Kerajaan akan buat undang-undang bagi mikromobiliti

Kerajaan akan buat undang-undang bagi mikromobiliti

Kerajaan akan mewartakan dan membuat peraturan berkenaan kenderaan mikromobiliti, dan ia sekarang termaktub di dalam Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan akan dibentangkan di Dewan Negara untuk kelulusan pada bulan ini.

Perkara ini dinyatakan sendiri oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong yang memuat naik hantaran dalam Facebook bersama satu video seorang pengguna mesin satu tayar kuasa elektrik ‘menunggang’ masuk ke lebuh raya. Menurut Wee, pengendalian kenderaan mikromobiliti di jalan awam adalah merbahaya dan perlu dikawal sebelum berlakunya kemalangan.

Setelah RUU Pengangkutan Jalan (pindaan) 2020 diluluskan dan menjadi undang-undang, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) akan mengawal selia jenis penggunaan kenderaan ini seperti mewajibkan pendaftaran dan mempunyai lesen memandu termasuk jika bersesuaian, melarang penggunaannya di atas jalan raya.

Inilah yang ditakrifkan sebagai mikromobiliti yang termaktub di dalam Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan ianya akan dibentangkan di Dewan Negara untuk kelulusan pada bulan ini.Ini bukan sebarang basikal kerana ianya merbahaya lebih-lebih lagi untuk digunakan di atas jalan raya. Ia perlu dikawal sebelum berlakunya kemalangan bukan sahaja kepada diri sendiri, tetapi juga kepada pengguna jalan raya lain.Tiga perkara yang perlu dipandang serius :1) Isu keselamatan orang ramai terutamanya pengguna jalan raya lain, kerana tiadanya perlindungan insurans. Jika berlaku kemalangan, individu yang berkenaan akan menghadapi masalah kewangan. Bagi pengguna lain, mereka pula yang terpaksa keluarkan duit sendiri atau membuat tuntutan insurans sendiri bagi tujuan membaiki kenderaan atau untuk perlindungan kesihatan mereka.2) Setelah RUU Pengangkutan Jalan (pindaan) 2020 diluluskan dan menjadi undang-undang kelak, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) akan mengawal selia jenis-jenis penggunaan kenderaan ini seperti mewajibkan pendaftaran dan mempunyai lesen memandu termasuk jika bersesuaian, melarang penggunaan jenis-jenis kenderaan sebegini daripada digunakan di atas jalan raya.3) Kelak, setelah diwartakan dan menjadi undang-undang, MOT akan mengelaskan jenis-jenis kenderaan di bawah kategori mikromobiliti ini. Mana yang wajar dilesen dan didaftarkan, akan diwajibkan berbuat demikian. Mana-mana jenis yang dari segi keselamatan tidak sesuai digunakan secara bercampuran di atas jalan raya, akan dihalang daripada digunakan atas dasar keselamatan dan kepentingan pengguna jalan raya yang lain.Jadi diingatkan, penggunaan jalan raya yang tidak bertanggungjawab ini akan menimbulkan risiko keselamatan kepada semua pengguna jalan raya lain termasuk diri sendiri.Jadilah pengguna jalan raya yang bertanggungjawab.

Posted by Wee Ka Siong on Sabtu, 5 September 2020

“Kenderaan mobiliti” membawa maksud “sebarang kenderaan yang dipacu oleh elekrtik, enjin pembakaran dalaman atau kombinasi sumber elektrik, enjin pembakaran dalaman atau kuasa manusia, dan mempunyai laju maksimum 50 km/j.”

Jika melihat kepada negara jiran, Singapura, mereka mengeluarkan peraturan alat mobiliti persendirian ini setelah beberapa kemalangan dilaporkan. Kenderaan jenis itu juga tidak boleh digunakan di atas kawasan pejalan kaki serta jalan awam. Ia cuma dibenarkan di rangkaian penyambung antara taman dan laluan basikal.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required