Toyota Hilux, Alphard, Vellfire paling popular untuk dicuri di M’sia untuk diseludup keluar negara – laporan

Toyota Hilux, Alphard, Vellfire paling popular untuk dicuri di M’sia untuk diseludup keluar negara – laporan

Jika Proton Wira telah direkodkan sebagai model yang paling banyak dicuri di Malaysia, lain pula sasaran pencuri kenderaan tempatan yang didalangi sindiket antarabangsa – mereka lebih gemar untuk mencuri lima sasaran utama iaitu trak pikap Toyota Hilux, MPV mewah Toyota Vellfire dan Alphard serta dua model SUV Honda iaitu CR-V dan HR-V lapor akhbar The Sun.

Laporan tersebut menyebut bahawa pencuri-pencuri berkenaan mendapat habuan yang lebih untuk mencuri lima model ini. Bukan sahaja untuk sindiket luar negara, pencuri lima model tersebut turut akan menerima bayaran lebih tinggi iaitu diantara RM6,000 hingga RM10,000 setiap satu unit, berbanding jenama tempatan yang hanya dibayar sekitar RM2,000 atau kurang setiap satu dari sindiket dalam Malaysia sendiri.

Menurut The Sun lagi, kenderaan-kenderaan yang dicuri di Malaysia oleh sindiket antarabangsa berkenaan akan di bawa dalam kontena ke negara-negara Timur Tengah dan Afrika menerusi jalan laut. Namun, ia bukan dibawa keluar dari pelabuhan-pelabuhan tempatan, sebaliknya diseludup ke Thailand terlebih dahulu sebelum berlepas dari negara-negara Asia lain.

Walau bagaimanapun, laporan berkenaan turut menyebut bahawa angka kecurian ini dilihat turun mendadak sejak 2015 -dari 12,049 unit kepada hanya 2,858 tahun lalu. Ini adalah disebabkan usaha pihak polis yang meningkatkan operasi pencegahan mereka serta penggunaan undang-undang pencegahan seperti Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959.

Dalam tempoh lima tahun yang sama, kes kecurian motosikal juga berkurangan sehingga lebih 72% dari 38,565 kepada 10,815. Begitu juga dengan kes kecurian kenderaan berat seperti lori yang turun hampir 81% dari 3,395 to 651.

Ketua Penolong Pengarah (D4) Risikan/Operasi/Rekod Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, SAC Alzafny Ahmad berkata kepada The Sun, punca utama penurunan kadar kes ini adalah POCA yang kini digunakan oleh pihaknya.

“Kebanyakkan pencuri kenderaan, sama ada kereta, lori atau motosikal, kini ditahan di bawah POCA. Pada 2014, 17 suspek telah ditahan dan sehingga hujung tahun lalu, kami telah menahan 1,037 dari kalangan mereka. Secara berperingkat, kes kecurian kereta mula menurun dengan mendadak dengan jumlah penahanan yang meningkat,” katanya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required