Geely dan Yayasan Kebajikan Li Shufu telah memulakan penghantaran peralatan dan bekalan perubatan yang penting ke Eropah dan juga Malaysia bagi berhadapan gelombang penyebaran Coronavirus yang sedang melanda.
Kumpulan pertama bekalan peralatan perubatan terdiri daripada personal protective equipment (PPE) yang sangat diperlukan oleh petugas perubatan telah mula diedarkan minggu lalu ke Sweden dan Jerman untuk diagihkan di hospital-hospital di sana. Untuk Malaysia, Geely akan menyumbangkan kit ujian serta topeng muka perubatan untuk kegunaan di hospital.
Januari lalu, Geely bersama yayasan kebajikan pengasasnya itu menyediakan dana berjumlah RMB 200 juta (RM125 juta) untuk menyokong usaha-usaha menghindar dan pengawal penyebaran wabak coronavirus yang telah menjadi satu pandemik peringkat global. Yayasan berkenaan membeli dan mengedarkan keperluan perubatan yang sangat-sangat diperlukan itu ke kawasan yang terkesan.
“Dengan wabak coronavirus yang semakin menular di seluruh dunia, Geely bersama keluarga globalnya terus bersatu untuk memanfaatkan kekuatan dalam berhadapan dengan virus berkenaan. Geely dan anak syarikatnya di seluruh dunia mematuhi dengan ketat semua garis panduan untuk melindungi pekerjanya dan penghindari virus daripada merebak,” jelas satu kenyataan syarikat.
Sebagai contoh, Volvo Cars di Sweden dan Geely Sweden telah menyumbangkan 12,000 topeng muka perubatan kepada hospital-hospital tempatan, Benelli Motorbikes telah menghantar topeng muka dari China ke kawasan terkesan di Itali, serta Geely Auto Technical (Deutschland) di Frankfurt telah bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk tujuan pengagihan.
Di UK, London Electric Vehicle Company milik Geely telah memulakan usaha untuk menyediakan penangguhan bayaran kewangan selama tiga bulan kepada pemandu black cab. “Walaupun situasi semakin baik di China, Geely tidak lupa untuk membantu pihak lain di seluruh dunia. Perang menentang coronavirus tidak boleh dimenangi secara bersendirian,” jelas kenyataan yang sama.
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.