Kerajaan Amerika Syarikat bayar General Motors US$489 juta untuk 30,000 unit alat bantuan pernafasan

Kerajaan Amerika Syarikat bayar General Motors US$489 juta untuk 30,000 unit alat bantuan pernafasan

Bulan lalu, pengeluar automotif Amerika Syarikat, General Motors (GM) telah mengumumkan bahawa mereka mengambil insiatif untuk mengubah sebahagian operasi kilang kereta mereka untuk menghasilkan alat bantuan pernafasan bagi membantu kerajaan untuk memerangi wabak Covid-19 yang sedang mengancam dunia. Lanjutan dari itu, satu kenyataan dari kerajaan AS telah mengumumkan bahawa mereka akan membayar sebanyak US$489.4 juta kepada GM untuk projek ini, lapor Motor1.

Dengan bayaran berkenaan, GM perlu menghasilkan 30,000 alat bantuan pernafasan berkenaan pada hujung Ogos ini, dengan 6,132 unit terawal perlu diserahkan terlebih dahulu pada 1 Jun nanti. Perincian kontrak ini telah diumumkan selepas presiden Trump mengumumkan Akta Produksi Pertahanan pada 27 Mac lalu, namun sebenarnya GM terlebih dahulu telah mengumumkan kerjasama mereka bersama pengeluar peralatan perubatan, Ventec lebih awal iaitu pada 23 Mac.

Walau bagaimanapun, menerusi pengumuman yang dibuat oleh kerajaan AS ini mendedahkan rancangan awal yang dibuat oleh GM telah pun berubah. Bulan lalu, GM mengumumkan bahawa sejumlah 200,000 unit alat bantuan pernafasan berkenaan akan diproduksi di kilang elektronik mereka di Kokomo, Indiana. Menurut Motor1, rancangan ini berubah mungkin kerana ada syarikat lain yang turut akan menghasilkan alat yang sama selepas pengumuman awal yang dibuat oleh GM.

Kerajaan Amerika Syarikat bayar General Motors US$489 juta untuk 30,000 unit alat bantuan pernafasan

GM Kokomo Operations brought balers together in one central location to recycle a number of different materials more efficiently.

Dalam masa yang sama, GM turut mengeluarkan kenyataan bahawa mereka kini “sedang bekerja dengan laju untuk menyegerakan bantuan kepada barisan profesional perubatan dengan menyediakan alat bantuan pernafasan yang mereka perlukan bagi menyembuhkan pesakit yang sedang tenat.”

Dengan pengumuman ini, dianggarkan seunit alat bantuan pernafasan yang akan diproduksi oleh GM ini adalah berharga sekitar US$16,313. Motor1 turut melaporkan bahawa dalam sidang media presiden Trump pada 27 Mac lalu, beliau ada menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap GM yang tidak sependapat berkenaan kos untuk menghasilkan alat tersebut.

Setakat ini, Amerika Syarikat masih lagi menjadi negara paling teruk diancam Covid-19 dengan lebih 434,000 orang disahkan dijangkiti Coronavirus berkenaan, manakala Sepanyol di tempat kedua dengan catatan jangkitan melebihi 148,000 orang.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required