tidaklah sehingga memerlukan penulis kami menjengket.

Melihat kepada rekaan terlebih dahulu, mungkin ada yang mengatakan VF3i ini mempunyai beberapa ciri rekaan yang menyerupai Y15ZR dan RS150R. Mungkin ya, tetapi ia sedikit sahaja dan pujian masih boleh diberikan kepada SYM kerana mampu menghasilkan bentuk keseluruhan unik tersendiri dan bukannya meniru bulat-bulat seperti yang dilakukan oleh Demak.

Banyak garis-garis tajam yang digunakan oleh SYM pada rekaan VF3i ini dan untuk lampu, semua lampu penunjuk arah, lampu siang dan lampu belakang menggunakan unit LED manakala lampu utama masih lagi menggunakan mentol biasa. Keseluruhannya ada tiga warna yang ditawarkan untuk VF3i iaitu biru, hitam dan merah.

Kami tahu, ramai yang menantikan maklum balas mengenai kuasa VF3i ini kerana ia mempunyai kapasiti enjin yang lebih besar di antara semua pesaingnya. Malah, semasa dilancarkan, MForce mendakwa ini adalah kapcai yang paling berkuasa di dunia.

Apa yang kami boleh katakan, ia memang rasa pantas, tetapi tidaklah begitu jauh bezanya. Kami tidak berpeluang untuk melakukan pecutan bersebelahan dengan Y15ZR, RS150R ataupun RFS150i, tetapi ini adalah pandangan daripada pengalaman kami menunggang semua model tersebut sebelum ini.

Maklum balas daripada enjin ini juga boleh dipuji. Ia tidak berbunyi kasar, dan beroperasi lancar tanpa banyak gegaran walaupun sudah sampai ke tahap rpm tertinggi (lebih sedikit daripada 9,000 rpm). Kemudiannya, penghasilan kuasa juga memuaskan daripada tahap rpm rendah sehinggalah tinggi. Dalam kata lain, VF3i ini tidaklah terasa ‘lemau’.

Dalam apa gear sekalipun, tarikannya terasa memuaskan, dan kehadiran gear keenam turut membantu motosikal ini untuk mencapai kelajuan lebih tinggi, maksimum sehingga 140 km/j, setakat yang kami berjaya dapatkan (gear lima hanya boleh digunakan sehingga 120 km/j). Itupun kami sudah menunduk manakala permukaan jalan pula adalah menurun bukit. Ini juga sekaligus menyangkal kenyataan dalam risalah jualan bahawa VF3i boleh mencapai kelajuan maksimum 150 km/j dalam keadaan standard.

TUNGGANG UJI: SYM VF3i – bolehkah diambil sebagai alternatif kepada Yamaha Y15ZR dan Honda RS150R?

Satu perkara yang kami kurang gemar pada VF3i adalah suspensinya terlalu keras. Ini berlaku pada kedua-dua bahagian fork teleskopik hadapan dan juga monoshock belakang. Ia cukup menyeksakan sehingga boleh buat anda menyumpah apabila berhadapan kesan tampalan atas jalan atau garisan kuning (belum lagi garisan merah), manakala apabila dinaiki dua orang, cukup teruk untuk membuatkan kami berpatah balik ke rumah untuk menukar kepada motosikal lain.

Mungkin SYM mahu mensasarkan tunggangan yang lebih berprestasi tetapi kami boleh katakan, ia tidak sesuai untuk sebuah kapcai yang mahu digunakan atas jalan biasa. Bukan pergelangan tangan dan pinggang sahaja yang terkesan dengan hentakan kuat yang dirasa, malah kepala juga boleh bergegar. Memburukkan lagi keadaan, span pada tempat duduk juga agak nipis.

Kemudiannya, kami juga tidak begitu yakin untuk mengambil selekoh dengan VF3i ini. Sebab utamanya adalah tayar Kenda bersaiz 90/80R17 dan 120/70R17 pada motosikal ini tidak memberikan cengkaman baik termasuklah waktu jalan kering. Apabila jalan basah, tak perlulah lagi kami nyatakan, memang kami ambil selekoh dalam keadaan tegak sajalah.

Daripada maklum balas ini, anda sudah tahu, jika mahu memiliki VF3i, perkara utama yang perlu ditukar adalah tayar serta suspensinya demi mendapatkan tunggangan yang lebih memuaskan, lebih selamat dan dapat menggunakan segala potensi yang ada padanya. Jika atas lebuh raya, VF3i boleh dikatakan agak stabil dan tiada gegaran yang menakutkan untuk anda mencapai tahap kelajuan maksimum yang mampu diberikan oleh enjin standardnya.

Untuk bahagian brek, sebenarnya kuasa yang dihasilkan oleh tetapan cakera 250 mm dengan angkup dua piston di hadapan dan cakera 200 mm dengan angkup satu piston di belakang sudah cukup baik, tetapi sekali lagi akibat daripada tayar yang kurang baik, anda perlu berhati-hati kerana tayar mudah terkunci dan menggelungsur. Apatah lagi, ia tidak mempunyai sistem ABS.

Pada bahagian meter, susun atur yang digunakan oleh VF3i hampir menyerupai pesaingnya yang lain, dengan kadar rpm boleh dilihat pada meter analog manakala maklumat lain dipapar pada skrin LCD. Di situ anda boleh melihat kedudukan gear, tahap minyak, jam, kelajuan, jarak perjalanan dan juga tahap kuasa bateri. Walaubagaimanapun tiada lampu penunjuk waktu menukar gear (shift light) pada meter VF3i ini.

Satu lagi kelebihan VF3i adalah ia mempunyai tangki bahan api yang paling besar, hampir satu kali ganda daripada pesaingnya iaitu berkapasiti tujuh liter. Setakat yang kami gunakan dengan cara hampir setiap masa menikmati kuasa penuhnya, ia berjaya bertahan sehingga 160 km. Catatan ini tidak lari jauh daripada jarak yang diuji sendiri oleh SYM iaitu 171 km.

Seperti kebiasaan sebuah kapcai, tiada sebarang ruang simpanan pada bahagian bawah tempat duduk VF3i ini, namun anda masih mempunyai cangkuk kecil untuk mengikat helmet apabila mahu meninggalkannya secara selamat bersama motosikal.

Dengan semua maklum balas yang telah kami berikan ini, anda buatlah keputusan sendiri sama ada ingin mengambil VF3i sebagai alternatif kepada model lain ataupun tidak.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 

Comments

  • Ahlek76 on Dec 19, 2018 at 1:26 pm

    Penulis…meh abg ajar amik lap pakai tayar kenda ni.

    Like or Dislike: Thumb up 7 Thumb down 2
    • MUHAMMAD SYARIFUDDIN on Jun 14, 2019 at 11:16 am

      ALHAMDULILLAH SETELAH 3 MINGGU LEBIH KELUARNYA SYM VF3i INI,SAYA RASA AMAT BERPUAS HATI TERUTAMA CORNERING CUMA CONE BEARINGNYA AGAK TIDAK BERKUALITI TETAPI BOLEH MASUK YANG MODENAS KARISMA PUNYA CONE BEARING.

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • ujang on Dec 19, 2018 at 2:53 pm

    pandu uji dalam risalah itu saya rasa menggunakan ecu tanpa cutoff pada RPM 9500..

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0
  • Erman Anis on Dec 19, 2018 at 4:43 pm

    artikel yg berat sebelah. byk tak betul

    Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 1
    • VF3i User on Jan 14, 2019 at 9:20 am

      Nampaknya blogger ni berat ke arah jenam Y dan H…..mmg sebagai user…80% yang anda tulis tu tak betul …….hmmmmmmm……Tanya lah user user VF3I…lain….

      Like or Dislike: Thumb up 10 Thumb down 0
  • Antara komen saya yang dah bawa ketiga-tiga motorsikal ini. Y15 dan RS150 dimiliki adik-adik lelaki saya dan lepas 1-2 tahun dapat guna motorsikal tu, saya ambil VF3i.

    1. Design : Subjektif. Ada yang rasa VF3i lebih segar dan berbeza. Sebab Y15 dan RS150 dah macam EX5 banyaknya di jalan raya. Jadi dah bosan dengan design tu.

    2. Tayar : Confirm kena tukar lain. Tapi begitu juga tayar standard RS150 dan Y15. Standard stock kilang.

    3. Seat : Setelah guna ketiga-tiga jenama tu, RS150 punya seat lagi keras. Paling selesa dari segi tempat duduk dan handling Y15.

    4. Top Speed : Tu paling pelik. Sebab dengan berat 75kg memang saya boleh dapat 145-148km/j kat highway menggunakan VF3i tanpa modify satu partpun. RS150 dan Y15 standard memang ketinggalan jauh. Ini dah cuba beberapa kali dalam real world usage (untuk sains).

    5. Keselamatan : Motor VF3i ‘tak panas’. Berhenti kat traffic light pun orang asyik tengok dan tak tahu motor apa. Masih ramai tak kenal. RS150 & Y15 motor hot banyak hilang (hati tak tenang kalau parking).

    6. Masalah : Sepanjang 4 bulan pakai VF3i ni takde major masalah yang menyebabkan sampai kena towing. RS150 adik saya pernah kena tow sebab masalah coil yang terkenal. Atas highway tiba-tiba mati dan hilang power. Nasib baik tak kena langgar lori. Begitu juga dengan tensioner & masalah elektronik yang selalu berlaku kat RS150. Dekat Y15 pula terkenal masalah kualiti sana sini, vibrate kuat, bearing, masalah error code 01, 30 & 41 kat ECU dsb.

    7. Kelemahan. VF3i ni masih takde ECU after market. Jadi pengguna yang sukakan kelajuan (mungkin 5% pengguna) kena bersabar lagi. Banyak part2 yang masih belum berada kat pasaran. Harap SYM dapat atasi masalah ini.

    Sekian.

    Like or Dislike: Thumb up 45 Thumb down 2
  • Rider on Dec 22, 2018 at 10:52 am

    Kena balik tukar motor sbb suspensi keras sgt? Sy pkai rs150 dan dah compare, suspensi vf3 lebih empuk. Suspensi rs lebih keras dan seat runcing ke depan, sentiasa menggelongsor ke dpn bila brek kuat. Sy rs artikel ni boleh lebih fair. Lepas sy cuba vf3 bbrapa kali mmg rs nak trade in rs dan tukar ke motor ni. Ooo, rs sy dh kena coil burn. Honda skrg quality takde. Sincere comment.

    Like or Dislike: Thumb up 18 Thumb down 0
  • Zulhilmi Zulkefli on Oct 20, 2019 at 2:32 pm

    Bodoh penulis artikel ni. Artikel lvl sampah xde kualiti. Semua pandangan yg diberi x betul berkenaan jentera VF3i. Suspensi keras? Seat x selesa? Rase nk menyumpah tgh ride? Aku pulak yg rase nk menyumpah baca artikel lvl najis ko ni. Org lain pakai elok je.

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
  • Azwan on Dec 02, 2019 at 12:30 am

    Seriuslah, lepas aku baca artikel ni..aku mmg xkan baca dh review dr Web ni. Gila bodoh komen korang. Aku dah guna Y15, aku dh ride motor member RS150.. Baru2 ni aku ride VF3i. Jauh lagi sedaplah VF3i. Angkat corner steady je. Suspension pun sedap je. Xder bunyi n gegar pun.

    Aku nak tanya sikit, berapa byk duit Honda dgn Yamaha kasi kat korang buat review ni?

    Professional la sikit. Ayat yg digunakan tu mmg nk kasi motor VF3i ni mati ya. Professional writers takkan guna ayat mcm ni lah. Don’t insult my intelligence lah. Sengal.

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
  • Aku pakai Naza N5, pagi tadi follow satu kapcai ni, pelik aku dah bawak 145kmh, selamba je dia dok depan, tak pernah lagi y suku ngan rs150 camni. Sampai kat jalan jem baru nampak nama VF3, moto baru kot. Pikap pun lain macam, respek la performance dia.

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required