Honda Jazz Type R tiada dalam perancangan sekarang tapi kemungkinan penghasilannya masih lagi ada

Honda Jazz Type R tiada dalam perancangan sekarang tapi kemungkinan penghasilannya masih lagi ada

Walaupun terdapat desakan untuk menghasilkan versi Type R bagi model Jazz, Honda tidak melakukannya sepanjang model tersebut dijual dari generasi pertama hinggalah generasi ketiga. Sekarang melalui model generasi keempat, syarikat itu menyatakan masih lagi tiada perancangan penghasilan Jazz Type R, tapi mengakui kemungkinannya masih ada.

Dalam laporan Autocar, pengurus projek Jazz generasi keempat, Takeki Tanaka dikatakan memberitahu bahawa populariti Jazz di kalangan pengguna Asia yang berusia 20 hingga 30 tahun membawa makna terdapat permintaan untuk versi yang lebih sporty. “Tiada perancangan untuk melancarkan versi yang lebih sporty setakat ini, tetapi apabila mengambil kira profail pengguna di Asia, mereka lebih suka memandu secara dinamik. Jadi, kemungkinan itu ada,” kata beliau.

Kita juga boleh melihat banyak Honda Jazz yang diubah suai atas jalan raya sekarang, tetapi setakat ini, Honda hanya menyerahkan tugas penyediaan pakej lebih sporty kepada syarikat luar termasuklah Mugen. Sebelum ini, apabila ditanya tentang Jazz Type R, jawapan yang diberi oleh wakil Honda adalah “R” itu pada Type R bermaksud “racing“, dan model yang sesuai untuk menggunakannya cumalah Civic.

Sekiranya betul Jazz Type R akan dikeluarkan untuk pasaran, kita boleh menjangka ia menggunakan enjin 1.5 liter VTEC Turbo yang diambil daripada Civic biasa, kerana enjin itu sendiri mempunyai persamaan dengan enjin NA 1.5 liter yang digunakan pada Jazz. Kuasa sudah tentu bukan satu masalah bagi enjin itu kerana pada Accord, ia mampu menghasilkan lebih daripada 200 hp.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required