Petron taja bahan api untuk Rainforest Challenge 2019

Petron taja bahan api untuk Rainforest Challenge 2019

Sejak diwujudkan pada tahun 1997, acara perlumbaan lasak secara off-road Rainforest Challenge (RFC) kini telah pun berjaya menempa namanya yang tersendiri. Malahan RFC kini telah pun disebut-sebut sebagai acara off-road paling berprestij dengan menduduki tangga ke-10 teratas di peringkat antarabangsa dan saban tahun penganjurannya menjadi tumpuan para penggemar acara permotoran terutamanya yang sukakan aksi lasak merentasi cabaran di laluan off-road.

Bagi RFC 2019, sekali lagi Petron menjadi penaja utama bagi penganjuran ini yang turut memilih negeri Kelantan Darul Naim sebagai lokasinya. Dengan Petron Turbo Diesel Euro 5, bahan Petron mesra alam dengan kuasa turbo, RFC 2019 telah pun membuka tirainya di Bukit Panau, jajahan Pasir Mas.

Ini merupakan tahun keempat Petron menaja bahan api untuk RFC dan untuk acara pembukaan semalam, Petron turut membawa 15 media tempatan menerusi program ‘Pengembaraan Media Prestasi TriAction Advantage Petron’ untuk memeriahkan acara pelepasan ‘flag-off’ di Hotel Grandview, Kota Baharu sebelum menuju ke Bukit Panau untuk menyaksikan sesi Prologe atau pun pusingan kelayakan akhir RFC 2019.

Menurut Petron, pembabitannya dalam RFC mempamerkan prestasi TriAction Advantage dalam Petron Turbo Diesel Euro 5 semasa persaingan pacuan empat-roda ‘off-roading’ yang sukar.

Petron taja bahan api untuk Rainforest Challenge 2019

“Petron Turbo Diesel Euro 5 kami yang berteknologi tinggi, di mana ia memberikan kuasa yang lebih baik, perlindungan enjin yang sangat baik, dan lebih kilometer.Ia dapat memberikan kuasa tertinggi dan kekuatan kepada kenderaan pacuan empat roda sejak ia pertama kali menaja pertandingan berkenaan pada 2016,” kata Ketua Dagangan Runcit & Perniagaan Komersial Petron Malaysia, Choong Kum Choy.

Petron Turbo Diesel Euro 5 direka khusus untuk meningkatkan prestasi enjin, memastikan ekonomi yang lebih baik, dan memanjangkan jangka hayat enjin. Bahan api juga memberikan peningkatan kualiti pencucuhan dan perlindungan terbaik terhadap hakisan. Dengan kandungan Sulfur yang sangat rendah sebanyak iaitu 10 bahagian per sejuta, ia sememangnya afalah 50 kali lebih bersih daripada diesel Euro 2M, seterusnya membantu mengurangkan pelepasan asap.

Formulasi asas prestasi Petron Turbo Diesel Euro 5 adalah aditif premium TriAction Advantage. Ia mengandungi detergen untuk membantu membersihkan dan mengekalkan sistem inlet enjin bersih, dan pengubah geseran yang membantu mengurangkan geseran antara piston dan dinding silinder.

Biarpun Pasir Mas dan beberapa lagi jajahan di Kelantan sedang dilanda banjir, namun ini tidak mematahkan semangat penganjur RFC untuk meneruskan acaranya. Apatah lagi bersesuaian dengan perkataan “Rain” dan “Forest” yang sememangnya menjadi sasaran utama, dengan laluan cabaran semulajadi dan juga yang dibikin khas untuk acara ini. Untuk kali ini, dua gelaran utama bakal direbut oleh 450 peserta dari 30 negara iaitu untuk kategori Prototype dan Modified Production.

Sebelum ini, RFC peringkat akhir dianjurkan selama 10 hari, namun disebabkan peningkatan sambutan terhadapnya, bagi penganjuran tahun ini, ia ditambah lagi dua hari menjadi keseluruhannya 12 hari. Bermula di Pasir Mas, RFC 2019 kemudiannya akan bergerak ke lokasi off-road lain di jajahan Tumpat, Pasir Puteh, Ulu Sat, Bukit Bakar, Kuala Krai, Lalok, Sungai Rek, dan bakal berakhir di Gua Musang.

Menurut pengasas Rainforest Trophy, Luis J.A. Wee, perlumbaan tahun ini dianggap sukar kerana semua pasukan perlu bersaing bagi mengatasi 50 Peringkat Khas (SS). Peringkat perlumbaan dinamakan Predator, Terminator, dan Twilight Zone yang termasuk mengemudi pengendalian jentera dalam kecuraman dan pendakian, menyeberangi V gullies, paya tropika dan juga mmerentasi kolam lumpur.

“Hanya gabungan pemandu dan kenderaan terbaik, ditambah dengan pilihan minyak bahan api dan minyak enjin yang tepat akan mendorong pasukan untuk menamatkan podium. Pembabitan Petron sebagai penaja bahan api kami dilihat sangat bertepatan kerana ia banyak membantu daripada sudut prestasi enjin,” katanya.

Acara akhir yang sedang berlangsung sehingga 9 Disember ini adalah acara dari RFC Global Series (RFCGS), sebuah litar perlumbaan ‘off-road’ di seluruh dunia yang merangkumi 25 negara dengan 45 acara.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required