Geely Preface buat kemunculan di Auto Shanghai 2019

Geely Preface buat kemunculan di Auto Shanghai 2019

Geely meneruskan pendedahan produk-produk baru dan akan datangnya di Auto Shanghai 2019 dengan pengenalan sebuah model konsep sedan dengan nama Geely Preface.

Melalui unit ini, Geely ingin mempamerkan kenderaan yang “berkualiti tinggi, peribadi dan sporty” yang akan ditawarkan di masa hadapan nanti. Ia menggunakan platform Compact Modular Architecture (CMA) yang dibangunkan bersama Volvo, sama seperti model SUV kompak FY11.

Sentuhan rekaan pula menyaksikan lanjutan kepada pendekatan yang dikenali sebagai Expanding Cosmos oleh Geely. “Ini merupakan kesinambungan kepada pendekatan rekaan dengan identiti itu, membawa maksud bahawa kami telah menyelesaikan pusingan satu orbit dan tidak akan melakukan perkara sama lagi. Ia menjurus kepada sesuatu yang baru dan bukan pengulangan,” ujar Naib Presiden Geely Design Shanghai, Guy Burgoyne.

Rekaan ini menampilkan pembahagian bentuk yang seimbang, sentuhan dengan permukaan yang lebar dan tampil lebih maskulin; memberikan imej ketegapan dan keutuhan pada konsep Preface ini. Gril di depan juga hadir dengan rekaan yang lebih luas dan menonjol. Pendekataan rekaan lengkung juga diterapkan, bagi mewujudkan kesan visual yang lebih meyakinkan kepada kereta ini.

Dari sisi, bahagian fender seperti telah dijinakkan sedikit dan digantikan pula dengan garis bahu yang lebih ketara penampilannya. Selain itu, kedudukan bumbung yang rendah juga menyuntik imej sporty seperti yang diinginkan – dan mengekalkan rekaan empat pintu.

Melepasi bukaan pintu “suicide door”, ruang dalaman terhampar dengan rekaan minimalistik dan ringkas. Papan pemuka melintang dalam kedudukan sedikit tinggi, dengan dua skrin paparan yang seolah terapung. Turut digunakan ialah stereng bentuk hexagon, butang logam dengan perincian serta pembesar suara dengan dijajarkan secara geometrik.

Geely Preface boleh dijadikan petunjuk kepada pengenalan produk global yang akan diperkenalkan oleh syarikat ini dalam tempoh dua tahun akan datang. Apa pandangan anda tentang rekaan yang ditunjukkan ini? Nak lihat ia menggunakan lambang Proton nanti?

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required