PKP: Jumlah tangkapan individu ingkar bagi Fasa 2 cecah 11,295, berbanding 3,627 pada Fasa 1 – PDRM

PKP: Jumlah tangkapan individu ingkar bagi Fasa 2 cecah 11,295, berbanding 3,627 pada Fasa 1 – PDRM

Fasa 2 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah pun berakhir semalam, menyaksikan seramai 11,295 individu telah ditangkap kerana didapati ingkar PKP. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 7,668 tangkapan, berbanding sekitar 3,627 tangkapan pada Fasa 1 PKP.

Menjadikan jumlah keseluruhan tangkapan sepanjang tempoh PKP dari mula dilaksanakan pada 18 Mac sehingga 14 April 2020 sebanyak 14,922 individu. Dan sehingga hari ini seramai 5,930 pesalah sudah dituduh di mahkamah di seluruh negara atas kesalahan melanggar PKP.

Perkara ini dikongsikan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed yang berkata peningkatan itu adalah disebabkan tindakan individu yang mengingkari arahan arahan PKP untuk tinggal di rumah.

“Ada antara individu yang ditahan ini dikesan melalui sekatan jalan raya (SJR) sehingga tiga hingga empat kali dengan alasan membeli barang keperluan. Malah ada juga individu ini tidak dapat memberikan sebarang alasan ketika ditanya tujuan mereka keluar dari rumah,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Bernama.

Tambahnya lagi, selaras dengan kenyataan Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri, semalam, pihak polis akan terus menahan mana-mana individu yang dikesan melanggar arahan PKP bermula hari ini.

“Kita akan menangkap individu terbabit dan membawanya ke balai untuk membuka kertas siasatan atas kesalahan melanggar PKP sebelum mendakwanya di mahkamah. Pihak polis akan melengkapkan kertas siasatan sebelum menyerahkannya kepada pejabat Peguam Negara untuk tindakan tuduh,” katanya.

Beliau turut menegaskan, untuk Fasa 3 PKP ini, pihak polis tidak akan lagi berkompromi dengan sebarang alasan tidak munasabah. “No more (tiada lagi) kompaun, terus tuduh di mahkamah,” katanya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required