PKP: Kenderaan makin banyak di jalan raya mungkin kerana beberapa sektor baharu beroperasi – PDRM

PKP: Kenderaan makin banyak di jalan raya mungkin kerana beberapa sektor baharu beroperasi – PDRM

Mulai hari ini telah pun bermula fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 28 April 2020, dengan harapan pematuhan rakyat di Malaysia dapat dipertingkatkan bagi memutuskan rantaian COVID-19. Walau bagaimana pun, sejak kelmarin, terdapat beberapa foto dan video tular di laman media sosial mengenai kesesakan trafik di beberapa lokasi di negara termasuklah di Puchong, Selangor dan Seremban, Negeri Sembilan.

Situasi sebegini dikatakan mengundang kegusaran beberapa pihak yang bimbang sekiranya rantaian wabak pandemik ini tidak dapat diputuskan dengan segera ekoran ramai orang yang keluar dari rumah, mungkin atas faktor bekerja, mendapatkan bekalan makanan/ubatan atau sekadar ‘suka-suka nak keluar’.

Walau bagaimana pun, perkara ini mendapat perhatian pihak Polid DiRaja Malaysia (PDRM) yang tidak menolak kemungkian peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya ketika ini adalah kerana beberapa sektor baharu dibenarkan beroperasi sepanjang pelaksanaan PKP.

PKP: Kenderaan makin banyak di jalan raya mungkin kerana beberapa sektor baharu beroperasi – PDRM

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Azisman Alias, peningkatan aliran trafik dianggar antara 12 hingga 15% di kawasan bandar-bandar besar di negara ini pada waktu puncak.

“(Dijangka) Akan berlaku peningkatan pada waktu puncak iaitu pukul 7.00 hingga 9.30 pagi serta pukul 5.00 hingga 7.00 petang. Selain itu, polis percaya peningkatan jumlah kenderaan ini juga adalah kerana ada yang keluar rumah untuk berurusan di bank serta menambah stok harian,” katanya kepada Bernama.

Walau bagaimana pun, menurutnya lagi, anggota polis yang bertugas di sekatan jalan raya telah diarah membuat pemeriksaan yang teliti terhadap pengguna jalan raya kerana masih ada kalangan orang ramai yang ingkar dengan PKP.

PKP: Kenderaan makin banyak di jalan raya mungkin kerana beberapa sektor baharu beroperasi – PDRM

“Pemeriksaan yang teliti akan dibuat (kepada pengguna jalan raya) walaupun ia akan memakan masa dan menyebabkan aliran trafik bergerak perlahan. Walaupun begitu, ramai yang menunjukkan surat serta dokumen daripada majikan untuk membolehkan mereka berurusan dalam tempoh PKP ini,” katanya.

Semalam, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan, bagi fasa ketiga PKP yang bermula esok, kerajaan telah bersetuju membenarkan pihak PDRM untuk tidak akan lagi beri tumpuan terhadap kompaun RM1,000 yang dikenakan kepada pesalah ingkar PKP. Sebaliknya pesalah PKP akan direman dan dihadapkan ke mahkamah.

Menurutnya lagi, di bawah Seksyen 24 Akta 342 menyebut bahawa mahkamah boleh menghukum individu yang disabit kesalahan ini dengan penjara tidak lebih dua tahun atau lima tahun bagi kesalahan seterusnya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required