Hyundai Sime Darby Malaysia (HSDM) telah mengumumkan semua bilik pameran dan pusat servisnya di seluryuh negara masih digantung operasinya sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April ini. Walau bagaimana pun, penasihat jualan dan penyelenggaraan masih boleh dihubungi menerusi panggilan telefon, e-mail atau pun chat secara dalam talian.
Walau bagaimana pun, menurut wakil syarikat, terdapat beberapa wakil pengedar masih beroperasi namun di bawah protokol yang ketat. Pelanggan yang mempunyai hal mustahak berkaitan dengan tuntutan jaminan atau pun membaik pulih kenderaan, masih boleh pergi ke fasiliti terbabit. Namun kami tidak galakkan anda berbuat demikian melainkan jika benar-benar terpaksa sahaja. Bantuan Tepi Jalan Hyundai juga masih beroperasi dan boleh dihubungi menerusi talian 1-300-13-2000.
Untuk yang bimbang tentang waranti yang bakal luput, HSDM berkata terdapat pelindungan tambahan selama 30 hari. Di mana kereta yang warantinya luput dalam tempoh PKP berhak menerima pelindungan tambahan tersebut. Dan pelanggan yang terbabit dinasihatkan supaya menghantar kereta mereka untuk diselenggara dalam tempoh berkenaan.
Bagi pelanggan yang telah mengemukakan tuntutan waranti dalam tempoh PKP, HSDM berkata, penggantian alat ganti akan diuruskan tetapi berdasarkan terma dan syarat. Manakala pelanggan yang tidak boleh menghantar kenderaan mereka mengikut temujanji penyelenggaraan berjadual, bolehlag menghubungi talian perkhidmatan pelanggan Hyundai untuk menjadualkan semula temujanji.
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.